asSalamualaikum.
Lately, I've been hearing so many luahan hati dan perasaan from my friends, about their uneasiness of their friends'.
Aku pun tak tau nak kate ape. Seriously, I take this as an urgent matter. Mungkin some boleh anggap benda-benda macam ni biasa, norma kehidupan. But in reality, it's a total difference.
Aku rasa kalau aku tak bukak balik konsep sahabat yang aku belajar dulu-dulu, mungkin benda ni akan jadik parah.
Ok, so, get set, GO!
Memberi Teguran Di Depan Orang Lain
Benda ini kadang-kadang terjadi. Bila marah sangat, pendam banyak-banyak, inilah hasilnya.
Ada yang rasa teguran depan orang lain tu bagus, sebab yang ditegur tu mungkin terasa, sampai dia berubah menjadi better.
Hakikatnya, inilah salah satu virus ukhwah yang membahayakan.
Imam Asy-Syafie pernah berpuisi di dalam Diwan Asy-Syafii:
nasihatilah diriku di kala aku sendiri
jangan kaunasihati aku di tengah
keramaian
kerana nasihat di muka umum
adalah bagian dari penghinaan yang
tak suka
aku mendengarnya
jika engkau enggan dan tetap melanggar
kata-kataku
maka jangan menyesal jika aku enggan menurutimu
Apabila ditegur di depan khalayak ramai, ada yang akan terasa dan tersinggung. Masalahnya akan bermula apabila penerima teguran terasa tersinggung. Yang ditakuti ialah perasaan tersinggung itu bercampur dengan malu kerana seolah-olah dia diaib di hadapan khalayak ramai.
Kalau nak boleh, tapi jangan bagi satu klu pun siapakah sahabat yang dimaksudkan itu. Maksud kata di sini, teguran itu adalah seperti tazkirah, tetapi disampaikan secara keras, namun tidak mengarah ke mana-mana individu.
Seperti mana Saidina Umar menegur seorang kaki judi ketika khutbah Jumaat melalui khutbahnya di mana beliau memberitahu akan larangan berjudi dan sebagainya, tanpa mengarah sedikitpun kepada kaki judi tersebut, tetapi kaki judi itu masih terasa. Namun, disebabkan dia tidak dimalukan, di mana nama dan ciri-cirinya tidak disebut langsung, dia berubah dan tidak berjudi lagi.
Seperti mana Rasulullah s.a.w pernah mendengar berita tentang beberapa orang yang bertekad meninggalkan beberapa perkara yang dibolehkan dan dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, maka Rasulullah s.a.w bersabda :
p/s : sebenarnya cerita ini dah ditulis semalam, tapi update kat blog lagi satu~"Apa gerangan yang membuat beberpa orang bertekad untuk meninggalkan perbuatan yang aku lakukan. Sesungguhnya aku - demi Allah - adalah orang yang paling mengetahui mengenai (hukum) Allah dan paling takut kepada-Nya di antara kamu semua" [Sumber hadith : Virus-virus ukhwah karangan Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah: m/s 72]
No comments:
Post a Comment