In The Name Of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful

20060922

Diari Diri - 1

asSalamualaikum.

Mungkin ini kali pertama bagiku untuk menulis diari diri di dalam blog ini, maka maaf sangat-sangat andai kata tulisan terlalu formal, ataupun tampak lain. Apa nak dikato, daku bukanlah penulis diari yang hebat macam sahabat sahabiah lain...

KEHIDUPAN ITU TARBIAH

Minggu ini boleh dikatakan satu tarbiah hebat bagi diriku. Sejak bermulanya semester, tiba-tiba badan jadik demam masa malam-malam. Panas semacam tiba-tiba. Segala-gala yang diingatkan hendak kulakukan pada malam hari terpaksa ditangguhkan, berat sangat kepala. Akhirnya, kudapati begitu banyak masa yang telah kuguna untuk berehat, dan hampir tidak cukup masa untuk membuat kerja lain.

Akhirnya, kerja yang tidak siap terpaksa ditangguhkan. Bukan itu sahaja, malah kerja baru bertambah-tambah, macam cendawan selepas hujan. MasyaAllah, macam mana ni amin? Payah, payah.

Tak habis dengan itu, bermula hari Selasa, malamku mula dipenuhi dengan meeting, dan meeting. Meeting ini, meeting itu, dan ditambah pula dengan test. Maka, hal akademik macam nak terabai. Selamat semuanya boleh dihantar pada hari Jumaat. Maka terpaksalah malam ini kukorbankan untuk siapkan semua kerja akademik yang bertangguh. Dan alhamdulillah siap.

20

Akhirnya, 18 September yang lalu, aku menjejak seperempat daripada usiaku (dengan kiraan manusia lazimnya hidup sehingga 80 tahun).

Namun, hatiku gelisah, gundah, gelana. Mengapa begitu?

Aku tidak tahu, apakah 20 tahun sebelum ini telah kugunakan untuk Islam, untuk Allah s.w.t, ataupun selama 20 tahun ini, aku khianati janji dan sumpah bai'ahku kepada Allah s.w.t di Lauh Mahfuz, aku langgar undang-undang syar'iah milik Allah s.w.t.

Aku tidak tahu, apakah 20 tahun sebelum ini aku menjadi seorang Islam yang sesempurna mungkin, ataupun aku menjadi seorang Munafiq yang sehina-hinanya.

Apabila kurenungi hidupku sebelum ini, tanpa disedari, air mataku mengalir, mengenangkan kehidupanku yang dasyhat tak terbayang. Mungkin bagi orang biasa, hal sebegitu tampak biasa, tapi bukan bagi seorang dai'e ilaLlah, yang mengharapkan keampunan dan rahmatNya yang Esa.

No comments: