In The Name Of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful

20060924

Teknologi

Salaam..

Mungkin kali ini penulis cuba membawa sedikit bahan yang ringan buat renungan, iyelah, insyaAllah bermula pagi yang menjelang tiba nanti, umat Islam di Malaysia akan berpuasa secara wajib di dalam bulan Ramadhan, bulan turunnya Al-Quran.

Seringkali di dalam dunia yang boleh kita katakan dunia informatif, teknologi merupakan sesuatu yang dipandang berat oleh mana-mana masyarakat. Kadang-kadang, ada yang terlampau berbangga dengan pencapaian teknologi masing-masing.

Contohnya, Merkava, antara kereta kebal yang sebelum ini digeruni ramai, dan membuatkan pihak Yahudi laknatuLlah riak dan bongkak, secara tiba-tiba jatuh dengan kehebatan tentera Hizbullah yang bersenjatakan misil yang tidak mempunyai peratusan ketepatan yang tinggi.

Kisah Semut

Rasanya, ramai yang pernah mendengar kisah semut ini. Namun, tak ada masalah rasanya kalau kita buat ulang tayang.

Alkisah, ada seekor semut masuk ke dalam poket seorang peniaga secara tidak sengaja. Peniaga ini pula 'on the way' ke London untuk suatu 'business trip' menaiki kapal terbang. Maka, semut itu juga tidak semena-mena pergi ke London bersama peniaga ini. Setelah peniaga itu habis dengan 'meeting'nya, beliau pulang kembali ke tanah air. Setibanya kembali di tanah air, semut ini kembali ke sarangnya dan menceritakan dengan bongkak tentang kisah beliau yang naik kapal terbang.

Pengajaran

Daripada kisah tersebut tadi, dapat dilihat bagaimana semut ini cukup bangga dengan apa yang dialaminya, sedangkan semuanya itu bukanlah ciptaannya, tetapi ciptaan manusia. Begitu juga kita dengan Allah. Kita seringkali takabbur, riak dengan hasil ciptaan kita, dan kita terlupa bahawa semuanya sebenarnya adalah milikNya.

Seriously, ramai di antara kita kadang-kadang tidak mensyukuri nikmat pemberian Tuhan, malah berbangga-bangga akan sesuatu yang dikecapi itu sehingga tidak mahu berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabatnya yang lain, kerana dianggapnya itu sebagai salah satu kelebihan.

"Bacalah ! Dan Tuhanmu yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang mereka tidak tahu"[Al-Alaq:3-5]

Kisah kaum Tsamud, kaum Nabi Saleh, wajar menjadi suatu tanda dan peringatan buat diri kita yang acap kali cuba mengejar sesuatu yang baru, yang futuristik, yang unik, yang tak pernah dibuat orang, yang menjadi kebanggaan sesuatu kaum, yang menjadi 'landmark' sesebuah negara.

Kaum Tsamud telah mewarisi kemakmuran dan kemewahan hidup serta kekayaan alam yang dahulu dimiliki dan dinikmati oleh kaum Aad.Tanah-tanah yang subur, binatang-binatang perahan dan lemak yang berkembang biak, kebun-kebun bunga yang indah-indah, bangunan rumah-rumah yang didirikan di atas tanah yang datar dan dipahatnya dari gunung. Kesemua itu telah mereka kecapi, bahkan diceritakan di dalam Al-Qur'an akan kehebatan mereka.

"Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah selepas kaum Aad, dan ditempatkan kamu di bumi, untuk kamu mendirikan istana-istana di tanahnya yang rata, dan kamu memahat gunung-ganangnya untuk dijadikan rumah. Maka kenangkanlah nikmat-nikmat Allah itu dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di muka bumi."[Al-A'raf:74]

Namun mereka ingkar, kufur, lalai terhadap Tuhan, Allah s.w.t yang Maha Esa. Bukan itu sahaja, malah ada yang begitu takbur sehingga tidak mahu mengikut ajaran Allah s.w.t yang disampaikan melalui Nabi Saleh A.S. Dan mereka sanggup untuk membunuh seekor binatang yang pada awalnya mereka berjanji untuk memelihara pada awalnya, kerana ingin cuba mencabar kuasa Allah s.w.t.

Dan akhirnya mereka menemui balasan yang setimpal, mereka ditimbus seperti dalam ayat Al-Qur'an :

"Oleh itu, mereka pun dibinasakan oleh gempa bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing."[Al-A'raf:78]

Seharusnya, peristiwa ini cukup untuk menjadi satu sumber tarbiah, pengajaran buat kita yang bernama insan, yang tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan, kerana melakukan kesilapan itu adalah fitrah bagi seseorang yang bergelar insan, tetapi tidaklah bermakna kesilapan itu diulangi dan diulangi.

Cuba kita kaitkan balik dengan realiti, tidakkah pada hari ini, kita juga meratah tanah yang ada di muka bumi ini, istana-istana seperti KLCC dibina pada tanah-tanah pamah, dan bukit-bukit ditarah, gunung-gunung digondol, seperti mana Mon't Kiara.

Dan ingatlah juga kita akan Highland Towers, satu kejadian yang pada asalnya, jika difikirkan kembali, begitu berkait rapat dengan kisah Nabi Saleh A.S.

Moga-moga semua ini menjadi satu peringatan buat diri kita.

1 comment:

mEsoL said...

Minta para Islamic bloggers join Rakan Masjid UTP Topsites kat http://www.rakanmasjid.com/topsites/