In The Name Of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful

20060901

Hiburan??

Manusia lazimnya berkata mereka perlu kepada hiburan. Seakan-akan hiburan itu sudah menjadi suatu kewajipan. Memang, tidak dinafikan, manusia perlu berhibur. Kepentingan hiburan kepada manusia itu ada, tapi tidaklah sehingga menjadi kewajipan. Pada dasarnya hiburan itu perlu, tetapi tidaklah sehingga jatuh hukumnya wajib bagi manusia berhibur.

Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dan ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan. [Luqman:6]


Ayat di atas menjadi dalil naqli yang paling sesuai untuk mendefinisikan hiburan yang melalaikan, ataupun dipersingkatkan lagi kepada lagha, benda yang sia-sia. Namun begitu, manusia seringkali lupa, ataupun sengaja melupakan fakta-fakta seperti ini, dan mendesak agar dapat membuat konsert, gig, function, yang pada akar umbinya suatu perkara yang jelas statusnya lagha, melalaikan.

Dan konon-kononnya untuk menghalalkan gig itu, membuang status lagha pada konsert itu, ditempek pada function itu kempen-kempen kesedaran, umpamanya Belia Benci Dadah, Katakan Tak Nak Pada Rokok, dan sebagainya. Konon-kononnya dengan adanya perkara seperti ini status lagha, status lalai itu hilang. Namun pada hakikatnya tidak, kerana usul fiqh sudahpun mengatakan "Matlamat tidak menghalalkan cara". Adakah kerana ingin membantu masyarakat yang kurang upaya, miskin, maka aksi yang konon-kononnya heroik seperti Robin Hood dihalalkan, sedangkan pencurian itu tidak boleh dan wajib dikenakan hukuman bagi mereka yang ditangkap mencuri.

Apa yang teruknya lagi, kadang-kadang bukanlah sehingga sampai hukum lagha bagi perkara-perkara seperti ini, tetapi apakan dayanya, malanglah lagi apabila sesetengah majlis-majlis seumpama begini begitu dasyhat hukumnya sehingga boleh jatuh hukum HARAM, seperti mana Sure Heboh.

Pada surface ataupun dasarnya, ia tampak biasa, tiada apa-apa yang mencurigakan. Namun begitu, apabila tiba waktunya, begitu banyak kondom-kondom yang dijumpai selepas habis majlis. Agaknya apa lagilah kegunaan kondom-kondom ini kalau bukan untuk berzina, eh bukan, open-zina? Apabila kaum Adam dan kaum Hawa dibenarkan bergesel-gesel, bersentuh-sentuhan, mana tidaknya berlaku hal-hal sebegini. Dan kemudian mereka yang terlibat di dalam gejala sosial seperti ini, akhirnya ditangkap dan masuk ke dalam akhbar harian kerana kes rogol, sumbang mahram dan sebagainya. Apa yang kerajaan lakukan? Kerajaan membuat Pendidikan Seks, dengan harapan mereka ini sedar apa yang mereka lakukan.

Tumpang tanya, Pendidikan Seks? Rasa patik, wahai tuan hamba yang bijaksana, perkara seperti itu tidak lain tidak bukan seperti menumpahkan kari di atas nasi putih, tuan hamba. Namun begitu apa yang boleh penulis lakukan, di hadapan mereka, penulis hanyalah pacal yang hina, kalaupun mampu bersuara, macam ingin mereka mendengar suara seorang pacal yang hina ini.

Sesiapa sahaja yang mempelajari Health, Safety and Environment, sudah pasti mengetahui, antara langkah pencegahan terbaik untuk mengelakkan pollution ialah pengubahsuaian pada source of pollution, sumber pencemaran tersebut. Katakanlah kalau kita ingin mengaplikasikan konsep itu kepada open-zina dan rogol tadi, tidakkah pengharaman konsert sebegitu merupakan antara langkah pencegahan terbaik untuk mengelakkan kes-kes rogol daripada berlaku?

Mungkin sudah tiba masanya bagi kita rakyat Malaysia insaf, akan perkara-perkara buruk yang saban hari terpapar di berita utama dan kebanyakan media massa dan media alternatif, isu rogol, isu ikan haruan makan anaknya, isu sumbang mahram. Tidak cukupkah lagi impak-impak negatif perkara seperti konsert terhadap masyarakat Malaysia umumnya?



No comments: