Aku kembali lagi dengan diari hidupku, banyak yang xpernah aku luahkan, hari ini aku luahkan.
Perempuan
Sesiapa yang mengenali aku, mungkin mengetahui ini, ya, aku memang susah hendak bergaul dengan perempuan. Seriously. Bergurau senda, mungkin boleh, sikit-sikit, tapi, itulah, sikit-sikit. Lama-lama, dari senyum jadi serius, dari hepi jadi marah.
Begitulah aku.
Mengapa?
Jangan tanya mengapa. Di MRSM dulu, boleh la. Aku tidak sebegini.
Tetapi, sejak masuk kampus, aku berubah. Ramah dengan perempuan, tapi untuk beberapa ketika sahaja.
Bila ia bermula? Hehe, rahsia. Tapi, cukuplah sekadar mengatakan suatu event, back then when I was still a junior, 1st year 1st sem. The 1st time I took the job of a head department. Ade la suatu kes, yang menyebabkan aku mewarisi mentaliti 'perempuan itu lemah' sampailah kini.
Dan kini, andai kata aku tahu orang ini membuat salah ini, dan dia seorang perempuan, mesti aku marah kaw2 punya. So bias with women. What to do? Something happened to me that it changed my life.
And honestly, it changed a lot. I mentioned about my problem, bias with women. Yes, it is just so damn true. Kadang-kadang, sampai tahap berbalah depan orang ramai. Begitu dasyhat sekali aku dengan ke anti-perempuananku kadang-kadang. Bukan aku anti, tapi aku yang tidak boleh menerima cara kerja mereka.
Well, nak taknak, terpaksa jugalah relakan diri ini untuk bekerja bersama golongan-golongan hawa ini.
"Dan kami ciptakan tiap-tiap jenis itu berpasang-pasangan, agar mereka mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan kami"[Adz-Dzariyaat:49]
Kerja
Lately, kerja juga menjadi suatu benda yang pening bagi aku. Setiap minggu, ada aje kerja yang nak kene disiapkan. Tutorial? That's fine. Tapi minggu ini dan minggu depan, bukanlah suatu yang biasa bagiku. Malam-malam kerja banyak la pulak tiba-tiba, ditambah dengan demam waktu malam yang aku tulis dalam diari no.3, aisey, susah gini.
Akhirnya, aku kadang-kadang terpaksa memilih antara gerak kerja dengan akademik, dan gerak kerja dengan urusan keluarga. Ada sesetengah kerja yang terpaksa aku tangguhkan, namun alhamdulillah tak menggangu sangat jadual hidupku.
Still, there's a lot to be done. 1 presentation due on Monday, 1 test Khamis ini, 1 projek yang bermula minggu ini, 2 tutorial yang perlu disubmit pada Selasa dan Rabu (ada satu lagi, tapi tak perlu disubmit, alhamdulillah), haa, ape lagi... makin weng kepala yang dah sedia weng ini. Selamat aku memang kaki kerja.
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan sahaja dengan mereka 'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum diuji? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang telah diketahui Allah tentang orang-orang yang benar, dan nyata apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta"[Al-Ankabuut:2-3]
20060924
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kawan aku suh hang kawen ngn laki..ngeh2x..
ek? hang sengal pe? adess...
Post a Comment