Mungkin sedikit penat hari ini. Smartgroup lepas subuh, kemudian ada riadah sebentar pukul 7.30, dan kemudiannya dalam pukul 8-9.30 bersiap sedia untuk promosi Kembara Sufi. Pukul 9.30, terus bergerak ke Taman Bemban.
MasyaAllah, memang tempat tersebut Rumah Petempatan Tersusun, sehinggakan jalan pun tidak nampak mana satu. Hebat betul jurutanah Majlis Daerah Kinta Barat ini, entah bagaimana agaknya mereka boleh katakan kawasan tersebut sebagai RPT. Satu rumah di sini, kemudian nun jauh di sana baru ada lagi satu rumah. Apa yang lebih menarik, jalan yang menghubungkan rumah-rumah tersebut bukanlah jalan tar, mahupun jalan tanah merah, akan tetapi seperti jalan yang dibuat sendiri. Bukan itu sahaja, ada yang lagi menarik. Pemilik rumah-rumah ini sampai memiliki kereta Mercedes. Wow.
Kemudian, bergerak pula ke Taman Permai ___ . Di sana lagilah dasyhat. Rumah-rumahnya masyaAllah, umpama mahligai. Terkejut dibuatnya tengok kereta besar-besar, rumah besar-besar di Batu Gajah. Nak promote Kembara Sufi pun segan.
Lastly, kami semua dibelanja 'lunch' oleh Encik Direktor Kembara Sufi (tQ encik albategnius07). Kenyang alhamdulillah. Lepas makan, kami pergi ke masjid Batu Gajah kira-kira pukul 1.20 untuk solat zuhur. Finally, balik kampus semula.
Namun begitu, banyak juga kenangan yang mungkin takkan dilupakan sepanjang promosi.
Pertama-tamanya, konsep dakwah itu sendiri. Kadang-kadang terasa di dalam hati untuk memilih sama ada hendak memberi 'pamphlet' kepada semua penduduk kawasan, ataupun hanya memberi kepada penduduk beragama Islam. Namun begitu, apabila fikir-fikir semula, penulis memberi kepada semua, walaupun mulut kata lain. Alasannya, inilah jalan dakwah. Islam ini adalah agama yang relevan sepanjang zaman, dan merupakan agama untuk sejagat, tidakkah begitu? Kita diajar bahawa Islam itu bersifat syumuliyyah dan 'alamiyyah. Oleh itu, perlukah kita bersikap berbelah bahagi di dalam konsep berdakwah? Begitulah juga dengan persembahan nasyid ini. Penulis masih lagi ingat akan kata-kata seorang ustaz dahulu :
Dari sini penulis sudah merasakan akan pentingnya konsep dakwah secara general itu. Kadang-kadang seorang naqib usrah ataupun fasilitator smartgroup hanya menekankan dakwah di dalam usrah ataupun smartgroup itu sendiri, dan diabaikan di dalam gerak kerja.
Pada pendapat penulis, nuqaba ataupun fasilitator-fasilitator smartgroup harus sedar, sesungguhnya yang akan datang ke usrah ataupun smartgroup itu bukanlah sembarangan orang. Hanya sesetengah orang yang dipilih oleh Allah s.w.t sahaja akan kekal setia bersama usrah ataupun smartgroup. Di sinilah perlunya setiap nuqaba sedar akan tanggungjawab untuk dakwah secara fardiyyah, secara tersendiri, tidak perlu kertas kerja, tidak perlu program, tidak perlu mesyuarat dan arahan untuk melakukan dakwah secara fardiyyah.
Dakwah ini boleh dijalankan mengikut sesuka hati, selagi mana tidak menyalahi syarak. Contoh, ajak kawan-kawan makan sekali, dan suruh mereka membaca doa sebelum makan. Itu sudahpun dikira satu dakwah, bukannya susah sangat.
Kemudiannya, penulis juga terharu apabila berlaku beberapa perkara yang tak diduga. Antaranya ialah dikejar anjing, kereta hampir-hampir menggelek tahi lembu dan sebagainya. Penulis menganggap semuanya sebagai kemuncup-kemuncup di dalam jalan dakwah. Apabila kita berdakwah, mana mungkin dakwah itu senang, kerana sirah perjuangan Rasulullah s.a.w. sendiri sudahpun menunjukkan bagaimana apabila dakwah dijalankan secara terang-terangan pada pertama kalinya, Abu Lahab, pakcik Baginda s.a.w. yang amat menyayangi beliau, boleh menghina Baginda s.a.w di hadapan khalayak ramai, sehingga turun satu surah yang mencela Abu Lahab ini.
Duri-duri dalam perjuangan yang suci ini tetap ada, tidak kira di paksi mana kita berada sekalipun. Lihat dan rasa. Mungkin kita melihat dari jauh akan duri-duri perjuangan yang dihadapi oleh golongan sebegini, yang turun kepada golongan marhaen untuk berdakwah. Apabila mereka mengeluh, kita hanya melihat dan memberi komen, ulasan. Namun, apabila kita lihat dan rasa, baru kita faham akan duri-duri perjuangan itu. Namun begitu, Allah s.w.t telahpun berfirman :
MasyaAllah, memang tempat tersebut Rumah Petempatan Tersusun, sehinggakan jalan pun tidak nampak mana satu. Hebat betul jurutanah Majlis Daerah Kinta Barat ini, entah bagaimana agaknya mereka boleh katakan kawasan tersebut sebagai RPT. Satu rumah di sini, kemudian nun jauh di sana baru ada lagi satu rumah. Apa yang lebih menarik, jalan yang menghubungkan rumah-rumah tersebut bukanlah jalan tar, mahupun jalan tanah merah, akan tetapi seperti jalan yang dibuat sendiri. Bukan itu sahaja, ada yang lagi menarik. Pemilik rumah-rumah ini sampai memiliki kereta Mercedes. Wow.
Kemudian, bergerak pula ke Taman Permai ___ . Di sana lagilah dasyhat. Rumah-rumahnya masyaAllah, umpama mahligai. Terkejut dibuatnya tengok kereta besar-besar, rumah besar-besar di Batu Gajah. Nak promote Kembara Sufi pun segan.
Lastly, kami semua dibelanja 'lunch' oleh Encik Direktor Kembara Sufi (tQ encik albategnius07). Kenyang alhamdulillah. Lepas makan, kami pergi ke masjid Batu Gajah kira-kira pukul 1.20 untuk solat zuhur. Finally, balik kampus semula.
Namun begitu, banyak juga kenangan yang mungkin takkan dilupakan sepanjang promosi.
Pertama-tamanya, konsep dakwah itu sendiri. Kadang-kadang terasa di dalam hati untuk memilih sama ada hendak memberi 'pamphlet' kepada semua penduduk kawasan, ataupun hanya memberi kepada penduduk beragama Islam. Namun begitu, apabila fikir-fikir semula, penulis memberi kepada semua, walaupun mulut kata lain. Alasannya, inilah jalan dakwah. Islam ini adalah agama yang relevan sepanjang zaman, dan merupakan agama untuk sejagat, tidakkah begitu? Kita diajar bahawa Islam itu bersifat syumuliyyah dan 'alamiyyah. Oleh itu, perlukah kita bersikap berbelah bahagi di dalam konsep berdakwah? Begitulah juga dengan persembahan nasyid ini. Penulis masih lagi ingat akan kata-kata seorang ustaz dahulu :
Ustaz dahulu pernah di'approach' oleh seorang non-muslim. Dia mengatakan Islam itu tidak 'alamiyyah. Hujahnya senang, orang Islam confirm masuk syurga, manakala orang kafir confirm masuk neraka. Di mana sense of justice di sana kalau seorang itu dilahirkan kafir dan mati sebagai kafir?
Ustaz menjawab dengan jawapan yang mudah. Ustaz beritahu bahawa semuanya berbalik pada tujuan hidup orang Islam dan orang kafir. Tujuan hidup orang kafir ialah untuk mencari Islam, dan tujuan hidup orang Islam ialah untuk menyebarkan Islam pada orang kafir. Itulah hakikat yang sebenarnya. Namun begitu, umat Islam kini semakin lama semakin dikafirkan, melalui budaya hedonisma dan sebagainya.Penulis juga teringat akan satu hadith yang sudah sedia maklum buat semua :
Barangsiapa yang mengucap kalimah syahadah merupakan seorang dai'e
Pada pendapat penulis, nuqaba ataupun fasilitator-fasilitator smartgroup harus sedar, sesungguhnya yang akan datang ke usrah ataupun smartgroup itu bukanlah sembarangan orang. Hanya sesetengah orang yang dipilih oleh Allah s.w.t sahaja akan kekal setia bersama usrah ataupun smartgroup. Di sinilah perlunya setiap nuqaba sedar akan tanggungjawab untuk dakwah secara fardiyyah, secara tersendiri, tidak perlu kertas kerja, tidak perlu program, tidak perlu mesyuarat dan arahan untuk melakukan dakwah secara fardiyyah.
Dakwah ini boleh dijalankan mengikut sesuka hati, selagi mana tidak menyalahi syarak. Contoh, ajak kawan-kawan makan sekali, dan suruh mereka membaca doa sebelum makan. Itu sudahpun dikira satu dakwah, bukannya susah sangat.
Kemudiannya, penulis juga terharu apabila berlaku beberapa perkara yang tak diduga. Antaranya ialah dikejar anjing, kereta hampir-hampir menggelek tahi lembu dan sebagainya. Penulis menganggap semuanya sebagai kemuncup-kemuncup di dalam jalan dakwah. Apabila kita berdakwah, mana mungkin dakwah itu senang, kerana sirah perjuangan Rasulullah s.a.w. sendiri sudahpun menunjukkan bagaimana apabila dakwah dijalankan secara terang-terangan pada pertama kalinya, Abu Lahab, pakcik Baginda s.a.w. yang amat menyayangi beliau, boleh menghina Baginda s.a.w di hadapan khalayak ramai, sehingga turun satu surah yang mencela Abu Lahab ini.
Duri-duri dalam perjuangan yang suci ini tetap ada, tidak kira di paksi mana kita berada sekalipun. Lihat dan rasa. Mungkin kita melihat dari jauh akan duri-duri perjuangan yang dihadapi oleh golongan sebegini, yang turun kepada golongan marhaen untuk berdakwah. Apabila mereka mengeluh, kita hanya melihat dan memberi komen, ulasan. Namun, apabila kita lihat dan rasa, baru kita faham akan duri-duri perjuangan itu. Namun begitu, Allah s.w.t telahpun berfirman :
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. [Al-Ankabut:2-3]
Ayat di atas cukup untuk kita jadikan renungan bersama, akan payah dan susahnya perjuangan ini, kerana timeframe perjuangan ini bukanlah sesuatu yang kita tahu, ianya milik Allah s.w.t. Yang kita boleh harapkan agar kemenangan itu didekatkan agar kita dapat merasainya, ataupun anak cucu kita dapat menggapainya.
Juga suatu perkara yang menarik minat penulis ialah pemikiran "Islam itu Melayu" di dalam masyarakat Muslim Malaysia umumnya. Sedang giat penulis mengedarkan risalah ataupun pamphlet Kembara Sufi, penulis telah meng'approach' sepasang suami isteri yang di dalam jangka umur 50an. Apabila penulis memberi pamphlet tentang Kembara Sufi, sebuah persembahan nasyid yang insyaAllah akan dipersembahkan oleh Rabbani. Pasangan ini pelik apabila melihat penulis berbicara tentang nasyid. Cuma apabila penulis memberi salam terakhir atau salam wida' untuk meneruskan kerja ke rumah lain, barulah si isteri berkata "Oh, makcik ingat kamu Cina tadi". Astaghfirullah. Terkejut penulis. Tidak sangka perkataan itu yang keluar.
Ingat lagi penulis akan Ustaz Riduan Tee Abdullah (mungkin ejaan nama salah, sesiapa yang tahu diharap dapat memberi ejaan nama yang betul). Pada suatu ketika ibu Ustaz Riduan meninggal dunia. Apabila Ustaz Riduan pergi ke rumah keluarganya untuk menziarah jasad ibunya, rata-rata masyarakat "Muslim Malaysia" ini, ataupun spesifiknya "Muslim Melayu" ini mengutuk perbuatan itu, dengan mengatakan perkara itu tidak dibolehkan atas alasan emaknya Cina. Mereka menegaskan Ustaz Riduan ini bukan Melayu kalau begini. Astaghfirullah. Melayu tidak semestinya Islam. Dan Islam tidak semestinya Melayu. Lina Joy, Melayu, tapi murtad? Korporal M. Moorthy ataupun Abdullah, India, tetapi Muslim? Sampai bilakah konsep minda ini akan kekal dan tidak berubah.
Ingat, Islam bukannya seperti agama-agama samawi sebelumnya, yang diturunkan untuk puak-puak tertentu, tetapi Islam itu bersifat 'alamiyyah seperti yang diperkatakan tadi, sejagat, sesuai dengan firman Allah s.w.t :
Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu). [Saba':28]
Inilah bukti secara sahihnya bahawa agama Islam ini bukanlah agama yang diturunkan untuk sesetengah golongan sahaja, tetapi baik Melayu, ataupun Cina, mahupun India sekalipun, semuanya layak untuk memeluk agam Islam.
Para pembaca yang dihormati, diharap perkara ini dapat meluaskan lagi minda kita tentang Islam dan dakwah. Janganlah menjadi terlampau jumud, centred sangat tidak keternampakkan akan kita jalan-jalan yang lain. Janganlah terlampau bergayut pada tali yang sama, yang hampir-hampir putus, sedangkan masih ada banyak lagi tali-temali lain, yang masih kuat, kukuh, utuh, untuk digunakan. Hanya kita yang tidak menyedarinya. WaLlahua'lam.
1 comment:
Dakwah hendaklah disampaikan secara komprehensif dan sistematik, berisi AIM-A2 (Aqidah, Ibadah, Muamallah, Adab dan Akhlak) secara FAST (Fathonah, Amanah, Shiddiq, dan Tabligh) agar umat dapat menjadi MUASiR (Mujahiddin, Uswatun hasanah, Asabiquunal awwaluun, Sirajan muniran, dan Rahmatan lil'alamiin).
Untuk sharing silahkan klik http://sosiologidakwah.blogspot.com
Post a Comment