In The Name Of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful

20060330

.: Kisah - Kisah Sahabat : Part II :.

asSalamualaikum.


Kali ini, ana sambung kisah-kisah sahabat Rasulullah s.a.w dengan yet seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang lain. Kali ini, ana mengambil kisah Amru bin Al-'As.


Riwayat hidup beliau:
- Amru bin Al-As dilahirkan sekitar setengah kurun sebelum Hijrah.

Sifat peribadi beliau:
- Amru r.a adalah merupakan salah seorang yang tergolong di dalam kalangan orang Arab yang cerdik serta salah seorang yang pintar, unik dan sangat ganjil.
- Amru bin Al-As adalah merupakan seorang yang lantang dan fasih bercakap.
- Beliau memiliki kemampuan berfikir dan berpandangan jauh.
- Bapa beliau pula iaitu Al-As bin Wail adalah merupakan seorang yang mempunyai ketokohan di kalangan bangsa Arab malah dia merupakan salah seorang pemimpin bangsa Arab pada zaman jahiliah.
- Amru bin Al-As telah meninggalkan sirah perjalanan yang sangat mengagumkan dan menyibukkan masyarakat dunia bertahun-tahun lamanya.
- Ketika sebahagian dari kalangan umat Islam berhijrah ke tempat raja Najasyi di Habsyah setelah mendapat keizinan daripada Rasulullah s.a.w, bangsa Quraisy tidak mempunyai orang yang paling layak untuk memujuk Najasyi supaya mengembalikan umat Islam yang telah berhijrah kecuali Amru bin Al-As untuk memikul tugas tersebut kerana mereka mengetahui bahawa beliau adalah merupakan seorang yang sangat pintar dan mempunyai hubungan yang baik dengan Najasyi. Tetapi apabila Najasyi mendengar kata-kata Amru bin Al-As kemudian mendengar pula kata-kata umat Islam yang berhijrah ke tempatnya, Najasyi merasa penuh yakin dan tenang serta memahami akidah kepercayaan mereka serta hatinya merasa tertarik kepada Islam menyebabkan dia memeluk Islam selepas itu.

Pengislaman beliau:
- Apabila Amru ingin pulang, Najasyi menyeru beliau supaya memeluk Islam sambil menjelaskan kepada beliau betapa besar kurniaan yang telah diberikan oleh Allah kepada bangsa Arab dengan mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w sebagai seorang Rasul. Nasihat yang begitu berharga yang telah diberikan oleh seorang raja ternyata memberi kesan yang mendalam di dalam hati sanubari Amru bin Al-As menyebabkan dia mula tertarik kepada Islam dan akhirnya Allah membuka pintu hati beliau untuk menerima hidayat petunjuk Islam pada tahun 8 Hijrah.
- Amru telah berazam ingin musafir untuk berjumpa dengan Rasulullah s.a.w di Madinah. Di tengah-tengah perjalanan beliau bertemu dengan Khalid bin Al-Walid dan Othman bin Talhah. Beliau mendapati mereka berdua juga mempunyai niat yang sama.
- Sebaik sahaja mereka bertiga masuk berjumpa dengan Rasulullah s.a.w, Khalid dan Othman terus berbaiah dengan baginda, sebaliknya Amru hanya menggenggam erat tangan baginda sahaja sehinggalah Rasulullah s.a.w bersabda kepada beliau: "Kenapa kamu ini wahai Amru?" Lalu beliau berkata: "Aku berbaiah dengan kamu sekiranya Allah mengampunkan dosa-dosa aku yang telah lalu." Kemudian baginda menjawab: "Sesungguhnya Islam dan Hijrah menghapuskan perkara-perkara yang telah lalu." Lantas Amru r.a terus berbaiah dengan baginda. Apabila Rasulullah s.a.w mengetahui kepintaran dan keperkasaan beliau, baginda terus melantik beliau menjadi panglima tentera Islam di dalam peperangan Zaat As-Salasil.

Perjuangan beliau pada jalan Allah:
- Selepas kematian Rasulullah s.a.w, Amru r.a mempunyai peranan penting di dalam memerangi golongan murtad pada zaman pemerintahan Sayidina Abu Bakar As-Siddiq.
- Manakala pada zaman pemerintahan Sayidina Umar bin Al-Khattab r.a, pahlawan Islam Amru bin Al-As berjaya membuka Palestine dan Mesir malah kepentingan kedua-dua pembukaan ini tidak dapat dinafikan lagi kerana pembukaan Palestine dapat memberikan keamanan kepada kawasan persisiran pantai Syam terhadap umat Islam dan pembukaan Mesir pula berjaya memberi laluan untuk menuju ke Afrika, negeri-negeri di Moroko seterusnya ke Sepanyol selepas itu.
- Kecerdikan dan kepintaran Amru terlalu menyerlah di dalam pembukaan Mesir sehingga menakjubkan ahli-ahli sejarah termasuk dari kalangan bukan Islam terutamanya kebijaksanaan dan perancangan beliau yang begitu baik.

Di antara mutiara kata beliau dan seni sastera beliau:
- Lelaki adalah terdiri dari tiga kategori: Lelaki yang sempurna, lelaki yang bersifat separuh lelaki dan lelaki yang tidak bersifat lelaki. Lelaki yang sempurna adalah lelaki yang disempurnakan oleh Allah agama dan akalnya, apabila dia ingin membuat sesuatu keputusan, dia sentiasa meminta pandangan daripada orang-orang yang mempunyai pandangan menyebabkan dia sentiasa membuat keputusan yang tepat. Manakala lelaki yang bersifat separuh lelaki pula adalah lelaki yang tidak disempurnakan oleh Allah agama dan akalnya, apabila dia ingin membuat sesuatu keputusan, dia tidak meminta pandangan daripada sesiapapun sebaliknya dia berkata: "Sesiapa sahaja aku boleh mengikuti dan menggunakan pandangannya mengikut kesesuaian", menyebabkan kadangkala dia membuat keputusan yang tepat dan kadangkala dia membuat keputusan yang salah. Adapun lelaki yang tidak bersifat lelaki pula ialah lelaki yang tidak mempunyai agama dan akal fikiran sedikitpun menyebabkan dia sentiasa membuat tindakan yang silap. Kemudian Amru berkata: "Demi Allah! Sesungguhnya aku akan meminta pandangan daripada sesiapa sahaja mengenai sesuatu perkara walaupun daripada pembantu aku."
- Beliau pernah berkata pada hari-hari terakhir usia beliau: "Aku pernah berada di dalam tiga keadaan bahkan aku mengetahui kedudukan diri aku di dalam ketiga-tiga keadaan tersebut: Suatu ketika dahulu aku berada di dalam kekafiran, sekiranya aku mati pada masa tersebut sudah tentu aku akan dimasukkan ke dalam neraka. Selepas aku berbaiah dengan Rasulullah s.a.w, aku menjadi seorang yang sangat pemalu kepada baginda sehingga aku tidak pernah melihat baginda dengan sepenuh pandangan aku, sekiranya aku mati pada masa tersebut sudah tentu orang ramai akan berkata: Tahniah kepadamu Amru! Memeluk Islam dalam keadaan baik dan mati juga dalam keadaan baik. Kemudian aku diselubungi dengan sesuatu yang aku sendiri tidak mengetahui adakah ia akan dihitung sebagai keburukan ke atas aku atau ia dihitung sebagai kebaikan untuk aku?"

Kelebihan beliau:
- Imam Ahmad dan Tirmizi meriwayatkan sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda tentang beliau: Orang yang paling kuat Iman dan Islam adalah Amru bin Al-As.

Kematian beliau:
Beliau meninggal dunia pada tahun 43 Hijrah selepas menghabiskan usia dan perjalanan hidup yang panjang.

20060329

.: Antara Lelaki & Wanita :.

asSalamualaikum. sudah lama dapat artikel ini (agak-agak setahun kot, dapat dari ex-Pengerusi Rakan Masjid) akan tetapi selalu tidak sempat membacanya. Bila baca sahaja, rasa nak share sahaja dengan ntum & ntunna sekalian. Bacalah sahabat-sahabiah sekalian.

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkhawin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum khawin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah khawin, ia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengawini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkhawin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara denga suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

22. Cincin perkhawinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

23. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

24. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

25. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

26. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkhawinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

27. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

28. Wanita pada umumnya takut akan munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

29. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

30. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

ditujukan khas buat sahabat-sahabat dan Sahabiah-sahabiah sekalian... ..

moga bahagia hendaknya... ...

walimah nanti, ingatlah kat sini...

.: Senyum:.

asSalamualaikum.

Hari-hari yang berlalu kutatap rapi,saat-saat yang mendatang kuperhati sepenuh hati. Dalam beberapa hari nie, rasa letih je memanjang. Assignment + Project + Homework. Malam² tido pukul 2,pukul 3,gara-gara stadi @ mengulangkaji @ buat kerja rumah. Itu baru bab akademik, tak campur lagi dengan kerja-kerja lain. Fuh.. penat seh...

kadang² tu, ada yang sound kita tentang gerak kerja bila kita melepaskan sementara kerja kita itu semata-mata akademik. Rasa geram ada. Rasa nak marah pon ada. Tapi bersabarlah, itu semuakan ujian dari Allah s.w.t. Ujian,kifarah dosa dan rahmat Allah s.w.t yang diturunkan kepada kita. Bukan semua orang dapat jadik macam kita, multi-tasking people. Appreciate what Allah had given to us. Biarpun kerja itu hanyalah sekadar peon ataupun sebesar seorang CEO syarikat, semuanya ketentuan Allah s.w.t.

Kalau kena marah, biasalah tu. Manusia tak perfect. Akan tetapi, insan itu lengkap dan saling melengkapi. Memang hakikat kita akan dimarahi itu sentiasa ada. So that we would improve ourselves, tidak terbatas oleh kesalahan yang sama, tidak tercongok di lopong-lopong yang sama.

Saja je tulis nie. Al-Maklumlah, baru siap assignment Numerical Method. Kepala pon runsing pening-pening sambil dengar nasyid cikit,tazkirah ustaz shamsuri sikit. So sajalah pusing-pusing blog sahabat-sahabat, dan terjumpa potongan ayat al-Qur'an yang menarik :

"Jgnlah kamu bersikap lemah dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman"
-surah Ali Imran:139-

Fuhh.. memang kaw² aa dapat semangat baru beb. Caya sama loo wa kata. Daripada runsing-runsing ala ala pening-pening kepala lalat sikit-sikit, terus terkesima membacanya.

Hehe.. akhir kata, kalau tengah buat kerja, dan tengah pening, apabila disapa orang, apabila ditegur rakan sekerja, apabila dimarahi sahabat , senyumlah kepada mereka dan katakan "Terima kasih di atas sapaan/teguran/marahan".

Lastly, saje je copy paste lirik yang masyuk nie, lirik pasal senyum :

Raihan-Senyum

Manis wajahmu kulihat di sana
Apa rahasia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat kulihat
Mesra wajahmu dengan senyuman

Senyuman...

Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan

Senyumlah... ...

Hati yang gundah terasa tenang
Bila melihat senyum diri kan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati
Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah

Itulah sedekah paling mudah
Tiada terasa terhutang budi
Ikat persahabatan antara kita
Tapi senyum jangan disalah guna

Senyum... ...
Senyumlah kita

Senyumlah... ...
Senyumlah penawar duka
Senyumlah penyejuk hati
________________________________________

Maka dengan itu,senyumlah pada dunia, senyumlah pada sahabat, jangan jadik gila senyum sudah. jangan senyum dengan makna yang lain sudah.

20060327

.: Apa? Apa itu Islam Hadhari :.

Islam Hadhari rancangan jangka panjang

Oleh HASHNAN ABDULLAH

SEPANG 25 Mac - Pendekatan Islam Hadhari yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah perancangan jangka panjang bagi melihat masyarakat di negara ini mengamal nilai-nilai ajaran Islam dalam konteks yang lebih luas.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mustafa Abdul Rahman berkata, tempoh masa itu perlu supaya 10 prinsip dalam Islam Hadhari itu tidak menimbulkan salah faham dan kebimbangan dalam negara yang komposisi rakyatnya berbilang kaum dan agama.

"Pendekatan Islam Hadhari samalah seperti konsep pertanian yang hasilnya tidak boleh dinikmati dalam tempoh jangka pendek kerana perkembangannya berlaku secara berperingkat-peringkat.

"Kami tidak mahu Islam Hadhari dianggap sebagai salah satu retorik politik kerana ia mampu melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri dari segi penguasaan ilmu, kemahiran dan kepakaran selain dapat memperbetulkan sebarang salah anggap bukan Islam,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja `Pengenalan Konsep Islam Hadhari' di Seminar Kebangsaan Islam Hadhari dan Pembangunan Ummah di sini, hari ini.

Dalam pembentangan itu, Mustafa telah menggariskan beberapa ciri penting yang terdapat dalam pendekatan Islam Hadhari yang berupaya menentukan hala tuju kehidupan masyarakat di negara ini.

Beliau berkata, antara ciri penting tersebut adalah ilmu, pembangunan seimbang, harta kekayaan, kesihatan dan menikmati perhiasan hidup.

"Ilmu merupakan asas kepada pendekatan Islam Hadhari kerana ia bukan hanya kunci iman tetapi juga mampu menjana pembangunan ekonomi umat Islam itu sendiri.

"Ciri kedua yang penting adalah pembangunan seimbang yang tidak hanya tertumpu kepada perkara fardu ain tetapi juga merangkumi ilmu yang tergolong dalam fardu kifayah,'' katanya.

Beliau berkata, Islam menganggap harta kekayaan sebagai satu nikmat tetapi ia mesti disuburkan mengikuti lunas-lunas agama manakala ciri kesihatan pula penting dalam usaha melahirkan masyarakat yang sihat dari segi mental dan fizikal.

"Islam tidak pernah mengajar umatnya memandang perhiasan dunia sebagai suatu yang jijik dan mendekatkan diri kepada syaitan,'' katanya.

(Sumber: Utusan Malaysia Online)

Kata carbonytte:

asSalamualaikum. ana tertarik sangat-sangat dengan berita ini. Pendekatan Islam Hadhari dijalankan sedikit-sedikit, katanya. Begitukah wahai pihak JAKIM? Begitukan pendekatan Islam Hadhari?

Ana ingin mengulas sedikit. Ya, tidak dinafikan, memang pada permulaan da'wah Rasulullah s.a.w yang tercinta, da'wah itu dijalankan secara sedikit-sedikit, secara senyap-senyap. Kemudian, barulah da'wah terbuka dan akhirnya kepada peperangan, atau Qital, peperangan yang dinamai Jihad Fi SabiliLlah, ataupun berjuang bersungguh-sungguh di jalan Allah s.w.t. Memang ada peringkat-peringkatnya, namun hakikat itu perlu diterima. Kita lihat kembali antara sebab da'wah dilakukan pertama kalinya dengan senyap-senyap. Ketahuilah, Sa'id Ramadhan Al-Buti menulis di dalam Fiqh Sirah I, hal ini disebabkan agar pihak kafir Quraisy tidak terperanjat dengan seruannya kerana mereka semua terlalu fanatik dengan penyembahan berhala. Namun, da'wah tetap da'wah, kerana Allah s.w.t berfirman :

"Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia)."[Al-Muddathir:1-2]

Kemudian, turun ayat Allah yang lain :

"Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu. Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu dari kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan mempersendakanmu, (Iaitu) mereka yang mengadakan tuhan yang lain bersama-sama Allah, maka mereka akan mengetahui kelak (akibatnya).[Al-Hijr:94-96]

Setelah turunnya ayat ini kepada Rasulullah s.a.w yang tercinta, nak taknak, Rasulullah s.a.w sudah tahu, perlu ada seruan secara terang-terangan. Lantas Rasulullah s.a.w. mengumpulkan puak Quraisy (Bani Fihr & Bani 'Adi) di bukit Safa. Dipendekkan cerita, apabila Rasulullah s.a.w. menyeru umatnya kepada Islam, bangkitlah Abu Lahab yang berkata "Binasalah engkau hai Muhammad, apakah untuk ini sahaja yang engkau kumpulkan kami?" Dan sebagai janji Allah s.w.t, maka Allah s.w.t turunkan ayat ini :

"Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!"[Al-Lahab : 1]

Kemudian berlakulah siksaan terhadap umat Islam sehingga hijrah ke Yathrib, dan ditukar kepada Madinah. Digubal Piagam Madinah, agar Islam itu diletakkan pada tempat yang sepatutnya, bersepadan dengan firman Allah s.w.t :

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata"[Al-Baqarah:208]

Itulah perlembagaan yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w yang tercinta melalui kuasa politik. Rasulullah s.a.w pertama-tama kalinya di Madinah menurunkan masjid, kemudian pada tahun kedua Hijrah barulah dibina pasar. Dan setelah itu, dipendekkan cerita, akhirnya Allah s.w.t menurunkan ayat yang mengizinkan perang :

"Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan). Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan kami ialah Allah". Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan"[Al-Hajj:39-41]

Setelah itu, berlakulah beberapa ghasiyyah dan sariyyah sehinggalah pembukaan Kota Mekah. Kemudian Islam tersebar di negara-negara lain, seperti Rom,Konstatinople dan Parsi.

Okay, cukup sekadar itu untuk bab sirah. La, ana nak tanya sahabat sekalian. Di manakah umat Islam Malaysia sekarang? Adakah umat Islam berada di keadaan da'wah senyap-senyap, atau terbuka ? Terbuka. Ya, terbuka. Umat Islam Malaysia sudahpun memegang tampuk kekuasaan negara. Akan tetapi, Islam itu masih tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya. Hukum Islam masih lagi dipermain-mainkan. INGAT! EKONOMI DILETAKKAN DI TEMPAT KEDUA SELEPAS BAB AKIDAH. NAMUN, AKIDAH UMAT ISLAM MALAYSIA MASIH LAGI ROSAK DENGAN BERLAKUNYA KES-KES RASUAH, BLACK-METAL, KES UMAT ISLAM MURTAD, SEDANGKAN BAB EKONOMI DIPERJAJA DI SINI DI SANA. EKONOMI BERASASKAN ISLAM, AKAUN MUHIBBAH, SAHAM-SAHAM ISLAMIK, INI DAN ITU. RETORIK SEGALA-GALANYA. TAK GUNA SEMUA ITU JIKA BAB ZAKAT MASIH TERUMBANG-AMBING.

Wahai pihak yang berkepentingan. Ingatlah, jangan main cakap-cakap sahaja. Ana bukannya seorang ulama' dan sebagainya, ntum mungkin lebih tahu daripada ana di dalam bab-bab ini. Namun, mengapa ntum senyap dan ikut sahaja. Ingatlah golongan ashabul kahfi, apabila disuruh mengatakan apa yang tidak sepatutnya diperkatakan, mereka tetap dengan Allah s.w.t. Firman Allah :

"
Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."[Al-Kahf:13-14]

Ingat, ntum orang yang boleh mengubah segala-galanya. Perkukuhkanlah iman ntum, perkuatkanlah hidayah,teguhkanlah hati sesama ntum, dan bangunlah melawan arus sekularisma ini. Tidak perlu jangka panjang lagi. Ntum ada suara. Suarakanlah apa yang benar.

waLlahua'lam...

.: 7 senjata wanita :.

asSalamualaikum. ana dapat ini dari sahabat dan rasa terkejut. Memang ada kebenarannya di situ.

Senjata2 perempuan yang boleh mendatangkan fitnah besar kepada Islam dan umatnya:

1)Air mata
2)Merajuk dan suka bermanja -manja
3)Berhias diri dan bergaya
4)Berpura -pura sakit
5)Senyuman
6)Penipuan
7)kata-kata yang manis Mempertakuti bahawa ia akan lari

Moga-moga dengan ini kita akan menjadi hambaNya yang taat dan tidak mendatangkan fitnah kepada Islam itu sendiri. Ingatlah, setiap kita ini memegang penjuru-penjuru Islam. Andai kata kita lari dari perjuangan, ingatlah akan ayat Allah s.w.t :

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya"[Al-Maaidah:54]

20060325

.: Erks, Kecewa Politik Wang :.

Samy kecewa politik wang MIC

KUALA LUMPUR 23 Mac - Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu mendedahkan gejala politik wang di kalangan anggota MIC semakin serius pada pemilihan parti kali ini berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Tambahnya, beliau akan menggunakan kuasanya sebagai Presiden untuk membuang mana-mana ahli parti yang terlibat dengan politik wang pada pemilihan kali ini.

``Kita buang dulu ahli yang terlibat selepas itu baru siasat. MIC bukan parti kaya, ia adalah parti miskin.

``Saya beri amaran bahawa politik wang tidak boleh sekali-kali menguasai MIC pada bila-bila masa,'' katanya.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC di ibu pejabat parti di sini hari ini.
Samy Vellu berkata, sehingga kini sebanyak 76 bahagian sudah selesai menjalankan mesyuarat pemilihan manakala esok sebanyak 33 bahagian melibatkan Selangor dan Kedah akan menjalankan mesyuarat masing-masing.

(Teks diambil dari Utusan Malaysia Online)

Komen Carbonytte :

asSalamualaikum.
Adess, kecewanya. Memang mengecewakan. Tapi, carbonytte lagi kecewa sebab kerajaan terpaksa bayar kira-kira RM18 juta. Yang baikinya syarikat swasta, Bumihiway Consortium, akan tetapi yang membayarnya kerajaan. Rasanyalah kalau tak silap, bayar pon guna duit kerajaan, atau lebih tepat lagi, duit rakyat. Huh. Pembaziran lagi. Sudah la harga MRR2 sahaja dianggarkan RM300 juta.

Dibina pada tahun 1999, baru setahun sahaja selepas siap dibina, sudah muncul kesan-kesan retak/rekah pada 31 daripada 33 crossbeam MRR2. Hujung tahun 2004, Halcrow terjumpa satu benda Allah bernama "ettringite" pada retakan, di mana bahan kimia ini boleh menyebabkan retak atau rekahan yang lebih teruk. Oleh itu, pada Januari 2005, Halcrow mencadangkan kepada JKR agar MRR2 dijadikan water-proof. Akan tetapi, ianya diabaikan begitu sahaja oleh pihak JKR.

La nie, habis dah. Punah segalanya. Orang sound dulu-dulu, degil. La, kita rugi duit. Dah la guna duit rakyat. Huh. Kecewa carbonytte dengan Samy.

20060322

.: Kisah-Kisah Sahabat : Part I :.

Abu Ayyub Al-Ansyari r.a

- Nama sebenarnya ialah Khalid bin Zaid bin Kulaib dari Bani An-Najjar.

- Mendapat penghormatan kerana Rasulullah s.a.w turun dari unta baginda di rumah beliau selepas baginda memasuki Madinah semasa baginda berhijrah ke sana dari Mekah.

- Semasa Rasulullah s.a.w memasuki Madinah, setiap orang dari kalangan orang-orang Ansar bercita-cita supaya Rasulullah s.a.w turun dari unta baginda di rumah mereka. Mereka menghalang perjalanan unta Nabi s.a.w secara silih berganti supaya unta baginda menghala ke rumah mereka kemudian Nabi bersabda kepada mereka: (Biarkanlah ia pergi kerana ia telah diperintahkan). Lalu unta tersebut terus berjalan sehinggalah ia berhenti di halaman rumah Abu Ayyub Al-Ansariy r.a.

- Abu Ayyub terlalu gembira melihat keadaan tersebut lalu beliau terus mendapatkan Rasulullah s.a.w menyambut kedatangan baginda dengan perasaan terlalu gembira dan rasa sangat terharu sambil membawa barang-barang yang dibawa oleh Nabi s.a.w seolah-olah beliau membawa khazanah dunia kemudian terus masuk ke rumahnya.

- Rumah Abu Ayyub r.a terdiri dari dua tingkat. Nabi memilih tingkat bawah supaya baginda boleh berjumpa para sahabat dengan mudah di mana mereka dapat masuk dan keluar dengan mudah. Tetapi keadaan tersebut menyebabkan Abu Ayyub tidak dapat tidur di atas Rasulullah s.a.w malah beliau tidak dapat tidur sedikitpun pada malam tersebut sehingga menjelang waktu pagi. Lalu beliau datang berjumpa dengan Rasulullah s.a.w dan mengadu kepada baginda mengenai keadaan tersebut kemudian beliau meminta baginda supaya berpindah ke tingkat atas. Pada masa itu juga muka baginda kelihatan bertambah ceria lantas baginda menjawab kepadanya: (Janganlah kamu menyusahkan diri kamu wahai Abu Ayyub, sesungguhnya kami lebih sesuai berada di tingkat bawah kerana ramai orang yang datang berjumpa kami). Kemudian Abu Ayyub berkata: Aku melaksanakan perintah Rasulullah s.a.w tersebut sehinggalah berlaku pada suatu malam yang sangat sejuk, kendi kami pecah menyebabkan airnya tumpah ke atas lantai di tingkat atas. Lalu aku dan Ummu Ayyub terus bergegas ke tempat air yang tumpah tersebut sedangkan pada masa tersebut kami tidak memiliki apa-apa kecuali sehelai kain baldu yang kami jadikan sebagai selimut. Kami menggunakan kain tersebut untuk mengelap air yang tumpah kerana bimbang air tersebut menitis ke tingkat bawah tempat Rasulullah s.a.w berada. Pada pagi keesokannya aku berjumpa dengan Rasulullah s.a.w kemudian aku berkata: Demi bapaku, kamu dan ibuku! Aku tidak suka berada di atas kamu sedangkan kamu berada di bawahku. Setelah itu aku ceritakan berita mengenai kendi tersebut. Lalu baginda menerima permintaan aku dan baginda bersetuju untuk naik ke tingkat atas manakala aku dan Ummu Ayyub pula turun ke tingkat bawah.

- Rasulullah s.a.w menetap di rumah Abu Ayyub selama lebih kurang tujuh bulan sehinggalah masjid baginda dibina bersama-sama dengan bilik-bilik yang terdapat di sekeliling masjid yang kemudiannya baginda berpindah ke sana.

- Abu Ayyub adalah seorang yang berhati lembut, terlalu sayang kepada Rasulullah s.a.w, sangat pemurah, suka memberi makan kepada orang lain dan beliau memiliki sebatang pokok kurma di mana beliau mengusahakannya untuk menampung kehidupannya dan keluarganya.

- Selain dari itu Abu Ayyub juga merupakan salah seorang pahlawan perang. Beliau menyertai kesemua peperangan yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w, begitu juga dengan peperangan yang berlaku pada zaman pembukaan kawasan Islam, semuanya beliau serta kecuali berlaku beberapa peperangan dalam satu masa.

- Abu Ayyub r.a tidak pernah ketinggalan dari mengikuti peperangan yang diikuti oleh umat Islam semenjak zaman Nabi s.a.w sehinggalah ke zaman Muawiyah r.a.

- Pada zaman pemerintahan Muawiyah, Muawiyah telah menghantar sepasukan tentera untuk membuat pembukaan Constantinople di bawah pimpinan anaknya Yazid. Pada masa tersebut Abu Ayyub merupakan seorang yang telah terlalu tua kerana umurnya menjangkau 80 tahun. Walau bagaimanapun dia tetap keluar bersama-sama dengan pasukan tentera dan menaiki pengangkutan laut lalu beliau jatuh sakit. Pada masa panglima tentera mengunjungi beliau, panglima bertanya kepadanya: Wahai Abu Ayyub! Adakah kamu ingin sesuatu permintaan? Lalu beliau meminta daripada panglima supaya tentera mengusung beliau sekiranya beliau meninggal dunia kemudian mengebumikan beliau di bumi musuh iaitu supaya mereka mengebumikan beliau di pagar Constantinople. Ternyata beliau meninggal dunia pada masa tersebut.

- Setelah peristiwa tersebut berlaku, mereka berusaha menyerang musuh sedikit demi sedikit sehinggalah mereka berjaya sampai ke pagar Constantinople dalam keadaan mereka mengusung Abu Ayyub bersama-sama dengan mereka dan di sana mereka menggali sebuah kubur untuk Abu Ayyub kemudian mengebumikan beliau di sana.

20060321

.: Takut ke Bang :.

Ahli Parlimen bantah -- Cadangan tubuh suruhanjaya pantau salah laku polis

Oleh AZIMI MUSTAPHA


KUALA LUMPUR 20 Mac - Beberapa Ahli Parlimen membantah cadangan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang disifatkan mereka sebagai ``tidak wajar diwujudkan''.

Mereka meminta kerajaan menolak penubuhan suruhanjaya itu demi menjaga kewibawaan pasukan polis yang telah banyak berjasa kepada rakyat dan negara.

Tegas mereka: Penubuhan suruhanjaya itu hanya akan menjadi pasukan polis `lembut' dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) `mandul'.

Datuk Mohd. Said Yusof (BN-Jasin) berkata, suruhanjaya itu tidak diperlukan dalam pasukan polis kerana mereka telah pun mempunyai badan disiplin sendiri.

Katanya, penubuhan IPCMC memberi pandangan negatif terhadap tugas dan tanggungjawab pasukan polis seolah-olah badan disiplin sedia ada tidak berfungsi dalam menangani penyalahgunaan kuasa di kalangan mereka.

``Janganlah polis terus dibebankan dengan banyak suruhanjaya. Cukuplah dengan apa yang ada,'' katanya ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberitahu persidangan Dewan Rakyat bahawa cadangan penubuhan IPCMC kini berada di tangan Peguam Negara untuk dipertimbangkan dari segi perundangan.

Penubuhan IPCMC merupakan satu daripada 125 cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia pada Mei tahun lalu.

Menurut Mohd. Said, jika diteliti IPCMC mempunyai kuasa yang lebih berbanding Peguam Negara dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Katanya, ia adalah sesuatu yang tidak boleh diterima kerana jika suruhanjaya tersebut ditubuhkan nanti, ia akan menjadi agensi yang berada di luar kawalan undang-undang.

Kenyataan Mohd. Said itu mendapat sokongan Datuk Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) yang menegaskan, IPCMC memberi gambaran tentang dua perkara iaitu rasuah di kalangan anggota polis dan kegagalan BPR menjalankan tugas mereka.

``Saya nak tanya apakah kita akan menubuhkan jawatankuasa serupa untuk agensi-agensi lain seperti PBT (pihak berkuasa tempatan) apabila timbul isu rasuah?

``Perlukan kita bentuk jawatankuasa untuk agensi-agensi ini setiap kali ada masalah rasuah? Biarlah BPR jalankan tugasnya,'' kata beliau.

(Berita penuh di Utusan Malaysia Online)

Komen carbonytte :

asSalamualaikum. Adakah pihak polis akan menjadi lembut sekiranya pantauan ini dilakukan ? Adakah kerja BPR akan lebih membebankan sekiranya pantauan ini diadakan? Kala ada pon, apa salahnya. Adakah sempurna sangat pihak polis sehingga tidak perlu pemantauan yang khas. Sedangkan Pak Lah sendiri tubuhkan PIN utk hindari rasuah. Hisyh.. Pelik sungguh orang nasionalis nie. BPR lebih beban, apa salahnya. BPR sekarang ini pun sudah cukup beban, bukan beban apa, TETAPI BEBAN KERANA TIDAK DAPAT MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB AKIBAT ORANG BERKEPENTINGAN.

Dengan adanya IPCMC nie, barulah kita dapat lihat bagaimana pihak polis dipergunakan sewenang-wenangnya oleh pihak nasionalis nie. Tak puas hati sikit, panggil polis, suruh tangkap masuk lokap.


Kuasa IPCMC lebih besar dari kawalan undang-undang? Baguslah tu. Undang-undang yang ada sekarangpun umpama undang-undang palsu, dakyah, Law Of The Jungle. Tipu memanjang. Ingat, firman Allah :




"Apakah hukum jahililyah yang mereka kehendaki dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?" [Al-Maidah:50]



Di dalam ayat tersebut Allah s.w.t telah menjelaskan 'design flaw' yang ada pada undang-undang manusia, angkara kelemahan minda manusia yang ada 'limitationnya'. Kalau undang-undang pon tidak betul, kenapa nak takut IPCMC mungkin tidak dibatasi oleh kawalan undang-undang? Undang-undang pon tidak betul...



Bagaimana kita hendak biarkan BPR menjalankan tugas mereka sekiranya ini disekat, itu disekat. Tak amanah langsung. Huh. Mana pergi isu Perwaja. Hilang begitu sahaja. Lantaran daripada kekangan orang-orang berkepentingan dalam kerajaan, BPR lesu, lemah tak bermaya.

Maka, apakah tidak seharusnya ada IPCMC yang tidak dibatasi undang-undang retorik, jahiliyah, agar kebenaran itu akan terbukti di mata dunia.

Inilah golongan-golongan nasionalis yang tidak berfikrah Islami. Retorik semata-mata. Di saat ketua mereka melaungkan kerajaan yang anti-korupsi, ada pula mulut-mulut celupar yang cuba melawan. Lawan tokey daa~. Nasionalis. Retorik. Bak kata seorang kawan saya, "Kukuku, Ayam berkokok, terpalit najis di ekornya".

Ataupun merekakah golongan yang penuh korupsi ini? Takut kuasa mereka menzalimi rakyat Malaysia amnya, hilang begitu sahaja? Heh. Tipu belaka. Bagi alasan ini, alasan tu. Alasan semata-mata, untuk mengaburi rakyat Malaysia yang tidak tertipu. Hah!

20060320

.: Jalan yang Jauh : Part I :.

asSalamualaikum.

Dalam dilemma arus diktaturiyyah ini, kita lihat bagaimana lapangan umat yang hilang dari panduan yang asal. Yang asli. Yang tulen. ISLAM . Bukannya ISLAM yang ditokok-tambah, diambil secara juz`ie,dibuang mana yang tidak mahu,diambil sekerat-sekerat. Namun, ISLAM yang diambil secara kulli, secara sepenuhnya, 'bulat', complete,full, segenap segi, itulah panduan yang wajib menjadi panduan bagi umat Islam. Sepertimana firman Allah s.w.t :



"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata." [Al-Baqarah:208]

Namun begitu, disebabkan oleh golongan Nasrani dan Yahudi yang tidak sama sekali redha dengan kebenaran yang diturunkan oleh Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t :

"Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w)."[Al-Baqarah:109]

dan

"Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)."[As-Saff:8]

Golongan Templar yang asalnya merupakan pejuang-pejuang Nasrani ataupun kini digelar golongan Freemasonry yang sudah dicelup dengan celupan Zionis seringkali berlaku 'unjust' dengan umat Islam. Mereka amat takut sekiranya umat Islam ini muncul sebagai umat terkuat di muka bumi Allah s.w.t. ini. Mereka menggunakan hiburan, remaja-remaja perempuan, dadah, rokok, dan sebagainya untuk melemahkan umat ISLAM ini.

Mereka tahu, andai kata mereka melawan umat ISLAM secara terang-terangan, umat ISLAM akan bangkit dengan satu anjakan paradigma yang tidak pernah diperhatikan oleh mereka. Itulah yang terjadi apabila akhbar Jyylands-Posten menyiarkan karikatur-karikatur yang mengutuk Rasulullah s.a.w dan al-Islam itu sendiri, satu cubaan untuk menentang Islam secara 'direct approach'. Dan lihatlah hasilnya, kemarahan umat ISLAM meningkat dengan kadar yang begitu tidak mereka jangkakan. Cuaknya mereka apabila melihat umat ISLAM yang bangkit. Dari boikot sehingga ke demonstrasi, umat ISLAM serata dunia melihatkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap kezaliman yang cuba diperlakukan terhadap ISLAM .

Namun ingat, apabila semangat diletakkan di depan ilmu, akan berlaku kehancuran. Itulah realiti sekarang, bagaimana ISLAM yang digembar-gembur oleh pihak Freemasonry sebagai 'A Terrorist Religion' semakin 'clear' bukan sahaja di minda Non-Muslims, namun hakikat itu berlayang-layang di minda umat ISLAM yang bersikap terlampau moderate. Media massa yang dikuasai pihak Freemasonry ini dengan selamba dek mereka menyiarkan kemarahan umat ISLAM , namun dengan satu agenda yang tersembunyi, untuk membuatkan umat manusia lebih takut dengan Islam.

Itu baru secara 'direct approach'. Belum lagi dibahaskan taktik-taktik mereka yang lebih kotor, busuk. 'Indirect approach'. Melalui budaya hedonisma yang mereka perkenalkan, melalui budaya culture yang mereka perjelaskan. Umat ISLAM semakin keliru. Ada yang menganggap Islam itu hanya agama semata-mata, melalui dasar sekularisasi, mengasingkan hal-hal agama dari hal-hal lain, mengasingkan hal-hal akhirat dari hal-hal dunia. Nasionalisma, Kapitalisma, Komunisma dan sebagainya. Semuanya agar manusia bergaduh bercakaran antara satu sama lain, supaya lupa akan hal ukhrawi.

Sedangkan kebenarannya jelas nyata terpampang di mata dan minda masing-masing, tidakkah pengasas Kapitalisma dan Sosialisma, dua isim yang berbeza istilah dan praktikal ini, diasaskan oleh golongan yang sama? Golongan Freemasonry. Golongan Zionis. Pada saya, tidaklah mereka ini seperti harimau dan singa, nampak berbeza, namun pada dasarnya tetap di bawah kelompok yang sama, keluarga kucing. Begitulah sejarah penulis The Wealth of Nations and Das Kapitan. Tulisan yang berbeza, nukilan yang tidak ada persamaan, namun penulis, penukil karya-karya tersebut merupakan puak Freemasonry, puak Zionis laknatuLlah .

waLlahua`lam, bersambung ke siri seterusnya Insya-Allah.

20060316

.: Permata Yang Hilang :.

asSalamualaikum...

Kadang-kadang, bile kite buat kerja, mesti rase TENSION, kan ? TENSION bile kehilangan idea. TENSION bile rase pening. TENSION bile orang kacau kat saat-saat paling genting (yang nie jage-jage syeikh, nanti bukan kita je kene, orang lain pun SAKIT HATI.


Tahukah anda, BERLIAN itu terhasil daripada unsur karbon atau C. Menurut seorang sahabat saya yang kini bekerja di PRSS, BERLIAN terhasil apabila unsur karbon ini dikenakan SUHU dan TEKANAN tinggi yang secukupnya. Kalau tidak, BERLIAN tidak akan terhasil.

Dan tahukah anda, GRAFIT (lead pensel) yang anda gunakan sehari-hari juga terdiri daripada unsur karbon ?

Akan tetapi, GRAFIT ini tidak sekeras BERLIAN. Mengapa ya? Walaupun unsurnya sama iaitu karbon, tetapi kekuatannya jauh berbeza. Yang satunya keras sekeras-kerasnya sehinggakan boleh memotong kaca. Lagi satu pula lemah pulak. Senang-senang je dier patah. Segalanya disebabkan IKATAN yang berbeza.

Badan manusia juga mempunyai unsur karbon. Agak-agak la, bila kita TENSION, SUHU badan kita mesti meningkat kan? Kalau tidak pon, SUHU kita meningkat sebab kita mudah jadi HOT-TEMPERED. Panas jugak tu, cuma term lain sikit. Hehe.

Maka, kalau macam itulah, kita juga ada peluang untuk jadi BERLIAN. Akan tetapi, kan kalau nak jadi berlian SUHU dan TEKANAN tinggi yang secukupnya. Kalau tidak, tak dapat jadi BERLIAN.

Namun begitu, ingat. In the end, BERLIAN dan GRAFIT berguna kepada manusia. Begitu jugalah dengan kita. Tidak kisahlah kita ini sehebat BERLIAN yang unik,keras,berharga, ataupun kita ini hanyalah sekadar GRAFIT yang senang diperolehi,lemah,murah, tidaklah berharga sangat.

In the end, setiap kita mempunyai kelebihan masing-masing. Kalau kita sehebat BERLIAN pun, BERLIAN nie kalau kene laser, pecah jugak. GRAFIT, kalau takde, susah jugak. Macam mana kita hendak tulis kan? Seseorang muslim mestilah ingat bahawa :

"Setiap muslim itu memegang penjuru-penjuru Islam".

Dari situ, tahulah kita bahawa sehebat mana pun kita, selemah mana pun kita, seintelektual mana pun kita, setiap kita ada peranan dan tugas masing-masing. Ingatlah :

"Insan itu lengkap dan saling melengkapi"

Terimalah diri kita seadanya jika kita gagal, jika kita terpaksa berundur dari medan perjuangan kerana sebab-sebab tertentu. Janganlah kita jadi umpama PERMATA YANG HILANG.

Dengan itu, sekian.
WaLlahua`lam.

.: Amaran Trojan :.

asSalamualaikum.

pernah anda mendengar trojan ini ?

Trojan Generic.QLR

Backdoor Generic.QLR

Jika anda pernah mendengar trojan seperti ini, sila berjaga-jaga. Sekarang nie PC di rumah kene attack trojan, dah berbulan dah, baru-baru nie baru tau sebab la nie ade di rumah. Cara attack dier best :

Install anti-virus je, pastu bile heal/delete file tu, pc akan restart.

Fuh bahaye jugak rupa-rupanya trojan nie. PC kat kampus tu ok je, walaupun dah 4 tahun guna. Maka , berjaga-jagalah sebelum pc anda diserang oleh virus/trojan/backdoor/adware dan sebagainya. Install perisian-perisian berbentuk internet firewall seperti Zone Alarm, Sygate dan sebagainya. Juga, install perisian-perisian berbentuk anti-virus seperti Kaspersky,AVG dan sebagainya dan selalu 'update' perisian tersebut.

WaLlahua`lam.

20060315

.: Zakat Asia Tenggara :.

PM syor tubuh badan zakat Asia Tenggara

KUALA LUMPUR 14 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mencadangkan sebuah badan zakat peringkat rantau Asia Tenggara ditubuhkan supaya institusi zakat dapat memainkan peranan memartabatkan kecemerlangan ummah.

Beliau berkata, badan serantau itu boleh memperkenalkan mekanisme bagi menggarap sinergi zakat di kalangan negara-negara Asia Tenggara.

``Melalui wadah itu dapat dijalinkan permuafakatan yang mampu menangani isu-isu zakat kontemporari secara menyeluruh dengan mengambil kira sensitiviti negara-negara anggota,'' katanya semasa merasmikan Persidangan Zakat Asia Tenggara 2006, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin.

Perdana Menteri berkata, perkembangan institusi zakat serantau perlu mengambil pendekatan global bagi memperkasa dan memantapkan pengurusan dana zakat.

Institusi-institusi zakat serantau berpotensi memainkan peranan lebih berkesan dalam mengangkat agama Islam, katanya.

Beliau turut mencadangkan satu sistem pemantauan diperkenalkan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan dan keyakinan pembayar zakat agar dana zakat dapat sampai terus kepada golongan sasaran.

``Satu mekanisme pemantauan zakat perlu diperkenalkan untuk memastikan pelaksanaan kutipan dan agihan dijalankan dengan cekap dan telus yang menepati syariat Islam.

``Satu kajian bagi meningkatkan sistem penyampaian zakat perlu dilaksanakan bagi memberi perkhidmatan berkesan serta memuaskan kehendak pelanggan dan pihak-pihak berkepentingan,'' katanya.

(Teks penuh di Utusan Malaysia Online)



Komen Carbonytte :

asSalamualaikum. Bagus juga. Dengan adanya Zakat Asia Tenggara, maka akan berkuranganlah jumlah penduduk miskin di Asia Tenggara. Akan tetapi, timbul beberapa persoalan :

1) Andai kata badan ini ditubuhkan, siapa yang akan mengelolanya? Hal ini kerana Malaysia sendiri merupakan antara negara yang mempunyai kadar korupsi yang tinggi.

2) Andai kata badan ini ditubuhkan, kenapa Asia Tenggara dan bukan OIC ? Hal ini kerana negara-negara OIC terdiri daripada "negara-negara Islam" maka semua negara akan bayar zakat. Asia Tenggara bukannya zon Negara Islam sepenuhnya. Kalau negara-negara OIC bayar zakat, sekurang-kurangnya zakat tersebut dapat digunakan oleh negara Islam yang miskin dan memerlukan duit, terutamanya Tanah Palestina tercinta.

3) Andai kata badan ini ditubuhkan, bagaimanakah Malaysia hendak mengeluarkan zakat? Hal ini kerana seperti sedia maklum, hatta PETRONAS sendiri tidak membayar zakat. Adakah Malaysia akan menggunakan harta terkumpul dari PETRONAS untuk membayar zakat.

Mengharapkan yang terbaik untuk umat Islam tercinta,

Carbonytte

20060313

.: Alaf Baru Bagi Siswa :.

AUKU 1971 dipinda bagi kepentingan pelajar

PUTRAJAYA 12 Mac - Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) memutuskan bahawa sudah tiba sampai masanya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dipinda bagi membolehkan pelajar menganggotai pertubuhan belia ketika masih dalam pengajian.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, ini adalah sebagai satu langkah untuk mengatasi masalah kekurangan penyertaan golongan itu dalam pergerakan belia pada masa akan datang.

``Salah satu punca mengapa tidak ramai pelajar terlibat dalam pertubuhan belia ialah kerana mereka tidak dibenarkan terlibat sejak dari dalam kampus.

``Jadi kalau perlu AUKU dipinda, maka kita perlu pinda bagi memberikan pendedahan awal kepada mahasiswa untuk menganggotai pertubuhan belia,'' katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan persidangan tersebut, di sini hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Liow Tiong Lai dan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Datuk Suroya Selamat.

(Teks penuh di : Utusan Online)


Komen Editor :

asSalamualaikum.

Siswa-siswi sekalian. Bersediakah kita menghadapi arus baru ini ? Andai kata AUKU 1971 digubal semula, akan berlaku perubahan pada siasah kampus, direct or indirectly. Hal ini kerana satu, pepatah orang Melayu mengatakan "Ada udang di sebalik batu". Itulah yang sedang berlaku di dalam suasana kampus sejak berlakunya pertukaran orang paling atas di Kementerian Pengajian Tinggi. Namun begitu, ingatlah firman Allah :

"Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah, sedang ia diajak kepada memeluk Islam; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya." [As-Saff:7-9]

Kebenaran dan kemenangan itu tetap akan muncul.. percayalah sahabat siswa-siswi sekalian, seperti di dalam firman-Nya :

"Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman." [As-Saff:13]


waLlahua`lam...

20060312

.: Salahudin Ayub menjawab : Isu tudung bagi pelajar Islam :.

Islam Hadhari 'retorik politik, tiada arahan bertudung bagi pelajar Islam

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Hrkh) – Menteri Pelajaran, Dato’ Hishammuddin Hussein disifatkan 'menoleh kembali ke belakang', hipokrit dan tidak mewujudkan suasana untuk membolehkan jaminan kesopanan terutamanya melibatkan pelajar beragama Islam serta menjadikan slogan Islam Hadhari sebagai retorik politik semata-mata.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub berkata demikian, apabila diminta mengulas mengenai kenyataan Hishammuddin yang juga Ketua Pemuda Umno bahawa kerajaan tidak pernah mengarah sekolah-sekolah mengenakan pemakaian tudung kepada murid perempuan Islam.

“Saya kesal kenyataan Hishamuddin itu dan ke mana arah tuju beliau dalam menerapkan slogan yang diperjuang pimpinan Umno melalui konsep Islam hadhari.

“Adakah pelaksanaannya tidak boleh dilaksanakan di peringkat kementerian dan di sekolah-sekolah?” tanyanya dalam satu sidang media di Markas PAS, Taman Melewar, dekat sini, hari ini.

Semalam, Hishammuddin dilaporkan berkata, pelajar perempuan tidak diwajibkan memakai tudung ke sekolah dan katanya tudung bukan sebahagian pakaian sekolah kerana kementeriannya tidak pernah mengeluarkan arahan tersebut.

Salahuddin berkata, kenyataan Hishammudin itu betapa hipokritnya beliau dan ini menggambarkan mereka menjadikan slogan Islam Hadhari sebagai satu retorik politik.

Beliau berkata, walaupun Hishammudin menyatakan bahawa kementeriannya tiada arahan tetapi amalan pemakaian tudung adalah sangat baik malah amalan tersebut berjalan dengan baik di kalangan pelajar.

“Biarlah perkara itu menjadi satu amalan tanpa diganggu lagi dan kita gembira mereka bertudung terutamanya pelajar sekolah menengah,” katanya.

Katanya, fenomena baik ini sepatutnya sudah lama bermula namun Hishammuddin pula katanya, mahu melangkah ke belakang.

Isu ini pula berlaku dalam era beliau dan juga semasa Islam Hadhari dilaksanakan.

“Adakah ini corak Islam Hadhari yang diterapkan Umno dan sesuatu yang sudah serasi dan cantik itu mahu diubah kepada yang mungkin tidak baik dan tidak mustahil pelajar yang bertudung nanti akan menanggalkan tudung kelak,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau juga mencabar Pemuda Umno berdebat secara terbuka mengenai kenaikan harga minyak.

Ini katanya sebagai dimandatkan oleh Exco Pemuda PAS, beliau telah mempunyai bukti kukuh bahawa kenaikan harga minyak membeban rakyat.

“Berdasarkan beberapa kajian yang kami buat dan juga maklum balas orang ramai kenaikan kali ini paling buruk yang telah berlaku dalam sejarah negara sejak merdeka dan ia ternyata menyusahkan rakyat,” katanya lagi.

(Sumber : Harakah Daily)

Komen Sang Carbonytte :

Sepertimana yang ditulis oleh editor di dalam blog versi Inggeris, editor mengambil firman Allah s.w.t :

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara sepenuhnya(dengan meninggalkan segala laranganNya), dan janganlah kamu turuti jejak langkah syaitan, sesungguhnya (jejak langkah syaitan itu) adalah musuh yang nyata" [Al-Baqarah:208]

Pihak kerajaan yang dengan selambanya mengatakan bahawa negara Malaysia ini adalah sebuah negara Islam. ISLAM HADHARI !!! Maju sangat Islam itu sehinggakan hal agama dan hal disiplin sekolah diasingkan. Mana mungkin hal ini berlaku sekiranya negara kita mengamalkan Islam. Jika kita mengaku negara kita sebagai negara Islam, maka Islam itu harus diambil secara 'complete','total',penuh, bukannya 'partial','a portion',sesetengah bahagian sahaja. Kalau kerajaan boleh melaksanakan ekonomi perbankan Islam, undang-undang keluarga Islam, mengapa tidak hukum tudung? Mengapa tidak hukum hudud,qisas,taazir? Mengapa perlu hanya mengambil part-part yang berkepentingan sahaja, dan yang lain itu dibuang?

Ingat, Islam ini bukannya pisang, ambil isinya, kulitnya dibuang. Kerajaan mengambil isi-isi seperti isu perbankan dan sebagainya, sedangkan kulit Islam sendiri, ya'ni perundangan Islam, kulit yang kalau diambil sebagai 'core' dalam pentadbiran kerajaan, akan dapat menghasilkan sebuah negara Islam yang syumul. Namun, itulah yang berlaku apabila kerajaan menjaga seberat-beratnya dahan-dahan Islam yang kecil. Akan tetapi, hanya dahan dan ranting sahaja yang dijaga, sedang akar, pohon Islam itu sendiri ditebang. Padanlah begitu banyak sekali bala yang Allah timpakan terhadap Islam.

Adakah dengan pemakaian tudung seseorang itu dianggap oppresive ? Adakah itu yang bermain di buah aqal kerajaan? Adakah pemakaian tudung itu tidak wajib, hanya kerana anak-anak menteri tak suka pakai tudung? Siapa kamu, hanya manusia yang mentadbir di muka bumi Allah yang fana' ini, sedangkan di akhirat sana ada lagi satu kehidupan yang kekal abadi, yang adil dan saksama, diperintah oleh Allah s.w.t yang Maha Kuasa, Maha Adil.

Ingat, ambil Islam secara penuh. Jangan mendiskriminasikan Islam itu lagi. Jangan meng'anak-tiri'kan Islam itu lagi.WaLlahua`lam.

20060310

.: Ribut musnahkan bahagian depan Masjid TTDI Jaya :.

SHAH ALAM, 9 Mac (Hrkh) - Ketakutan kepada banjir yang berlaku minggu lalu terus menghantui penduduk TTDI Jaya, Shah Alam. Hari ini mereka takut lagi apabila ribut kuat melanda kawasan mereka sehingga beranda masjid yang dibina runtuh.

Ribut yang melanda Shah Alam petang tadi telah merobohkan beranda Masjid Al - I'tisan yang terletak di Jalan Sastera, Taman TTDI Jaya.

Ribut yang dirasakan luarbiasa kuatnya oleh penduduk di sekitar itu telah merobohkan atap yang dibuat dari besi pada depan masjid itu.

Baru Ahad 26 Februari lalu, banjir kilat melanda kawasan mereka. Ia masih terus menjadi igauan penduduk TTDI Jaya kerana banyak sekali perkakas rumah mereka rosak kerananya.

Image
Pekerja mula membaiki keruntuhan masjid
Petang tadi, apabila ribut melanda, mereka terus hubungi jurugambar Harakah untuk merakamkan kejadian itu.

Ini adalah gambar yang kami rakamkan.








(Sumber:Harakah Daily)

Kata carbonytte :


asSalamualaikum.

Salam ukhwah buat para ikhwah dan akhwaat sekalian. Peristiwa ini secara sedar, separa sedar atau tak sedar langsung insyaAllah mengingatkan kita kembali akan peristiwa tsunami. Bagaimana bala yang diturunkan oleh Allah s.w.t azza wa jalla kepada umat yang bernama Islam, umat Nabi Muhammad s.a.w. Renung kembali zaman tsunami tersebut, ingatkah kita akan Masjid Baiturahman di Aceh. Di kala bangunan-bangunan ciptaan manusia jatuh ke bumi, menghempap ke tanah ciptaan Allah s.w.t yang Maha Esa, rumahNya, Masjid Baiturahman dan masjid-masjid lain di Aceh yang kekal,teguh,utuh berdiri berpijak di atas bumi ciptaan Allah s.w.t yang Khaliq, Maha Pencipta.



Begitu hebatnya kuasa Allah s.w.t untuk menjaga rumahNya, dan termasuklah beberapa kisah seperti orang yang tidak layak berlindung di rumah Allah s.w.t ketika berlakunya tsunami ditarik oleh air yang deras. Begitu hebatnya Subhanallah.

Namun begitu apa yang terjadi di negara kita adalah sebaliknya. Apa dosa yang kita lakukan sehingga beranda masjid runtuh. AstaghfiruLlahal`azim. Bertaubat kita kepada Allah s.w.t sehingga diberi bala sebegini. Ingatlah, apa pemerintah zalim, dan apabila rakyat lupa akan Tuhan, akan datanglah bala yang menakutkan manusia, agar manusia lebih-lebih lagi manusia yang bergelar Muslim, bertaubat meminta keampunan dariNya.

WalLahua`lam.

.: Menanti sepakat politik :.

Oleh: Mohamad Ridhwan Alias

Lebih 5 dekad kita berpolitik dengan menggunakan sistem demokrasi melalui pilihanraya. Kini, tibalah masanya kita menilai semula keberkesanan sistem demokrasi dalam pembentukan agenda umat Melayu-Islam di negara ini. Persoalan ini timbul kerana sistem demokrasi yang kita amalkan semakin mewujudkan golongan bertentangan sehingga berlakunya pertarungan yang merobek perpaduan umat Melayu-Islam. Kehancuran perpaduan umat Melayu-Islam bermakna kehancuran proses pembentukan bangsa Malaysia.

Tidak dinafikan kita mempunyai perbezaan pendapat di antara satu sama lain kerana kita mempunyai pengalaman, tahap pendidikan dan kepentingan semasa yang berbeza tetapi biarlah pertarungan ini dalam ruang lingkup yang sihat iaitu bersifat mulia-bestari, beradab dan kondusif.

Pertarungan politik yang mengancam perpaduan diantara umat Melayu-Islam telah mewujudkan politik dendam akan memusnahkan kekuatan umat Melayu-Islam. Natijah daripada sikap pelampau dalam politik ini, umat Melayu-Islam sekarang bertindak dan berfikir dalam kerangka politik parti mereka. Fenomena ini sememangnya menjadi barah dikalangan pengikut bawahan.

Sebagai contoh, sembahyang di masjid berlainan tempat dalam kampung yang sama dan pembahagian bantuan berdasarkan parti tertentu. Politik dendam yang menjadi pilihan umat Melayu-Islam disebabkan ketidakfahaman mereka dalam menangani isu politik dan konflik politik kepartaian sehingga memusnahkan nilai kemanusiaan dan Islami yang perlu dipelihara.

Perkataan politik berasal daripada perkatan Greek iaitu polis bermaksud bandar, negara dan bijaksana. Abdul Hamid al Ghazali mendefinisikan politik sebagai keahlian memerintah dan menjalankan negara; kekuatan dan kemampuan untuk meraih tujuan politik. Dalam konteks moden, politik boleh dimaknakan sebagai suatu ilmu memerintah yang diatur dan ditadbir oleh sesebuah pertubuhan politik.

Sebenarnya, umat Melayu-Islam baru sahaja mengenali politik bercorak institusional yang berkiblatkan Barat dengan penubuhan pertubuhan bercorak politik seperti Kesatuan Melayu Muda, Partai Kebangsaan Melayu Malaya dan UMNO. Selama ini umat Melayu-Islam telah terbiasa dengan sistem politik naungan yang bergantung harap kepada kepimpinan personal.

Keseluruhan pimpinan umat Melayu-Islam tertakluk kepada idea bertuankan kepada para sultan atau pembesar. Ini bermakna pengikut atau rakyat dalam struktur masyarakat Melayu-Islam dihubungkan dengan konsep hamba tuan kepada kepimpinan personal yang mempunyai daulat, karisma dan wibawa yang diabsahkan melalui tradisi atau melalui undang-undang yang diinstitusikan.

Pemimpin politik juga bertindak sebagai protector (pelindung) dan patron (penaung) kepada rakyat atau pengikut. Kedatangan British telah mengubahkan budaya politik pimpinan personal Melayu kepada kepimpinan Melayu bercorak institusi melalui parti politik. Walau bagaimanapun, budaya feudal tersebut tidak diberesi secara lumat oleh British. Impaknya, muncullah ‘orang-orang’ tertentu dalam parti pemerintah yang bercakaran sesama sendiri.

Hadirnya sistem demokrasi berpilihanraya di Tanah Melayu menyebabkan munculnya parti politik seperti PAS dan UMNO yang cukup berpengaruh dalam masyarakat Melayu-Islam. Pertembungan kedua-dua parti Melayu-Islam ini seringkali tidak terkendali sehingga mewujudkan suasana permusuhan di kalangan pendukung kedua-dua parti. Api permusuhan ini semakin marak sehingga isu yang memerlukan kebersamaan sukar dijalinkan kesepakatan. Akibatnya umat Melayu-Islam sendiri akan menanggung kerugian dan ia akan menguntungkan pihak lain yang berkepentingan.

Permusuhan ini disebabkan oleh perebutan kuasa pemerintahan sehingga kedua-dua pihak gagal melihat perbezaan diantara kepentingan politik dan kepentingan politik kepartaian. Berparti bermakna kita berpolitik tetapi berpolitik tidak bermakna kita berparti. Kita boleh melihat insan berjalur bebas seperti aktivis mahasiswa sosialis, Hishamuddin Rais yang memperjuangkan hak kemanusiaan dan keadilan berdasarkan fahaman sosialis beliau tanpa parti.

Imam as-syahid Hasan al Banna menyifatkan politik tanpa parti adalah politik mutlak dimana ia melihat hal ehwal dalaman umat dan luarannya tanpa mengaitkan dengan kepartaian. Oleh sebab itu, isu-isu seperti isu Anwar, isu hudud dan tahanan ISA perlu dilihat dalam konteks pemaknaan politik yang lebih luas melepasi sempadan parti politik. Isu-isu tersebut melibatkan persoalan hak asasi manusia dan Islami.

Manusia atau organisasi yang bersikap non-partisan boleh berpolitik dengan makna boleh menyatakan pandangan dan isu-isu. Perjuangan politik tanpa parti berdasarkan prinsip dan isu politik bukannya politik kepartaian yang berorientasikan mengejar kekuasaan. Oleh sebab itu, pendukung politik tanpa parti boleh membuat pertimbangan rasional dan adil dalam menilai sesuatu perkara. Segala pertimbangan akan dilakukan berdasarkan nilai keadilan dan kebenaran bukannya meraih undi atau kepentingan parti politik.

Ketidakfahaman tentang politik dan politik kepartaian cukup membarah dipelbagai lapisan umat Melayu-Islam. Paling memilukan apabila para pemimpin parti politik dan cerdik pandai Melayu bagaikan berpesta dengan ketidakfahaman ini bagi mengaut keuntungan perut mereka. Mereka bangga memperbodohkan rakyat dengan mengapi-apikan permusuhan dan meneruskan diskriminasi-diskriminasi agar pihak bertentangan terus memusuhi mereka.

Terasa teramat malang jika kita meneropong suasana politik mahasiswa Melayu di kampus-kampus nasional yang turut terkena tempias politik dendam dan diskriminatif. Suasana permusuhan yang dilebarkan oleh budaya politik kepartaian turut menggugat suasana keintelektualan di universiti yang selama ini dianggap neutral dan berautoriti sifatnya. Kader-kader parti mula bertarung dalam pilihanraya kampus dalam suasana yang tegang. Universiti yang dilihat sebagai taman keilmuan dan diharapkan melahirkan intelek-intelek ‘insan al kamil’ telah menjadi sarang menetaskan benih-benih perpecahan ummah.

Menurut Yusof al-Qaradhawi dalam Fiqh Daulah, berbilang parti politik ini perlu berada dalam kerangka kesatuan akidah Islam dimana matlamat utama adalah menegakkan kekuasaan Ilahi tetapi perbezaan yang berlaku hanya pada persoalan pendekatan sahaja. Kekeliruan yang timbul apabila umat Melayu-Islam gagal memprofesionalkan perbezaan pendapat mereka dengan mengimport sistem berparti Barat tetapi bermentaliti dunia ketiga. Di Barat, mereka yang kalah dalam pilihanraya akur kehendak rakyat. Contohnya, Kerry calon presiden USA yang tewas mengucap taniah kepada Bush tetapi di Malaysia, pihak yang menang dicela dan pihak yang kalah didiskriminatif. Akibatnya berlaku perpecahan umat Melayu-Islam yang merugikan.

Perpecahan umat yang merugikan ini perlulah dibanteras melalui pendidikan politik yang sihat. Pertama, tranformasi pemikiran politik perlu diregenerasi, dimana rakyat haruslah dididik bahawa parti hanyalah regalia untuk menyalurkan aspirasi politik berasaskan pertentangan polisi dan pendekatan dalam pentadbiran bukannya sebagai satu cara hidup yang berpaksikan politik dalam segala aspek kehidupan.

Suasana kondusif perlu dipupuk dengan memansuhkan amalan yang bersifat diskriminatif. Keadilan dituntut dalam pembahagian bantuan subsidi, kenaikan pangkat dan pembahagian projek dibuat tanpa melihat label parti politik. Suasana kondusif dapat mengurangkan ketegangan politik dan memarginalisasikan politik dendam di kalangan ahli masyarakat.

Kedua, parti politik boleh menangani isu-isu yang memerlukan kesepakatan politik. Menurut Siddiq Fadzil, antara isu yang boleh disepakati adalah isu pelajaran, budaya dan Bahasa Melayu. Syarahan perdana tentang Palestin anjuran ABIM yang menemukan Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Noor dengan Tun Dr. Mahathir Mohammad haruslah diteruskan secara kerap agar perpaduan umat Melayu-Islam dapat dijalinkan. Kesepakatan yang termeterai boleh membawa parti-parti yang bertentangan ke arah politik persefahaman iaitu bersepakat dalam isu yang memerlukan kebersamaan.

Parti politik Melayu-Islam perlu mengamalkan prinsip politik bermoral yang berasaskan sifat mulia-bestari agar politik dakwah dapat direalisasikan. Menurut Dr. M. Hidayat Nurwahid, mantan Presiden Parti Keadilan Sejahtera Indonesia (PKS), politik dakwah dirumuskan sebagai kebijakan yang disusun dalam upaya mengendalikan dakwah Islam. Politik boleh menjadikan alat dakwah jika pemain-pemain politik mencontohi akhlak dalam urusan politik Rasulullah SAW.

Kehidupan politik Rasulullah SAW dilatari dengan kesederhanaan, keadilan, kebenaran, toleransi dan penuh dengan nilai kemanusiaan yang berakar-tunjangkan Islami haruslah ditauladani oleh pendukung parti politik. Di Indonesia, PKS melalui pemimpin utamanya seperti Abdi Sumaithi, Ketua Fraksi PKS di Majlis Permesyuaratan Rakyat dan Anton Apriyantono, Menteri Pertanian menonjolkan kesederhanaan dengan menolak peruntukan yang mewah kepada mereka oleh kerajaan.

Kegagalan Parti Refah Turki dan FIS di Algeria mengambarkan persaingan politik yang sengit boleh menghancurkan niat baik sesebuah parti politik. Perebutan kuasa akan merugikan kedua-dua parti politik yang bermusuhan. Sebagai alternatif, dianjurkan perkongsian kuasa (power sharing) diantara kerajaan dengan parti oposisi. Menurut Rached al Ghannoushi, pemimpin Parti Nahdah Tunisia menyatakan pembangkang boleh bergerak dan bekerja dalam bidang masyarakat awam seperti dalam bidang pendidikan dan kebudayaan.

Penyertaan pembangkang dengan kadar kecil akan mengurangkan ketegangan politik membolehkan proses pengislahan masyarakat dilakukan secara lebih berkesan. Di Malaysia, suasana ini boleh direalisasikan kerana semua parti politik umat Melayu-Islam telah menonjolkan elemen Islami seperti Islam Hadhari, Negara Islam dan Masyarakat Madani dalam perjuangan politik mereka. Sungguh indah jika semua parti politik ini mengorak langkah dengan berpakat melaksanakan agenda umat Melayu-Islam yang dicita-citakan bersama.

Umat Melayu Islam perlu berusaha menangani isu politik dan konflik politik kepartaian mereka sebaik mungkin agar agenda umat Melayu-Islam dapat dilaksanakan dalam suasana harmonis. Parti politik Melayu-Islam wajar mengislah diri dan masyarakat dengan proses pembudayaan politik (political socialization) yang sihat, bermoral dan Islami.

Teringat pesan Pak Rendra, seniman Indonesia, “kita tidak boleh disatukan oleh masa lalu. Kita hanya boleh disatukan oleh masa depan”. Ini pengharapan tinggi kepada parti umat Melayu-Islam agar bersatu pada masa depan. Berpakatlah.

(Sumber : Ummah Online)

20060309

.: Empat Jenis Manusia Dalam Dunia :.


1. Mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati.

Mereka ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka. Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan anggota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.

Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka. Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka. Merekalah orang-orang yang dimurkai Allah dan penghuni neraka. Kita minta dilindungi Allah dari pengaruh mereka. Sebaliknya kamu hendaklah cuba menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan Ilmu Ketuhanan, Guru kepada yang baik, Pembimbing kepada agama Allah, Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah.Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-nabi dan Rasul.


Nabi Muhammad SAW pernah bersabda kepada Sayyidina Ali;
"Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit".


2. Mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati.

Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya. Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari Allah.Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri bergelumbang dalam maksiat itu.Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Soleh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar. Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian.

Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda:
"Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang alim yang jahat".

Kita berlindung dengan Allah daripada orang alim seperti itu. Oleh itu,larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu. Jika tidak,kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan api dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh kamu.


3. Mereka yang mempunyai hati tetapi tidak ada lidah.

Dia adalah seorang yang beriman.Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan menggantungkan di keliling mereka dengan tabirNya dan memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka. Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerana bercakap banyak. Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam "DIAM" dan bekhalwat.

Nabi SAW. pernah bersabda;

"Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan".


Sabda baginda lagi:

"Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian,
sembilan darinya terletak dalam diam".

Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsiaNya,dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka.

Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul dengan orang-orang ini dan diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu berbuat demikian, kamu akan dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan dimasukkan dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allah dan hamba-hambanya yang Soleh.


4.Mereka yang diajak ke dunia tidak nampak(Alam Ghaib), diberi pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW:


'Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan".

Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan dan tanda-tanda Allah. Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yang tidak diberi kepada orang lain. Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir hampir kepadaNya. Allah akan membimbing mereka dan membawa mereka ke sisiNya. Hati mereka akan dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsia ini dan ilmu-ilmu yang tinggi. Allah jadikan mereka itu pelaku dan lakuanNya dan pengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat. Jadilah mereka itu "Orang-orang Allah". Mereka mendapat bimbingan yang benar dan yang mengesahkan kebenaran orang lain.

Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah. Mereka sentiasa mendapat taufiq dan hidayah dari Allah Yang Maha Agung. Orang yang dalam golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak kemanusian dan tidak ada Maqam di atas ini kecuali Kenabian.

Oleh itu hati-hatilah kamu supaya jangan memusuhi dan membantah orang-orang seperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat mereka. Oleh itu, keselamatan terletak dalam apa yang dicakapkan oleh mereka dan dalam berdamping dengan mereka, kecuali mereka yang Allah beri kuasa dan pertolongan terhadap hak dan keampunanNya.


Sheikh Abdul Qadir Al-Jailan telah bahagikan manusia itu kepada empat golongan. Sekarang terpulanglah kepada diri kita untuk memeriksa diri sendiri jika kita mempunyai fikiran. Dan selamatkanlah diri kita jika ingin keselamatan. Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju kepada apa yang dikasihiNya dan diredhaiNya, dalam dunia ini dan di akhirat kelak.

Dipetik dari Kitab Futuuhul Ghaib oleh Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani.