Subuh
Aku suka waktu subuh. Dan aku suka solat subuh. Dan aku suka solat subuh di masjid.
Perhatikan suasana waktu subuh. Kalau diperhati betul-betul, tersinar pancaranNya.
Ada pergi masjid naik kereta. Ada yang naik moto. Aku? Aku gemar walking je.
Walking? Student kampus lazimnya mesti agak terkejut kalau aku kata yang aku gemar walking ke masjid, lagi-lagi pada waktu subuh.
Begini. Kalau naik kenderaan, dalam 2-5 minit sahaja dah boleh sampai ke masjid, dengan syarat konsentrasi perlulah tinggi pada jalan, mata kena alert, tangan kena alert, kaki kena alert. Kalau tak, macam mana nak tekan brek kaki, macam mana nak bagi signal, macam mana nak pastikan kenderaan yang dipandu tak terkeluar dari jalan raya? Kiranya, baguslah bawa kenderaan ke masjid, sebab meningkatkan 'alertness' kita.
Tapi, bagiku lain. Aku gemar walking. Walking distance daripada bilikku ke masjid aku anggarkan antara 10-15 minit. Konsentrasi itu perlu, tetapi tidak setinggi memandu kenderaan. So, dalam masa 10-15 minit itu, aku boleh gunakan untuk zikrullah, bertasbih, mengingati Allah, melihat alam ciptaan Allah dan berfikir akan kebesarannya. Dibandingkan dengan 3-5 minit, 10-15 minit 'for sure'lah dapat lagi banyak zikirnye, kan?
Selain itu, aku gemar akan konsep 'qawiyyul jism', ataupun kekuatan badan. Jadual harian aku selalunya penuh, jarang-jarang sangat dapat masa untuk beriadah. Maka, 10-15 minit ini dapat aku gunakan untuk beriadah sebenarnya. Kalau pergi ke masjid sahaja mengambil 10-15 minit, maka jumlah masa untuk pergi dan balik mestilah 20-30 minit, kira bolehlah tu. Sambil-sambil jalan, bersenam-senam sikit.
Aku pun sebenarnya kaki borak gak. So, kadang-kadang, kalau terserempak dengan mamat-mamat Sudan yang juga jalan kaki ke masjid, aku borak ngan depa. Best gak. Baru rapat ukhuwwah, kan? Tak pun, kadang-kadang aku borak ngan adik-adik yang duk v2, v1, yang juga jalan kaki pi masjid, sebab desasiswa depa dekat banding ngan aku yang duk nun jauh ketengah kampus nie.
So basically, Subuh, especially di masjid is a wonderful thing to do.
20060922
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment