In The Name Of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful

20060309

.: Karikatur hina Nabi: RTM akan dipanggil beri penjelasan :.

Pengurusan Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan dipanggil bagi membuat penjelasan berhubung penayangan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Ketika menegaskan demikian Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkara itu perlu disiasat secara mendalam memandangkan ia telah sampai ke pengetahuan kerajaan.

"Kita akan siasat. Kita baru dapat tahu. Kita akan panggil RTM untuk mengetahui apa yang berlaku, kenapa ia ditayangkan. Kita akan mencari puncanya," kata beliau dalam persidangan media selepas merasmikan Konvesyen Pemimpin Muda 2006 di Shah Alam hari ini.

Bernama melaporkan, New Straits Times hari ini mendedahkan RTM menerusi siaran Berita Mandarin di saluran TV2 pada 3 Februari lalu, menayangkan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW.

NST yang memperolehi salinan program berita itu menyerahkannya kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri semalam

Malaysiakini juga turut menyiarkan berita mengenai perkara yang sama malam tadi.

Sememtara itu Najib berkata, siasatan mendalam perlu dijalankan sebelum kerajaan menentukan tindakan yang boleh dikenakan.

Katanya beliau turut berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai perkara itu pagi tadi.




(Sumber :Idealis-Mahasiswa)


Kata sang carbonytte :

NST siar kartun yang menghina Rasulullah s.a.w (walaupun secara 'indirectly'), dipanggil untuk beri penjelasan, kemudian dimaafkan. Selepas dimaafkan, NST tulis pasal RTM pulak. Nanti, RTM bagi penjelasan, dimaafkan, kemudian buat liputan pasal orang lain. And that goes on....

Sarawak Tribune tidak diberi peluang memberi penjelasan. Begitu juga halnya dengan Guang Ming Daily. Akan tetapi, bila masuk sahaja agensi-agensi kerajaan ataupun mempunyai hubungan dengan kerajaan (GLC), mesti diberi peluang memberi penjelasan. Agaknya patut atau tidak adanya sikap berat sebelah sedemikian. Sedangkan kita duduk di bawah satu bumbung yang sama, bumbung yang retoriknya memperjuangkan demokrasi walaupun dah jelas dan nyata berlaku begitu banyak korupsi,bumbung yang dengan selambanya mengatakan mereka membawa konsep Islam, Islam Hadhari, tapi Islam apa jika ada berat sebelah ? Seorang hakim tidak boleh berat sebelah. Hatta Saidina Ali apabila baju perangnya dicuri oleh seorang Yahudi, kesnya ditolak bulat-bulat oleh hakim yang menghakimi mereka kerana tidak cukup syarat untuk membuat tuduhan, tidak ada saksi. Bayangkan saudara-saudari sekalian, seorang KHALIFAH ISLAM, tingginya jawatan beliau namun hakim tersebut TIDAK MEMANDANG PADA JAWATAN, sebaliknya pada prosedur penghakiman.

No comments: