In The Name Of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful

20060313

.: Alaf Baru Bagi Siswa :.

AUKU 1971 dipinda bagi kepentingan pelajar

PUTRAJAYA 12 Mac - Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) memutuskan bahawa sudah tiba sampai masanya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dipinda bagi membolehkan pelajar menganggotai pertubuhan belia ketika masih dalam pengajian.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, ini adalah sebagai satu langkah untuk mengatasi masalah kekurangan penyertaan golongan itu dalam pergerakan belia pada masa akan datang.

``Salah satu punca mengapa tidak ramai pelajar terlibat dalam pertubuhan belia ialah kerana mereka tidak dibenarkan terlibat sejak dari dalam kampus.

``Jadi kalau perlu AUKU dipinda, maka kita perlu pinda bagi memberikan pendedahan awal kepada mahasiswa untuk menganggotai pertubuhan belia,'' katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan persidangan tersebut, di sini hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Liow Tiong Lai dan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Datuk Suroya Selamat.

(Teks penuh di : Utusan Online)


Komen Editor :

asSalamualaikum.

Siswa-siswi sekalian. Bersediakah kita menghadapi arus baru ini ? Andai kata AUKU 1971 digubal semula, akan berlaku perubahan pada siasah kampus, direct or indirectly. Hal ini kerana satu, pepatah orang Melayu mengatakan "Ada udang di sebalik batu". Itulah yang sedang berlaku di dalam suasana kampus sejak berlakunya pertukaran orang paling atas di Kementerian Pengajian Tinggi. Namun begitu, ingatlah firman Allah :

"Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah, sedang ia diajak kepada memeluk Islam; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya." [As-Saff:7-9]

Kebenaran dan kemenangan itu tetap akan muncul.. percayalah sahabat siswa-siswi sekalian, seperti di dalam firman-Nya :

"Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman." [As-Saff:13]


waLlahua`lam...

No comments: