[Part II : Bingung]
Petang semakin suntuk masanya. Aku tukar pakaian. Seperti biasa, petangku kukhaskan untuk beriadah. Walaupun jogging sekalipun, namun riadah tetap riadah. Kakiku pula baru pulih dari kesakitan yang agak mendesakku supaya tidak beriadah buat sekian lama. Namun riadah tetap riadah. Nak tak nak, riadah mesti ada. Hatta di dalam kaca televisyen pun selalu je ada iklan tentang “Riadah 3 kali seminggu , 30 minit setiap sessi”. Bak kata Rasulullah s.a.w :
“Sesungguhnya badanmu mempunyai hak ke atasmu”
Jam 6.50. Hendak masuk pukul 7. Aku berhenti. Bukannya aku merasakan cukup beriadah, kalau kuikutkan nafsu serakahku, sampai pukul 9 malam pun boleh aje aku beriadah. Namun, aku seorang Muslim. Aku mengikat diriku secara rela dengan kehidupan seorang Muslim. ‘Abid yang patuh di dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhan Yang Maha Esa. ‘Amil yang mengamalkan setiap apa tazkirah yang kuperkatakan, seperti firman Allah s.w.t :
“Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakannya tetapi tidak membuatnya? Amat besar kemurkaan di sisi Allah orang yang mengatakannya tetapi tidak membuatnya”[As-Saff:2-3]
Aku berjogging ke desa siswaku. Langit yang kemerah-merahan, menunjukkan seolah-olah kiamat. Aku tunduk padaNya yang Maha Esa, betapa agungnya ciptaanNya yang seringkali membuatkan kuteringat kepadaNya. Namun, seperti orang lain sedia adanya, aku juga seringkali lalai walaupun sudah melihat kebesaranNya. Imanku bukanlah iman seperti para sahabat Rasulullah s.a.w. Namun
Setibanya aku di bilik, kuperhatikan ada pesanan di telefonku.
“Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai sahabatnya sepertimana dia mencintai dirinya[Al-hadith]. O, 20 tahun. Emm, nta UTP
Eh, tahu pula muslimat ni aku student UTP. Dah la tepat tekaannya. Yes, memang aku student Electric & Electronic Engineering. Hmm, ni mesti ada sahabat nak mempermainkan aku. Takpe-takpe, buat ‘dunno’ dulu. Jari-jemariku pantas menaip di papan kekunci telefon bimbitku.
“Eh, mengapa pula begitu ? Mana boleh. Nti kenal ana tapi ana xknal nti. At least beritahulah universiti mana, ambil course apa”
Selesai sudah aku membalas pesanannya, aku memakai kain basahan dan pergi ke bilik air. Apa lagi, mandi la. Sudah penat beriadah, jutaan titisan peluh mengalir dibadanku, takkan dengan keadaan itu aku hendak menghadap Allah s.w.t, Rabb yang Maha Esa. Sedangkan di lecture, pakai baju lawa-lawa,kasut lawa-lawa, pakai minyak attar. Bau yang tak cukup harum lagi. Sanggupkah aku membuat begitu di hadapan Allah s.w.t, Pencipta Yang Maha Khaliq, yang meletakkan roh ke dalam jasad Adam, dengan bau yang busuk,hapak, ditambah pula dengan keadaanku yang berpeluh. Tidak, tidak, tidak. Tidak mungkin. Tidak sanggup kumempermainkan Tuhanku sebegitu.
Mandi punya mandi, basuh punya basuh, al-kisah dipendekkan cerita aku bersiap-sedia ke masjid bersama rakanku. Aku takde lesen kereta, takde lesen motor. So, memang rutin harianku menumpang rakan-rakan sahabat fiLlahku untuk ke masjid. Aku menumpang Kawasaki Ninja sahabatku ke masjid. Selepas solat sunat qabliah, solat fardhu maghrib, solat sunat ba’diah, dan solat sunat awwabin kukerjakan, aku pulang ke bilikku. Boleh aje aku tunggu mendengar kuliah ustaz, namun ada kerja yang perlu kuselesaikan terlebih dahulu. Kuliah itu nafsi-nafsi, akan tetapi kerjaku ini melibatkan orang lain juga, maka kerja inilah yang perlu kudahulukan di dalam menyusun kembali gerak kerjaku.
Langkah kananku menjejak di lantai rumahku. Tika dan saat itu juga, kudengar suatu bunyi,
“Eh, ape berat bebenor kamu nak angkat telefon. Ateh” Bunyi bingit yang dihasilkan oleh telefon bimbitku. Eh, siapa pula yang rajin telefon aku. Kucapai telefonku. Di ‘screen’nya tertulis “You have 1 miscall” Alangkah terkejutnya aku apabila mengetahui yang muslimat sebentar tadi yang
Serentak ketika itu juga, aku mendapat sebuah pesanan. “Emm… ana dari UIA. Mengambil jurusan Pengajian Al-Qur’an dan Hadith”.
Astaghfirullahal’azim. Begitu tak kusangka-sangka. Namun, ambiguiti yang bermain di benak hatiku masih tidak hilang. “Jika benar budak ni UIA, takkan sampai begitu sekali ? Takkan dia tidak tahu perbatasan hubungan di antara seorang muslimin dengan seorang muslimat. Padaku dia lebih mengetahui Begitu gundah-gelana hatiku memikirkan perkara ini.
Serentak ketika itu juga, aku menerima sebuah pesanan lagi.
“Hmm.. mungkin nta tertanya-tanya mengapa ana sms nta. Sebenarnya, ana tidak pernah mempunyai kawan lelaki di UIA. Ana selalu gaduh dengan budak lelaki. Hanya ana seorang sahaja yang tidak ber’couple’ di dalam batch ana. Maaflah kalau-kalau sms ana menimbulkan keraguan. Bukan niat di hati ana begitu”.
Adess.. tergugat pula aku. Terkesima aku melihat pesanan tersebut. Terkedu lidahku hendak berkata-kata, apatah lagi hendak berzikir, apabila menatap sms itu. Huh. Biar benar ini keadaan di UIA. Pelik. Pelik. Pelik.
Aku kebingungan. Apakah harus kubalas pesanannya. Atau patutkah aku membiarkannya begitu sahaja kuiikut gerak hatiku, biarkan dahulu. Namun, tidak senang untuk kuhadapinya. Aku ‘set’ telefon bimbitku pada mod senyap, ‘Silent mode’, supaya aku dapat tenang dan khusyuk ketika membuat ‘ibadah kepadaNya.
Pukul 10 malam. Aku check telefonku, manalah tahu kalau-kalau ‘parents’ku ada meninggalkan pesanan buatku. Terkejutnya aku melihat beberapa miscall yang dibuat oleh orang yang sama. Nur Akmariah.
Apa hal pula hendak call? Kata student UIA. Tapi ambil jurusan pengajian Al-Qur’an. Ambil jurusan pengajian al-Hadith. Takkanla tak tahu kot batasan-batasan hubungan antara seorang lelaki dan seorang wanita. Mungkin juga, ye lah, dier ni katanya tak pernah ada kawan muslimin. Mungkin juga dia tidak tahu akan batasan perhubungan itu. Hmm.
Aku menukil sebuah pesanan dan menghantar kepadanya.
“Ya ukhti, ana tahu nti tidak biasa berhubung dengan muslimin dan mungkin sekali tidak pernah ada kawan muslimin. Tapi, apa yang nti buat ini agak melewati batasannya. Ana tidak kisah sms itu sms hadith. Tapi, berpada-padalah”.
Kemudian kududuk di mejaku sambil membaca berita elektronik. Isu semasa juga perlu diambil tahu, kerana aku tahu akan kedudukanku, sebagai seorang mahasiswa, penggerak negaraku tercinta ini.
Honestly saying, segala yang berlaku memang pelik bagi diriku. Tidak pernah lagi aku diganggu oleh seorang muslimat sebegitu rupa. Aku mengharapkan segala yang berlaku ada hikmahnya suatu hari nanti. Aku kebingungan.
“You received 1 new message”. Isk, takkan dia lagi kot. Buka sajalah. Mungkin pesanan dari orang lain.
“Nta……..”
No comments:
Post a Comment