In The Name Of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful

20060426

.: Jangan Marah, Nanti kene jual :.

Kata-kata `pergi jahanam' untuk pertahankan hak saya - Adnan

KUANTAN 25 April - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini menjelaskan tindakannya mengeluarkan kata-kata `pergi jahanam' yang ditujukan kepada sebuah akhbar pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang semalam sebagai mempertahankan haknya.

Katanya, akhbar Utusan Malaysia keluaran 22 April menyebabkan beliau marah sehingga mengeluarkan perkataan `pergi jahanam' atau go to hell itu.

Akhbar itu telah salah memetik kenyataan beliau sehingga menggambarkan seolah-olah beliau memberi kata dua kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya memberi bantuan tahunan sebanyak RM150 juta hingga RM200 juta agar semua aktiviti pembalakan di negeri itu dihentikan, katanya pada sidang akhbar yang hanya dihadiri oleh wakil Bernama, RTM dan TV3 di Wisma Sri Pahang di sini. Wakil media massa yang lain dipercayai tidak dijemput.

``Kalau dibaca dan saya membaca, ini benar-benar menyentuh perasaan saya kerana ini menggambarkan seolah-olah saya memberi ultimatum kepada Kerajaan Persekutuan, memberi kata dua kepada Perdana Menteri.

``Mana wajar (laporan begitu). Ia sepatutnya tidak timbul kerana saya tidak bercakap demikian tetapi dibuat dalam bentuk inverted commas (pengikat kata) seolah-olah saya berbuat demikian.

``Ini menimbulkan sedikit kegusaran dalam hati saya. Saya terfikir adakah apa-apa agenda sebalik ini. Itu sebabnya saya menggunakan perkataan go to hell'' dengan izin Speaker Dewan. Bahasa Inggeris kata ``go to hell'' bukan ``go to the hell'', itu pergi ke neraka. (Maksudnya) `persetankan' dalam bahasa Indonesia.

``Kenapakah tahun kelapan saya menjadi Menteri Besar, ini kali pertama saya menggunakan perkataan demikian? Tidak lain dan tidak bukan ialah kerana rekod sejarah yang kita kajikan, Utusan Malaysia memang ada sesuatu yang tidak kena dengan saya.

``Pada awal lagi saya menjadi Menteri Besar sampai sekarang. Apakah maknanya ini? UMNO Pahang ada saham dalam Utusan Malaysia tapi tidak pernah menggunakan kuasa untuk menyekat,'' kata Adnan.

Beliau berkata, media massa berhak membuat kritikan dan teguran tetapi ia perlu disertakan dengan laporan yang tepat.

``Saya juga ada kata, kita perlu ditegur, kalau tidak ditegur pegawai, ahli Exco, wakil rakyat atau Menteri Besar ada kemungkinan menyalahgunakan kuasa.

``Kita mengalu-alukan teguran tapi laporan macam ini yang tidak tepat sama sekali yang boleh menimbulkan salah anggap Perdana Menteri kepada saya, takkan saya boleh berdiam diri.

``Saya pun manusia biasa. Bila cuba melagakan, menggambarkan saya tidak setia kepada Perdana Menteri, itu saya meradang, panas hati. Sebab Perdana Menteri perlu disokong,'' katanya.

Adnan berkata, beliau sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung laporan akhbar terbabit.

- Bernama


Kata Carbonytte:

asSalamualaikum. huh. Nasik dah jadik bubur da. No matter what ever you said, like you could actually clean up your name. Itu pandangan yang ingin penulis berikan kepada Menteri Besar Pahang yang "sudah 8 tahun" menjadi Menteri Besar.

Mungkin kerana angka 8 tahun itu juga membuatkan beliau berani meminta-minta duit kerajaan untuk menghentikan "pembalakan" ? Aik, lajunya minta duit. Rakyat yang kesempitan duit kat Pahang pon rasanya ramai aje lagi, isk isk.. utamakanlah rakyat itu dahulu, kalau tidak kerana mereka yang mengundi anda, mana mungkin anda kekal 8 tahun sebagai Menteri Besar. Eh, ye ke kerana undi ? Tidak ada "hidden agenda" ek? Manalah tahu, mungkin ada....

Namun begitu, inilah sikap yang patut tidak ada pada seorang pemimpin. Sikap mudah marah. Siapa ingat lagi kes tayang punggung, angkat tangan ? Eh, kamu semua lupa ke ? Haha.. kes lame dah... tapi masih lagi segar di ingatan beberapa pembaca, rasanya (termasuklah penulis). Andai kata seorang pemimpin mudah marah, maka tindakan yang dilakukannya akan menjadi 'childish', seperti kanak-kanak, membuat sesuatu tanpa berfikir, sedangkan itulah perkara yang dilarang dan ditegah di dalam Islam sendiri.

Namun begitu, rasanya artikel daripada bernama ini menunjukkan anda seolah-olah bacul, penakut. Maafkan saya kalau ada pembaca yang rasa tersinggung, akan tetapi "Katakanlah yang benar walaupun pahit". Artikel tersebut terlalu bacul kerana Utusan Melayu pula yang dipersalahkan. Bukan itu sahaja, hatta UMNO Pahang juga dipersalahkan. Eh, bukan awak Menteri Besar ke ? Apa yang ditakutkan sangat sampai mahu kecam orang sendiri di dalam surat khabar ? Bacul, penakut! Hentam di dalam meeting sudahlah. Percayalah, sikap anda sendiri sudah menunjukkan betapa lemah dan batilnya organisasi anda itu, kerana anda merupakan tunjang organisasi, namun masih tidak mendapat dan mampu memberi 'trust' atau 'thiqah' kepada orang bawahan, selain menunjukkan dilemma yang dihadapi oleh 'kapal besar' anda.

Ingat, kalau ada 'hidden agenda', jangan sebarkan di kalangan umum. First of all, mungkin segalanya itu hanyalah fitnah, kerana anda tidak menyertakan bukti. Second, itu adalah rahsia organisasi anda. Lagi banyak yang anda kecohkan, lagi banyaklah yang akan orang tahu. Bukan sahaja dari mulut anda, malah dari sumber-sumber tertentu. Maka tahun 2008, kemenangan total bagi pihak pembangkang nanti, akibat distrust daripada rakyat. Eh, apa kuasa rakyat tahun 2008 nanti ? Undi-undi pun, ada hasil ke ? Sesetengah tempat sahaja. Yang lain, haha.. 'hidden agenda' juga. Hahaha...

"Jangan marah, nanti kene jual..." kata PM, orang-orang di sekeliling, dan semestinya rakyat...

No comments: