Puasa
Alhamdulillah. Berjaya berpuasa di dalam hari pertama Ramadhan tahun ini, dan berjaya berbuka puasa di bulan Ramadhan.
Paling best, bukak puasa kat masjid. Sebab makan besar. Macam main roda impian sambil jerit "Wang besar, wang besar". Nie masyaAllah, makan 1 talam 5 orang, sorang seketul ayam, ngan kurma lagi, ngan sayurnya (kobis rasanya tadi, ntah, aku bukan kaki sayur, uwek.. [Bukan membenci ciptaan Tuhan, tapi aku tak makan sume jenis sayur, ada sayur yang aku tak makan mcm ulam raja]), ngan air sirap segelas.
Fuh.. nikmat terasa bukak puasa beramai-ramai.
Tapi, satu yang buat kucukup terasa. Tahun ni, pihak masjid dengan kerjasama Rakan Masjid buat sesi tazkirah 10 minit sebelum bukak puasa. Nama best dah. Kire smart la kan, sambil-sambil tunggu masuk waktu, dapat ilmu. Bukan senang syeikh.
Tapi, agak slack apabila tengok ramai orang yang masih lagi mundar-mandir, mencari tempat duduk. Ok fine, boleh dimaafkan, sebab tadi memang ramai gile umat manusia yang hendak bukak puasa sekali.
Tetapi, bagi mereka yang berborak-borak, ketika mana tazkirah sedang diberikan, alangkah ruginya mereka kerana berbincang tentang hal dunia, sedangkan tazkirah, ataupun makna katanya peringatan, yang mengingatkan manusia akan Allah s.w.t, diabaikan. Last-last, aku pun tak dapat dengar-dengar sangat tazkirah.
Tensen gak kawe klu ade ore gini. Takleh tahan. Tapi dokpe ah, sesungguhnya puasa itu mengajar umat Islam agar bersabar, at least beberapa minit sebelum habis tazkirah tu sume da stat senyap menunggu azan, ok la tuh. Dapat la input sikit.
"Ramai yang ingat mereka berpuasa namun begitu mereka tidak sebenarnya"
20060925
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment