Oleh AZIMI MUSTAPHA
KUALA LUMPUR 20 Mac - Beberapa Ahli Parlimen membantah cadangan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang disifatkan mereka sebagai ``tidak wajar diwujudkan''.
Mereka meminta kerajaan menolak penubuhan suruhanjaya itu demi menjaga kewibawaan pasukan polis yang telah banyak berjasa kepada rakyat dan negara.
Tegas mereka: Penubuhan suruhanjaya itu hanya akan menjadi pasukan polis `lembut' dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) `mandul'.
Datuk Mohd. Said Yusof (BN-Jasin) berkata, suruhanjaya itu tidak diperlukan dalam pasukan polis kerana mereka telah pun mempunyai badan disiplin sendiri.
Katanya, penubuhan IPCMC memberi pandangan negatif terhadap tugas dan tanggungjawab pasukan polis seolah-olah badan disiplin sedia ada tidak berfungsi dalam menangani penyalahgunaan kuasa di kalangan mereka.
``Janganlah polis terus dibebankan dengan banyak suruhanjaya. Cukuplah dengan apa yang ada,'' katanya ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberitahu persidangan Dewan Rakyat bahawa cadangan penubuhan IPCMC kini berada di tangan Peguam Negara untuk dipertimbangkan dari segi perundangan.
Penubuhan IPCMC merupakan satu daripada 125 cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia pada Mei tahun lalu.
Menurut Mohd. Said, jika diteliti IPCMC mempunyai kuasa yang lebih berbanding Peguam Negara dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.
Katanya, ia adalah sesuatu yang tidak boleh diterima kerana jika suruhanjaya tersebut ditubuhkan nanti, ia akan menjadi agensi yang berada di luar kawalan undang-undang.
Kenyataan Mohd. Said itu mendapat sokongan Datuk Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) yang menegaskan, IPCMC memberi gambaran tentang dua perkara iaitu rasuah di kalangan anggota polis dan kegagalan BPR menjalankan tugas mereka.
``Saya nak tanya apakah kita akan menubuhkan jawatankuasa serupa untuk agensi-agensi lain seperti PBT (pihak berkuasa tempatan) apabila timbul isu rasuah?
``Perlukan kita bentuk jawatankuasa untuk agensi-agensi ini setiap kali ada masalah rasuah? Biarlah BPR jalankan tugasnya,'' kata beliau.
(Berita penuh di Utusan Malaysia Online)
Komen carbonytte :
asSalamualaikum. Adakah pihak polis akan menjadi lembut sekiranya pantauan ini dilakukan ? Adakah kerja BPR akan lebih membebankan sekiranya pantauan ini diadakan? Kala ada pon, apa salahnya. Adakah sempurna sangat pihak polis sehingga tidak perlu pemantauan yang khas. Sedangkan Pak Lah sendiri tubuhkan PIN utk hindari rasuah. Hisyh.. Pelik sungguh orang nasionalis nie. BPR lebih beban, apa salahnya. BPR sekarang ini pun sudah cukup beban, bukan beban apa, TETAPI BEBAN KERANA TIDAK DAPAT MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB AKIBAT ORANG BERKEPENTINGAN.
Dengan adanya IPCMC nie, barulah kita dapat lihat bagaimana pihak polis dipergunakan sewenang-wenangnya oleh pihak nasionalis nie. Tak puas hati sikit, panggil polis, suruh tangkap masuk lokap.
Kuasa IPCMC lebih besar dari kawalan undang-undang? Baguslah tu. Undang-undang yang ada sekarangpun umpama undang-undang palsu, dakyah, Law Of The Jungle. Tipu memanjang. Ingat, firman Allah :
"Apakah hukum jahililyah yang mereka kehendaki dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?" [Al-Maidah:50]
Di dalam ayat tersebut Allah s.w.t telah menjelaskan 'design flaw' yang ada pada undang-undang manusia, angkara kelemahan minda manusia yang ada 'limitationnya'. Kalau undang-undang pon tidak betul, kenapa nak takut IPCMC mungkin tidak dibatasi oleh kawalan undang-undang? Undang-undang pon tidak betul...
Bagaimana kita hendak biarkan BPR menjalankan tugas mereka sekiranya ini disekat, itu disekat. Tak amanah langsung. Huh. Mana pergi isu Perwaja. Hilang begitu sahaja. Lantaran daripada kekangan orang-orang berkepentingan dalam kerajaan, BPR lesu, lemah tak bermaya.
Maka, apakah tidak seharusnya ada IPCMC yang tidak dibatasi undang-undang retorik, jahiliyah, agar kebenaran itu akan terbukti di mata dunia.
Inilah golongan-golongan nasionalis yang tidak berfikrah Islami. Retorik semata-mata. Di saat ketua mereka melaungkan kerajaan yang anti-korupsi, ada pula mulut-mulut celupar yang cuba melawan. Lawan tokey daa~. Nasionalis. Retorik. Bak kata seorang kawan saya, "Kukuku, Ayam berkokok, terpalit najis di ekornya".
Ataupun merekakah golongan yang penuh korupsi ini? Takut kuasa mereka menzalimi rakyat Malaysia amnya, hilang begitu sahaja? Heh. Tipu belaka. Bagi alasan ini, alasan tu. Alasan semata-mata, untuk mengaburi rakyat Malaysia yang tidak tertipu. Hah!
No comments:
Post a Comment