[Part I : Introduksi]
“Wa La Takrabuzzina! Nti lebih faham tentang bab ini dari ana. Nti seorang pelajar Al-Qur’an dan al-Hadith. Ana hanyalah penuntut ilmu kejuruteraan!”
Rabu, 30 April. Sebuah tarikh yang tak akan kulupakan dalam kalendar memoriku. Satu hari yang ingat kutanda di dalam takwim akalku, sehingga ke hujung hayat, hembusan nafas terakhir.
“Anda menerima 1 mesej baru”, teks yang terpapar di telefon bimbit Motorola E398ku. Malam itu, aku baru sahaja selesai sesi Smart Group bersama dengan adik-adik Smart Group. Az-Zahri namanya. Dinihari itu, aku baru sahaja habis membaca do’a Rabitah, do’a pengikat hati kaum Muslim. Aku membaca mesej tersebut.
“Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Puasa yang paling utama selain dari puasa pada bulan Ramadan ialah puasa pada bulan Muharam. Manakala sembahyang yang paling utama selain dari sembahyang fardu pula ialah sembahyang malam. (Hadis riwayat Imam Muslim).”
Eh, siapa pula yang menghantar mesej ini. Barangkali sahabat sekampus denganku. Akan tetapi, mengapa nombor yang terpapar, di telefon bimbitku ini, nombor yang tidak pernah kulihat sebelum ini? Aku cuba ‘recall’ memoriku sementara, sambil berborak dengan adik-adik Smart Group.
“Eh, abang guna komputer tak hujung minggu ini?” tanya Ariffin, mas’ul Az-Zahri kepadaku.
“Mengapa bertanya?” jawabku.
“Takdelah, ingat nak mintak tolong. Nak pinjam ‘keyboard’. Ada ‘tournament CS’ dalam masa terdekat ini. Ingat nak pinjam sebentar.”
“Boleh aje, nanti datang bilik abang.”
“Syukran abang Aiman”
“Afwan”.
Begitulah perangai adik-adik kecil. Mana tidaknya, baru melangkah ke alam kampus, dunia seorang siswa. Banyak perkara baru yang mereka akan tempuhi. Itulah gunanya seorang naqib, seorang fascilitator Smart Group, untuk membimbing anak-anak kecil ini, agar tidak terpesong dengan budaya hedonisme yang kian melarat di tengah-tengah lapangan umat akhir zaman yang dikenali sebagai remaja.
Tiba-tiba aku disergah dari belakang. “Suhairil rupanya”, bisik hatiku. Suhairil, seorang sahabat yang telah lama kukenali, sejak bangku sekolah lagi. Kemudian, kami bersama-sama mengorak langkah menjejak arus kejuruteraan di kampus yang sama. Hanya jurusan yang membezakan kami. Beliau juga seorang fascilitator Smart Group.
“Buat apa tu, baru habis Smart Group, terus tengok hand-set.”
“Dah ada orang sms, tengok aje lah.”
“Siapa sms lewat malam ni? Keluarga ?”
“Wallahua’lam. Nombor baru. Peliknya sms hadith. Salah nombor kot barangkali”.
Percakapan kami berhenti di situ. Kami pastikan lampu masjid ditutup, kemudian bergerak ke kereta Iswara Suhairil. Sedang Suhairil memandu ke rumah, aku membalas mesej tersebut.
“Syukran ya Abdullah. Siapa awak?” Mesej yang memulakan segala-galanya. Selepas hantar mesej tersebut, bateri telefon bimbitku habis. Telefon bimbitku mati. Aku pun berborak kosong sahaja dengan Suhairil, sambil menjenguk ke tepi, melihat keindahan alam yang Allah s.w.t ciptakan di bumi kampusku yang nan tersergam indah.
Panjang kami berborak. Tentang kampus, hedonisme yang nyata melalaikan, dan banyak lagi. Borak dan borak, sehinggalah kami tiba di desasiswa kami. Aku yang sudahpun kepenatan, terus ambil wudhu’, ‘charge’ telefon bimbitku lalu tidur di atas katil yang cukup empuk bagiku. Cukuplah hanya sekadar selimut RM10 yang kubeli di Ampang, cukuplah cadar yang kubawa dari rumah. Bukannya aku seorang raja yang mengimpikan tilam di atas tilam, dan selimut jenis ‘comforter’ yang nyata mahal bagiku.
Azan berkumandang, akan tetapi bukan di udara, hanya di peti suara komputerku. Aku ‘set’ komputerku supaya azan pada pukul 4.30, 5.00 dan 5.30 pagi untuk kubangun (namun hakikatnya aku sedar betapa aku selalunya susah untuk bangun sebenarnya). Kubasuh mukaku, ambil wudhu’ dan solat tahajud di bilik. Selesai sudah, kulihat telefon bimbitku menyala. “You received 1 new message”.
“Assalamualaikum. Ana Nur Akmariah. Ma ismuka ? Ma umurka ?”
Erk. Aku terkedu. Bukannya apa. First of all, aku sudah lama tidak mengambil Bahasa Arab. Bahasa Jannah yang sudah 7-8 tahun kutinggalkan, hanya semester ini aku mengambilnya kembali di kampusku. Then, terkejutnya aku kerana yang menghantar sms ini adalah seorang muslimat. Sesungguhnya memang tidak kubiasa dengan sms daripada seorang muslimat. Sebagai seorang hamba Allah s.w.t yang menyerahkan cinta hanya kepadaNya, rasulNya dan kedua ibu bapaku (buat masa ini), padaku sms ini amat menimbulkan keraguan dan fitnah pada diriku. Sebelum ini, sms yang kuterima daripada muslimat-muslimat lain hanyalah sms gerak kerja seperti liqa` dan sebagainya.
Aku membalas ayat tersebut.
“Waalaikummussalam. Ismi Noor Aiman. Maaf, ana kurang fasih berbahasa Arab.”
Dan aku meneruskan kehidupanku seperti biasa. Normaliti kehidupan seorang penuntut ilmu kejuruteraan. Pergi ke kelas. Hadir ke slot tutorial. Datang ke slot makmal. Namun, tidak kulupakan tanggungjawabku sebagai seorang Muslim, sebagai seorang Mu’min, dan sebagai seorang Da’ie. Kucuba memenuhi lopong-lopong kosong di dalam detik waktuku dengan ilmu-ilmu fardhu ain seperti bab-bab akidah, tauhid, feqah. Walaupun inilah ilmu-ilmu fardhu ain, namun sedih sekali kulihat berapa ramai umat Islam akhir zaman yang cukup ‘confuse’ dan ‘blank’ di dalam bab-bab ini!
“Assalamualaikum warahmatullah”, kalimah yang kuucapkan apabila memberi salam yang kedua sewaktu solat Zuhurku. Doa penerang hati kubaca agar diterangkan hatiku untuk menerima barakah ‘ilmu di dalam kelas, tutorial dan makmal. Doa rabitah kubaca agar hatiku dipautkan bersama rakan-rakan seperjuanganku.
Selesai sudah doa kubaca, sekali lagi, “You received 1 new message”. Aku membukanya. Di telefon bimbitku tertera “Maaf, ana selalu berbahasa Arab. Ana tanya umur nta berapa?” Terkejut hatiku membaca pesanan tersebut. Aku bertanya akan penghantar itu dari mana dia mendapat nomborku, kerana tidak pernah kusalin dan simpan nombor sedemikian di dalam telefon bimbitku.
“Apa pasal la budak ni tanya umur aku ? Kalau sahabat seperjuangan, mesti kenal aku siapa. Kalau bukan sahabat seperjuangan, takkan lah guna ana anta. Ini bukan Universiti Islam Antarabangsa ke apa, nie engineering-based university. Hisyyh. Runsing ah.” Begitu banyak sekali persoalan yang timbul di kotak memoriku ini.
Kuabaikan pesanan tersebut. Tidak mahuku layan. Bukannya aku tidak tahu, benda-benda seperti inilah punca isu couple, masalah hati dan sebagainya. Mula-mula tanya nama, kemudian tanya umur, lepas tu, ini, itu, ini, itu. In the end, haa, rosak terus.
Aku teruskan kehidupanku seperti biasa. Kelas, kelas dan kelas. Sehinggalah waktu ‘asar, di mana kami bersolat jemaah kemudian membaca ma’thurat suhgra di kala senja tinggal hanya sejam-dua sahaja lagi. Habis membaca ma’thurat, kami beransur ke rumah masing-masing. Di dalam perjalanan, aku mendapati ada ‘miscall’ di telefon bimbitku. Jenguk-jenguk, la, nombor ini lagi…
Alamak. Pulak. Biar benar. Takkan begitu sekali peribadi seorang muslimah. Baru tidak jawab pesanan, terus ‘miscall’. “Biar betik,” bisik hatiku.”Kalau tak jawab, entah apa pulak jadi lepas ini”, aku pun menjawab la persoalannya.
“Umur ana 20. Nak tanya, mana nti dapat nombor ana?”
Jawapan yang kuselitkan bersama-samanya sebuah persoalan baru…
20060408
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
ni kisah benar atau rekaan semata2??
waLlahua'lam.. Allah jualah yang Maha Mengetahui
bkn per, dulu suke je buat keje2 ni..astaghfirullah. ms zaman2 jahiliyah dulu, miscall2 org..kacau tgh malam, hantar msg anonymously..tp last2 terkantoi. tp juz suke2 je. tp skrg ni dh insaf dah...dl kecik2, bole dimaafkan lg kot. heh.
nway, bila nk sambung part strusnya? mcm menarik
insyaAllah bila ada kelapangan masa.. sekarang sibuk.. menjelang final..
slalunye orang yg melayan balik kpd orang yg mula2 stat layanan tu is the irresponsible one. x perlu rasa gundah gelisah whnever recv any miscalls or sms from anonymous persons. Just don't layan balik sudahla. end of story
Post a Comment