In The Name Of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful

20061102

Finals

Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. [Al-Ankabuut:1-3]


Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu, dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih , dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).[Ali-Imran:200]



Ayat-ayat yang kupetik daripada Al-Qur'an, yang rasanya paling sesuai untuk memberitahu akan status diriku ketika ini, dengan test-test yang kunjung tak habis, selepas pergi satu, datang satu lagi, begitu jua dengan projek-projek dan assigment-assignment.

Untuk warga kampusku yang akan menjalani final tidak lama lagi, semoga berjaya akan adanya. Moga usaha antum diterima Allah s.w.t dan diredhaiNya agar disenangkan antum ketika final nanti. :)