In The Name Of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful

20060501

Antara Ummah Centric Dan Jemaah Centric

asSalamualaikum. Pertama-tamanya, ingin ana clarify di sini, bukannya ana seorang dai'e yang ulung,antaranya Dr. Yusuf Qaradhawi, Haji Abdul Malik Karim Abdullah (HAMKA), as-Syahid Imam Hassan Al-Banna, as-Syahid Sayyid Qutb, al-Fadhil Ustaz Fathi Yakan, Tuan Guru Nik Aziz dan sebagainya.

Namun clarification di antara Ummah Centric dan Jamaah Centric perlu diperhalusi, supaya yang haq itu diletakkan di tempat yang sepatutnya ia berada. 'Bayang-bayang' yang muncul di minda masyarakat kampus terutamanya tentang hal ini membuatkan ana risau dan khuatir akan penerimaan masyarakat umumnya akan Islam. Begitu juga risaunya ana akan gerak kerja yang tidak mempunyai susunan yang teratur apabila hal ini diperlekehkan.

Apakah itu Ummah Centric. Ummah Centric adalah pemikiran yang berkonsepkan umat. Umat Islam. Umat yang menganut Agama Samawi, Agama Allah s.w.t, Agama yang diturunkan olehNya kepada seluruh 'alam melalui RasulNya yang terulung, Khatimul Anbiya', Rasulullah Muhammad s.a.w. Pemikiran untuk membentuk satu generasi umat perlu, bahkan menjadi kewajipan setiap individu muslim. Allah s.w.t berfirman :

"Dan berpeganglah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai"[Potongan daripada Al-Quran, Surah 'Ali Imraan:103].

Ayat tersebut merupakan rentetan ayat :

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati melainkan kamu semua Islam".[Ali-Imraan:102]

Apa yang ana pelajari daripada ustaz-ustaz yang mengajar ana, apabila Allah s.w.t menulis di dalam kalamNya yang ada berbunyi "Wahai orang-orang yang beriman", ini sama sekali bermaksud
adanya satu perintah,larangan,bahaya, atau janji yang ingin Allah s.w.t berikan kepada kita sebagai umat Islam. Umpama SWOT analysis; Strengh, Weakness, Oppurtunity, Threat yang Allah s.w.t sampaikan kepada kita semua sebagai umat Islam di akhir zaman.

Berbalik kepada surah 'Ali-Imran :103 tadi, Allah s.w.t telah menjelaskan tentang perlunya ada satu wehdah di antara umat Muslim di dunia ini. Kesatuan yang perlu dijana melalui pergantungan kesemuanya kepada Allah s.w.t. Pertautan hati yang kuat kepada Allah s.w.t yang di penghujungnya dapat menjana pertautan hati dan 'amal setiap 'amilin Islam di dunia ini.

Namun begitu, sahabat-sabahat, ingat :

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya di dalam saf-saf seperti bangunan-bangunan yang tersusun."[As-Saff:4]

"Jemaah itu rahat dan perpecahan itu azab"[Hadis riwayat Abdullah Ibn Ahmad Ibn Hanbal]

"...Kamu hendaklah bersama jemaah Muslim dan imam mereka"[Potongan Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim]

Sahabat-sahabat, sesungguhnya kita berada di zaman kebatilan yang berleluasa, yang memerlukan kepada kesatuan kita kepada jemaah-jemaah Islam yang sedia. Tak perlu saya nyatakan di sini
jemaah-jemaah itu, cukup dengan antum membuat PMI (Plus Minus Interesting) terhadap jemaah yang ada dan paralellism jemaah tersebut dengan hukum dan syar'iat Islam. Andai kata tidak parallel, bahkan menentang hukum-hukum yang sedia ada dalam Islam, hatta sehingga membuat hukum-hukum sendiri, maka tinggalkan jemaah itu.

As-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah menegaskan rukun-rukun bai`ah, rukun-rukun yang perlu dilaksanakan selepas berjanji dengan Ikhwanul Muslimin (dan inilah rukun yang kira-kira diambil kebanyakan gerakan Islam di mana jua berada):

-Faham
-Ikhlas
-Amal
-Jihad
-Pengorbanan
-Taat
-Tetap Pendirian
-Tajarrud
-Persaudaraan
-Thiqah

Ingin ana menghuraikan sedikit tentang 2 rukun tersebut, Taat dan Tajarrud.

Taat di sini, menurut Al-Fadhil Ustaz Fathi Yakan di dalam karangannya "Ma Za Ya'ni Intima' Lil Islam" :

"Taat yang dimaksudkan di sini ialah mematuhi perintah dan melaksanakannya di masa susah dan sengan, dalam perkara yang disukai dan dibenci".

Saudara-saudara yang insyaAllah mendapat naunganNya di hari yang tiada naungan, ingatlah akan satu usul fiqh yang terkenal.

"Tiada Islam tanpa jemaah. Tiada jemaah tanpa pimpinan. Tiada pimpinan pada taat".

Seharusnya sudah terang lagi bersuluh akan kepentingan taat kepada pimpinan dan jemaah yang disertai. Kemudian As-Syahid mengutamakan tentang tajarrud.

Tajarrud, menurut Al-Fadhil Ustaz Fathi Yakan di dalam karangannya "Ma Za Ya'ni Intima' Lil Islam" :

"Tajarrud bermakna saudara mestilah ikhlas terhadap fikrah yang saudara dokong dengan menolak prinsip-prinsip dan individu yang lain daripada fikrah saudara, kerana fikrah yang saudara dokong adalah fikrah yang paling tinggi dan lengkap."

Tajarrud terhadap gerakan yang antum sekalian bai`ah kepadanya perlu ada. Andai kata ada perselisihan pendapat di antara dua jemaah yang berlainan, kita harus tetap pada pendapat jemaah antum. Itulah yang dimaksudkan dengan jamaah centric.

Seterusnya, ingin saya mengambil konsep sulbu yang diperkenalkan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna :

-Individu Muslim
-Baitul Muslim
-Masyarakat Muslim
-Daulah Islamiyyah
-Khilafah Islamiyyah

As-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah menegaskan kelima-kelima aspek yang menjadi matlamat gerakan Islam secara fundamentalnya. Tidakkah mewujudkan satu Umat, satu masyarakat Muslim itu
menjadi dasar suatu jemaah Islam ? Maka apa perlunya kita kepada Ummah dan Jamaah Centric?

Pemikiran-pemikiran, sama ada Jamaah ataupun Ummah, seharusnya perlu ada, namun tidak boleh ada kontradiksi di antara keduanya. Tidak boleh ada perlawanan di antara keduanya. Ini akan
menyebabkan umat Islam akan kalah di dalam menghadapi arus globalisasi yang sudah nampak akan tanda-tandanya di dalam melenyapkan suara Islam dari muka bumi Allah s.w.t

Pemikiran seseorang individu Muslim itu sebaiknya haruslah menepati kaedah sulbu yang diperkenalkan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna. As-Syahid Imam Hassan Al-Banna membuatkan satu dasar yang sudah cukup baik untuk rujukan kita, di mana setiap kelima-lima tujuan tersebut haruslah bergerak secara serentak dan seimbang, tidak boleh diutamakan yang ini dahulu, yang itu dahulu, kerana kaedah sulbu atau kaedah bulat di mana Individu Muslim diletakkan di tengah-tengahnya sebagai titik permulaan dan Khilafah Islamiyyah diletakkan di lapisan paling hujung. Namun, kedua-duanya masih lagi bersentuhan antara keduanya, yang dilapisi oleh 3 lapisan lain, menunjukkan di sini terdapat parallelism.

Sudah jelas lagi terpapar, Islam itu akan muncul, obor Islam yang sudah lama terpadam itu sedang dinyalakan semula. Janganlah ada lagi perpecahan yang berlaku. Jamaah, jamaah juga, tapi
jangan sehingga tidak sampai kelima-lima matlamat itu yang di hujungnya tertera, KHILAFAH ISLAMIYYAH.

No comments: