In The Name Of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful

20060426

.: Jangan Marah, Nanti kene jual :.

Kata-kata `pergi jahanam' untuk pertahankan hak saya - Adnan

KUANTAN 25 April - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini menjelaskan tindakannya mengeluarkan kata-kata `pergi jahanam' yang ditujukan kepada sebuah akhbar pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang semalam sebagai mempertahankan haknya.

Katanya, akhbar Utusan Malaysia keluaran 22 April menyebabkan beliau marah sehingga mengeluarkan perkataan `pergi jahanam' atau go to hell itu.

Akhbar itu telah salah memetik kenyataan beliau sehingga menggambarkan seolah-olah beliau memberi kata dua kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya memberi bantuan tahunan sebanyak RM150 juta hingga RM200 juta agar semua aktiviti pembalakan di negeri itu dihentikan, katanya pada sidang akhbar yang hanya dihadiri oleh wakil Bernama, RTM dan TV3 di Wisma Sri Pahang di sini. Wakil media massa yang lain dipercayai tidak dijemput.

``Kalau dibaca dan saya membaca, ini benar-benar menyentuh perasaan saya kerana ini menggambarkan seolah-olah saya memberi ultimatum kepada Kerajaan Persekutuan, memberi kata dua kepada Perdana Menteri.

``Mana wajar (laporan begitu). Ia sepatutnya tidak timbul kerana saya tidak bercakap demikian tetapi dibuat dalam bentuk inverted commas (pengikat kata) seolah-olah saya berbuat demikian.

``Ini menimbulkan sedikit kegusaran dalam hati saya. Saya terfikir adakah apa-apa agenda sebalik ini. Itu sebabnya saya menggunakan perkataan go to hell'' dengan izin Speaker Dewan. Bahasa Inggeris kata ``go to hell'' bukan ``go to the hell'', itu pergi ke neraka. (Maksudnya) `persetankan' dalam bahasa Indonesia.

``Kenapakah tahun kelapan saya menjadi Menteri Besar, ini kali pertama saya menggunakan perkataan demikian? Tidak lain dan tidak bukan ialah kerana rekod sejarah yang kita kajikan, Utusan Malaysia memang ada sesuatu yang tidak kena dengan saya.

``Pada awal lagi saya menjadi Menteri Besar sampai sekarang. Apakah maknanya ini? UMNO Pahang ada saham dalam Utusan Malaysia tapi tidak pernah menggunakan kuasa untuk menyekat,'' kata Adnan.

Beliau berkata, media massa berhak membuat kritikan dan teguran tetapi ia perlu disertakan dengan laporan yang tepat.

``Saya juga ada kata, kita perlu ditegur, kalau tidak ditegur pegawai, ahli Exco, wakil rakyat atau Menteri Besar ada kemungkinan menyalahgunakan kuasa.

``Kita mengalu-alukan teguran tapi laporan macam ini yang tidak tepat sama sekali yang boleh menimbulkan salah anggap Perdana Menteri kepada saya, takkan saya boleh berdiam diri.

``Saya pun manusia biasa. Bila cuba melagakan, menggambarkan saya tidak setia kepada Perdana Menteri, itu saya meradang, panas hati. Sebab Perdana Menteri perlu disokong,'' katanya.

Adnan berkata, beliau sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung laporan akhbar terbabit.

- Bernama


Kata Carbonytte:

asSalamualaikum. huh. Nasik dah jadik bubur da. No matter what ever you said, like you could actually clean up your name. Itu pandangan yang ingin penulis berikan kepada Menteri Besar Pahang yang "sudah 8 tahun" menjadi Menteri Besar.

Mungkin kerana angka 8 tahun itu juga membuatkan beliau berani meminta-minta duit kerajaan untuk menghentikan "pembalakan" ? Aik, lajunya minta duit. Rakyat yang kesempitan duit kat Pahang pon rasanya ramai aje lagi, isk isk.. utamakanlah rakyat itu dahulu, kalau tidak kerana mereka yang mengundi anda, mana mungkin anda kekal 8 tahun sebagai Menteri Besar. Eh, ye ke kerana undi ? Tidak ada "hidden agenda" ek? Manalah tahu, mungkin ada....

Namun begitu, inilah sikap yang patut tidak ada pada seorang pemimpin. Sikap mudah marah. Siapa ingat lagi kes tayang punggung, angkat tangan ? Eh, kamu semua lupa ke ? Haha.. kes lame dah... tapi masih lagi segar di ingatan beberapa pembaca, rasanya (termasuklah penulis). Andai kata seorang pemimpin mudah marah, maka tindakan yang dilakukannya akan menjadi 'childish', seperti kanak-kanak, membuat sesuatu tanpa berfikir, sedangkan itulah perkara yang dilarang dan ditegah di dalam Islam sendiri.

Namun begitu, rasanya artikel daripada bernama ini menunjukkan anda seolah-olah bacul, penakut. Maafkan saya kalau ada pembaca yang rasa tersinggung, akan tetapi "Katakanlah yang benar walaupun pahit". Artikel tersebut terlalu bacul kerana Utusan Melayu pula yang dipersalahkan. Bukan itu sahaja, hatta UMNO Pahang juga dipersalahkan. Eh, bukan awak Menteri Besar ke ? Apa yang ditakutkan sangat sampai mahu kecam orang sendiri di dalam surat khabar ? Bacul, penakut! Hentam di dalam meeting sudahlah. Percayalah, sikap anda sendiri sudah menunjukkan betapa lemah dan batilnya organisasi anda itu, kerana anda merupakan tunjang organisasi, namun masih tidak mendapat dan mampu memberi 'trust' atau 'thiqah' kepada orang bawahan, selain menunjukkan dilemma yang dihadapi oleh 'kapal besar' anda.

Ingat, kalau ada 'hidden agenda', jangan sebarkan di kalangan umum. First of all, mungkin segalanya itu hanyalah fitnah, kerana anda tidak menyertakan bukti. Second, itu adalah rahsia organisasi anda. Lagi banyak yang anda kecohkan, lagi banyaklah yang akan orang tahu. Bukan sahaja dari mulut anda, malah dari sumber-sumber tertentu. Maka tahun 2008, kemenangan total bagi pihak pembangkang nanti, akibat distrust daripada rakyat. Eh, apa kuasa rakyat tahun 2008 nanti ? Undi-undi pun, ada hasil ke ? Sesetengah tempat sahaja. Yang lain, haha.. 'hidden agenda' juga. Hahaha...

"Jangan marah, nanti kene jual..." kata PM, orang-orang di sekeliling, dan semestinya rakyat...

20060423

.: Untukmu Sahabat :.

Sahabat...

Jika hari ini aku terlalu gembira,
sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah...

Jika hari ini aku bersedih tanpa kata,
pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta...

Jika hari ini aku lemah tak berdaya,
ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga...

Jika antara kita ada tembok yang memisahkan,
ajaklah aku meleraikan segera...

Jika pernah hatimu terluka,
luahkanlah agar aku berubah,

Dan jika esok kulena tanpa jaga,
iringilah lenaku dengan kalungan doa...

Berjanjilah sahabat,
ukhuwah kita untuk selamanya...

p/s : terima kasih kepada penukil asal puisi ini, ana hanya mengambil kembali nukilan ini...

.: Disiplin :.

asSalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh. Izinkan penulis memulakan nukilan kali ini dengan memetik potongan dari ayat suci Al-Qur'an yang rata-rata selalu dibaca dan dipendengarkan :

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapakah kamu memperkatakan apa yang kamu tidak membuatnya ? Amat besar kemurkaan di sisi Allah orang yang memperkatakan yang kamu tidak membuatnya!" [As-Saff:2-3]

Penulis tahu dan sedar, ayat ini sudah berulang kali disebut di mana jua pembaca-pembaca berada. Ayat yang antara lain menunjukkan kemurkaan Allah s.w.t terhadap orang yang cakap tak serupa bikin. Senang cerita, munafiq. Mengapa saya mengatakan munafiq ? Kerana salah satu daripada ciri-ciri orang munafiq ialah apabila ia berjanji, ia mungkir.

Mukaddimah di atas, pada pandangan penulis, merupakan antara mukaddimah yang paling sesuai apabila kita memperkatakan tentang isu disiplin. Isu indibat. Kerana apa ? Sebab tidak guna kita bercakap mengenai disiplin dan akhlak, sedangkan penulis yang menulis ini sendiri tidak bertindak 'based on' nukilan ini. Tiada guna. Tiada guna.

Baiklah, isu disiplin merupakan antara hal yang selalu disebut-sebut, di dalam halaqah usrah, di warung-warung kopi, di forum-forum perdana, seringkali isu disiplin ini diperkatakan. Isu tidak tepati masa, isu tidak menepati flow program, isu wala', dan banyak lagi. Semua ini boleh disimpulkan di bawah satu payung, satu naungan yang sama, DISIPLIN.

Ingatilah, apabila Allah s.w.t berfirman di dalam al-KitabNya yang agung, al-Quranul Karim :

"Orang yang memelihara amanah dan janji mereka"[Al-Mukminun:8]

Ayat ini merupakan sambungan daripada ayat pertama di dalam surah Al-Mukminun di mana Allah berfirman tentang keuntungan orang-orang yang beriman. Hal ini antara lain bermaksud sikap seorang mukmin ialah memelihara amanahnya. Namun hal demikian masih menjadi titik persoalan di mana jua berada. Mengapa susahnya untuk memelihara amanah ? Adakah kerana kita terlalu sibuk dengan hal-hal lain ? Adakah kita terlalu banyak memegang amanah sehingga tak termampu nak pegang amanah baru?

Ingatilah tazkirah penulis tentang tanggungjawab sebelum ini, di mana hadith Rasulullah s.a.w "Tiap-tiap orang itu adalah penjaga dan bertanggungjawab di atas penjagaannya/rakyatnya/pentabirannya"[Hadith Riwayat Sahih Bukhari dipetik dari Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah:109-111]

Berbalik pada isu disiplin. Antara masalah yang dihadapi rata-rata umat manusia ialah isu disiplin. Masalah yang begitu ketara, sehingga perlu kepada memperkenalkan muaqobah atau denda supaya isu ini dapat di'cater'. Sistem muaqobah merupakan antara sistem terbaik untuk mengatasi isu disiplin. Tidak dinafikan sistem sebegitu bagus. Namun, dari segi praktikalnya, baik mana sistem itu ? Baguskah sistem denda jika hati tidak ikhlas ? Tidak ada keikhlasan di dalam menjalani denda tersebut. Hinggakan ada individu-individu yang rela di'muaqobah' atau didenda. Tidak ada keinginan di dalam hati secara ikhlas dan jujur untuk membuat sesuatu perkara. Ingat, Allah s.w.t berfirman :

"Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar"[Al-Bayinnah:5]

Tidak dinafikan ikhlas merupakan antara aspek terpenting di dalam membina disiplin di dalam diri individu. Tanpa datangnya sifat ikhlas di dalam diri, segalanya tidak mungkin akan terjadi. Ingat, dasar keislaman dan keimananan seorang muslim itu diukur dengan meyakinkan di dalam hati, mengatakan dengan lisan dan mengamalkan dengan anggota badan kesemua rukun-rukun islam dan iman itu. Andai kata tak cukup syarat, tak berimanlah seseorang itu.

Teringat penulis akan suatu kisah ketika zaman Nabi Musa a.s. di mana seorang yang 'alim dan seorang kafir mati. Namun begitu orang kafir itu masuk ke syurga dan sebaliknya bagi orang yang 'alim itu, menurut Nabi Musa a.s. membuatkan orang kehairanan. Rupa-rupanya, si 'alim itu, walaupun ibadatnya cukup tinggi dan mantap, namun setiap kali sebelum tidur beliau meragui apakah benar apa yang dipercayainya, apakah benar agama yang dipeluknya itu. Sedangkan orang kafir itu pula meyakini kalimah tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Cukup sekadar penulis mengambil iktibar akan orang 'alim itu, orang yang tidak yakin dan ikhlas di dalam membuat 'amal kebajikan, akhirnya tiada berguna 'amalan-'amalan itu.

Maka ingatlah, berdisiplinlah di dalam setiap perbuatan kita. Perbuatkanlah apa yang kita perkatakan, dan yakinlah di samping menghadirkan rasa keihklasan di dalam apa-apa gerak kerja yang halal dan thoiiban di sisi Allah s.w.t, terutamanya kerja-kerja 'amal Islami, kerana tanpa disiplin, seperti mana yang penulis huraikan di mukaddimah nukilan kali ini, tidak lain dan tidak bukan kita tergolong di dalam golongan munafiq seperti mana Allah s.w.t berfirman :

"Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang)."[An-Nisaak:142]

dan satu hadith Rasulullah s.a.w tentang sifat munafiq :
"Apabila ia bercakap ia bohong, apabila ia berjanji ia mungkir dan apabila ia diamanahkan ia khianat"

Tidakkah kesemuanya itu merujuk pada satu dasar yang sama, disiplin ? Disiplin, disiplin, disiplin.

WaLlahua'alam.

20060418

.: Amanah :.

asSalamualaikum...

sudah lama menyepi, kini penulis kembali lagi menukil beberapa tazkirah lebih-lebih lagi buat diri penulis ini yang meletakkan pengharapan yang tinggi kepada Allah s.w.t, Tuhan yang Maha Esa agar berada di jalan yang sebenar-benarnya, seperti firman Allah s.w.t :



"Engkaulah yang kami sembah dan Engkaulah tempat kami memohon pertolongan.Tunjukilah kami jalan yang benar."[Al-Fatihah"4-5]



Penulis suka ingin menukil sedikit sebanyak tentang amanah.



Setiap orang ada memegang amanahnya yang tersendiri. Biarlah amanah itu hanyalah sekecil tukang sapu, ataupun sebesar seorang Presiden, Perdana Menteri, ianya tetap amanah.



Amanah merupakan antara faktor-faktor yang membezakan antara seorang muslim dan munafiq kerana antara sifat seorang munafiq ialah apabila ia berjanji, ia pecah amanah. Begitu tinggi sekali Islam meletakkan sifat amanah ini. Begitu tinggi sekali sehinggakan amanah diletakkan sebagai salah satu daripada empat sifat Rasulullah yang wajib diketahui, ya'ni Siddiq, Amanah, Tabligh, Fatanah.




Islam menuntut umatnya patuh akan janji, tidak pecah amanah kerana hal seumpama ini berkait rapat dengan thiqah semasa umat manusia. Jikalau seorang itu pecah amanah, mana mungkin beliau akan diterima masyarakat. Walaupun pandangan itu mungkin ada salahnya, namun ingat, "Nyamuk di seberang laut jelas kelihatan, gajah di depan mata tidak nampak pula". Begitulah sikap rata-rata umat manusia. Begitu senang sekali manusia melihat sesuatu sikap atau sifat jahat seseorang, sehinggakan begitu susah untuk mereka menerima seseorang yang mereka klasifikasikan sebagai pemecah amanah di dalam masyarakat.



Contoh yang paling mudah ialah penyalahguna dadah, atau bahasa kasarnya penghisap dadah. Selagi mana kerja mereka tidak diketahui umum, mereka akan diterima masuk ke dalam masyarakat dengan senang. Namun setelah mereka kantoi, hatta jika mereka baru keluar dari pusat serenti pun, belum pasti masyarakat dengan senang hati menerimanya kembali sebagai salah seorang ahli komuniti masyarakat tersebut.



Sebuah hadith sahih riwayat Bukhari, daripada 'Abdullah bin 'Umar, ia berkata :



"Aku mendengar Rasululah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Tiap-tiap kamu pengembala (penjaga) dan tiap-tiap kamu disoal (bertanggungjawab) daripada pengembalaannya (penjagaannya), raja itu pengembala (penjaga) dan disoal daripada rakyatnya, dan lelaki itu pengembala (penjaga) pada ahlinya dan ia disoal daripada pengembalaannya (penjagaannya), dan perempuan itu penjaga pada rumah suaminya dan ia disoal daripada penjagaannya, dan khadam itu penjaga pada harta tuannya dan disoal daripada penjagaannya. Ia berkata : Dan menyangka aku bahawa sesungguhnya ia berkata : Dan lelaki itu penjaga pada harta bapanya dan disoal daripada penjagaannya dan tiap-tiap kamu penjaga dan bertanggungjawab pada rakyatnya (penjagaannya)"



Hadith ini menerangkan antara lain amanah seorang hamba Allah :


1) Penjaga yang menjaga anggota dan pancainderanya serta apa jua yang diwajibkan kepadanya menjaga .


2) Raja yang melindung rakyatnya.


3) Lelaki yang menjaga isteri dan sesiapa yang wajib ditanggungkan perbelanjaannya.


4) Perempuan yang menjaga rumah suaminya dan urusan mentadbiran rumahtangga, harta benda dan nama baik suaminya.


5) Khadam yang menjaga harta tuannya.


6) Kesemua amanah itu akan dipersoalkan



Hadith ini antara lain menerangkan tiap-tiap seorang di dalam dunia ini adalah penjaga, pentabdir, pengasuh dan pemimpin berlandaskan kedudukan dan kewajipan masing-masing dan di akhirat kelak semuanya itu akan dipersoalkan.[Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah:109-111]



Juga, Allah s.w.t berfirman :



"Wahai orang-orang yang beriman, mengapakah kamu mengatakannya tetapi tidak membuatnya ? Amat besar kemurkaan di sisi Allah orang yang mengatakannya tetapi tidak membuatnya"[As-Saff:2-3]



Ayat tersebut dengan jelas menunjukkan betapa Allah murka akan orang yang tidak menunaikan janji, menunaikan amanah.Namun, ingat kembali, manusia memang lumrahnya sukar untuk memegang amanah. Allah s.w.t berfirman :



"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi, dan gunung-ganang tetapi semuanya enggan untuk memikulnya kerana khuatir akan mengkhianatinya, lalu amanah itu dipikul oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan amat jahil."[Al-Azhab:72]



Demikian hebatnya manusia. Begitu zalim, begitu jahil akan amanah. Walaupun manusia ini merupakan ciptaan Allah yang terulung sekali kerana diciptakannya nafsu bersama-sama akal, namun masih jahil akan amanah.



Ingatlah, kita yang berada di akhir zaman ini, selalu menyaksikan pelbagai jenis bentuk pecah amanah di dalam masyarakat akhir-akhir ini. Masuk keluar 'court' , masih lagi kekal di tahap yang sama. Korupsi yang berlaku amat memberatkan mata yang memandang.



Jika tidak, tunggu hasil penghitungan suara bisa iaitu menunggu "kehancuran" atau krisis negeri yang lebih parah. Rasulullah SAW bersabda, "Jika amanah disia-siakan, tunggulah saat kehancuran". Sahabat bertanya: "Bagaimana menyia-nyiakan amanah itu?" Rasul menjawab: "Jika urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya" (HR Bukhari).

20060415

.: Bingkasan Hidup Seorang Dai'e :. [Part II]

[Part II : Bingung]

Petang semakin suntuk masanya. Aku tukar pakaian. Seperti biasa, petangku kukhaskan untuk beriadah. Walaupun jogging sekalipun, namun riadah tetap riadah. Kakiku pula baru pulih dari kesakitan yang agak mendesakku supaya tidak beriadah buat sekian lama. Namun riadah tetap riadah. Nak tak nak, riadah mesti ada. Hatta di dalam kaca televisyen pun selalu je ada iklan tentang “Riadah 3 kali seminggu , 30 minit setiap sessi”. Bak kata Rasulullah s.a.w :

“Sesungguhnya badanmu mempunyai hak ke atasmu”

Jam 6.50. Hendak masuk pukul 7. Aku berhenti. Bukannya aku merasakan cukup beriadah, kalau kuikutkan nafsu serakahku, sampai pukul 9 malam pun boleh aje aku beriadah. Namun, aku seorang Muslim. Aku mengikat diriku secara rela dengan kehidupan seorang Muslim. ‘Abid yang patuh di dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhan Yang Maha Esa. ‘Amil yang mengamalkan setiap apa tazkirah yang kuperkatakan, seperti firman Allah s.w.t :

“Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakannya tetapi tidak membuatnya? Amat besar kemurkaan di sisi Allah orang yang mengatakannya tetapi tidak membuatnya”[As-Saff:2-3]

Aku berjogging ke desa siswaku. Langit yang kemerah-merahan, menunjukkan seolah-olah kiamat. Aku tunduk padaNya yang Maha Esa, betapa agungnya ciptaanNya yang seringkali membuatkan kuteringat kepadaNya. Namun, seperti orang lain sedia adanya, aku juga seringkali lalai walaupun sudah melihat kebesaranNya. Imanku bukanlah iman seperti para sahabat Rasulullah s.a.w. Namun cuba kukejar ‘benchmark’ itu. Cuba kugapai tahap iman itu. Cuba kucapai impianku untuk mendapat iman seperti mereka, para sahabat di zaman Rasulullah s.a.w

Setibanya aku di bilik, kuperhatikan ada pesanan di telefonku.

“Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai sahabatnya sepertimana dia mencintai dirinya[Al-hadith]. O, 20 tahun. Emm, nta UTP kan? Ambil EE ek? Soalan nta tu, ana rasa x perlu ana jawab sekarang. Suatu hari nanti ana akan menjawabnya”.

Eh, tahu pula muslimat ni aku student UTP. Dah la tepat tekaannya. Yes, memang aku student Electric & Electronic Engineering. Hmm, ni mesti ada sahabat nak mempermainkan aku. Takpe-takpe, buat ‘dunno’ dulu. Jari-jemariku pantas menaip di papan kekunci telefon bimbitku.

“Eh, mengapa pula begitu ? Mana boleh. Nti kenal ana tapi ana xknal nti. At least beritahulah universiti mana, ambil course apa”

Selesai sudah aku membalas pesanannya, aku memakai kain basahan dan pergi ke bilik air. Apa lagi, mandi la. Sudah penat beriadah, jutaan titisan peluh mengalir dibadanku, takkan dengan keadaan itu aku hendak menghadap Allah s.w.t, Rabb yang Maha Esa. Sedangkan di lecture, pakai baju lawa-lawa,kasut lawa-lawa, pakai minyak attar. Bau yang tak cukup harum lagi. Sanggupkah aku membuat begitu di hadapan Allah s.w.t, Pencipta Yang Maha Khaliq, yang meletakkan roh ke dalam jasad Adam, dengan bau yang busuk,hapak, ditambah pula dengan keadaanku yang berpeluh. Tidak, tidak, tidak. Tidak mungkin. Tidak sanggup kumempermainkan Tuhanku sebegitu.

Mandi punya mandi, basuh punya basuh, al-kisah dipendekkan cerita aku bersiap-sedia ke masjid bersama rakanku. Aku takde lesen kereta, takde lesen motor. So, memang rutin harianku menumpang rakan-rakan sahabat fiLlahku untuk ke masjid. Aku menumpang Kawasaki Ninja sahabatku ke masjid. Selepas solat sunat qabliah, solat fardhu maghrib, solat sunat ba’diah, dan solat sunat awwabin kukerjakan, aku pulang ke bilikku. Boleh aje aku tunggu mendengar kuliah ustaz, namun ada kerja yang perlu kuselesaikan terlebih dahulu. Kuliah itu nafsi-nafsi, akan tetapi kerjaku ini melibatkan orang lain juga, maka kerja inilah yang perlu kudahulukan di dalam menyusun kembali gerak kerjaku.

Langkah kananku menjejak di lantai rumahku. Tika dan saat itu juga, kudengar suatu bunyi,

“Eh, ape berat bebenor kamu nak angkat telefon. Ateh” Bunyi bingit yang dihasilkan oleh telefon bimbitku. Eh, siapa pula yang rajin telefon aku. Kucapai telefonku. Di ‘screen’nya tertulis “You have 1 miscall” Alangkah terkejutnya aku apabila mengetahui yang muslimat sebentar tadi yang cuba menghubungiku.

Serentak ketika itu juga, aku mendapat sebuah pesanan. “Emm… ana dari UIA. Mengambil jurusan Pengajian Al-Qur’an dan Hadith”.

Astaghfirullahal’azim. Begitu tak kusangka-sangka. Namun, ambiguiti yang bermain di benak hatiku masih tidak hilang. “Jika benar budak ni UIA, takkan sampai begitu sekali ? Takkan dia tidak tahu perbatasan hubungan di antara seorang muslimin dengan seorang muslimat. Padaku dia lebih mengetahui Begitu gundah-gelana hatiku memikirkan perkara ini.

Serentak ketika itu juga, aku menerima sebuah pesanan lagi.

“Hmm.. mungkin nta tertanya-tanya mengapa ana sms nta. Sebenarnya, ana tidak pernah mempunyai kawan lelaki di UIA. Ana selalu gaduh dengan budak lelaki. Hanya ana seorang sahaja yang tidak ber’couple’ di dalam batch ana. Maaflah kalau-kalau sms ana menimbulkan keraguan. Bukan niat di hati ana begitu”.

Adess.. tergugat pula aku. Terkesima aku melihat pesanan tersebut. Terkedu lidahku hendak berkata-kata, apatah lagi hendak berzikir, apabila menatap sms itu. Huh. Biar benar ini keadaan di UIA. Pelik. Pelik. Pelik.

Aku kebingungan. Apakah harus kubalas pesanannya. Atau patutkah aku membiarkannya begitu sahaja kuiikut gerak hatiku, biarkan dahulu. Namun, tidak senang untuk kuhadapinya. Aku ‘set’ telefon bimbitku pada mod senyap, ‘Silent mode’, supaya aku dapat tenang dan khusyuk ketika membuat ‘ibadah kepadaNya.

Pukul 10 malam. Aku check telefonku, manalah tahu kalau-kalau ‘parents’ku ada meninggalkan pesanan buatku. Terkejutnya aku melihat beberapa miscall yang dibuat oleh orang yang sama. Nur Akmariah.

Apa hal pula hendak call? Kata student UIA. Tapi ambil jurusan pengajian Al-Qur’an. Ambil jurusan pengajian al-Hadith. Takkanla tak tahu kot batasan-batasan hubungan antara seorang lelaki dan seorang wanita. Mungkin juga, ye lah, dier ni katanya tak pernah ada kawan muslimin. Mungkin juga dia tidak tahu akan batasan perhubungan itu. Hmm.

Aku menukil sebuah pesanan dan menghantar kepadanya.

“Ya ukhti, ana tahu nti tidak biasa berhubung dengan muslimin dan mungkin sekali tidak pernah ada kawan muslimin. Tapi, apa yang nti buat ini agak melewati batasannya. Ana tidak kisah sms itu sms hadith. Tapi, berpada-padalah”.

Kemudian kududuk di mejaku sambil membaca berita elektronik. Isu semasa juga perlu diambil tahu, kerana aku tahu akan kedudukanku, sebagai seorang mahasiswa, penggerak negaraku tercinta ini.

Honestly saying, segala yang berlaku memang pelik bagi diriku. Tidak pernah lagi aku diganggu oleh seorang muslimat sebegitu rupa. Aku mengharapkan segala yang berlaku ada hikmahnya suatu hari nanti. Aku kebingungan.

“You received 1 new message”. Isk, takkan dia lagi kot. Buka sajalah. Mungkin pesanan dari orang lain.

“Nta……..”

“Uh?”bisik hatiku…

20060410

.: Di dalam berjanji dan taat:.

asSalamualaikum. janji. Antara benda yang paling rapuh di dalam makhluk Allah yang bernama al-insan, an-nas, anak Nabi Adam a.s. Ingatlah kembali akan betapa Qabil yang melanggar janji dengan Allah s.w.t, apabila membunuh Habil, yang diisterikan dengan Iqlima. Hanya kerana wanita, abang sanggup membunuh adik, menjadi pembunuh pertama di muka bumi Allah Maha Esa ini. Bahayanya perempuan ini ek (mana-mana muslimat yang membaca jangan marah lak, nie kisah benar maa..)

Ok, kite berputar kembali kepada persoalan yang ingin ditimbulkan. Bab janji. Bab bai'ah. Ingatlah wahai kengkawan sekalian, hatta roh-roh kita pernah berbai'ah dengan Allah s.w.t di lauh mahfuz, namun diri kita yang jahil inilah yang memutuskan bai'ah tersebut. Ingatlah akan suatu hadith, daripada 'Ubadah bin Al-Samit, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Berjanji setialh kamu akan daku bahawa janganalh kamu mempersekutukan dengan Allah akan sesuatu, dan janganlah kamu mencuri, dan janganalh kamu berzina, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu, dan janganlah kamu mendatangkan dengan dusta yang kamu adakannya di antara hadapan kamu dan di belakang kamu, dan jaanganlah kamu menderhaka pada kebajikan. Maka barangsiapa yang menyempurnakan daripada kamu maka pahalanya atas Allah dan barangsiapa yang membuat daripada yang demikian akan suatu maka diseksakan dia di dalam dunia dan seksaan itu menjadi kafarah baginya. Dan barangsiapa yang membuat daripada yang demikian akan suatu, kemudian Allah menutupi akan dia maka terhapuslah dosanya dari pandangan Allah; jika Ia kehendaki Ia mema'afkan daripadanya, dan jika Ia kehendaki Ia seksa akan dia. Kemudian maka telah kami mengikat persetiaan di atas perkara yang demikian itu"[Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah, Hadith ke-3]

Tidak dinafikan memang ketaatan yang diberikan kepada Rasul Allah s.w.t merupakan suatu ketaatan yang total, yang absolute, di mana Allah s.w.t berfirman :
"Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah, dan taatilah Rasul, dan pemimpin-pemimpin di kalangan kamu.."[ :]

Namun, ramai yang masih melanggarnya. Hukum Allah diperlekeh-lekehkan, di saat Allah s.w.t berfirman : "Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antar mereka (menjalankan pemerintahan) menurut apa yang diturunkan Allah dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu"[Al-Maidah:49]

dan

"Maka kerana itu serulah mereka kepada agama itu dan tetaplah sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan janganlah mengikuti hawa nafsu mereka"[Asy-Syura:15]

Huh. Itu baru bab mentaati Allah s.w.t. Belum lagi masuk bab taati Rasul. Hadith yang penulis kemukakan tadi, tentang perjanjian di antara orang Ansar dengan Rasulullah s.a.w. Itulah janji, bai'ah, taat setia,wala' yang diberikan oleh mereka kepada Rasulullah s.a.w. Wala' yang tidak ada lopong-lopong.

Ok, habis sudah berbicara bab taat yang absolute. Kini, tinggal lagi satu persoalan, persoalan taat kepada pemimpin. Ini bab yang selalu menjadi tanda tanya. Mana tidaknya, tidak ada taat yang absolute kepada pemimpin. Namun, ingatilah kita semua akan satu ayat yang Allah s.w.t turunkan :

"Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya"[An-Nisaak:65]

Hah. Macam mana. Agak-agak kita tunaikan atau tidak ? Apabila seseorang leader membuat keputusan, kita ikut, ke kita abaikan dengan mengatakan "Tu usul fiqh dier.. aku guna pakai usul fiqh lain.." dan banyaklah lagi...

Ingatlah wahai kengkawan, taat kepada seorang pemimpin perlu kita berikan, setelah kita berjanji, melainkan di dalam satu keadaan di mana keputusan pemimpin tersebut melanggar syara'. Ingat lagi hamba di dalam satu kisah di dalam kuliah Ustaz Shamsuri di mana di dalam sebuah peperangan sariyyah (peperangan yang tidak disertai Rasulullah s.a.w), Rasulullah s.a.w menghantar sebuah tentera. Namun, di tengah jalan, ketua tentera tersebut menjadi pelik apabila menyuruh tentera-tenteranya mengumpul kayu api, membuat unggun api, lalu membakar diri mereka. Mereka mengabaikan perintah ketua tentera tersebut dan kemudian sekembalinya mereka ke Madinah, mereka bertanyakan pada Rasulullah s.a.w tentang hal ini lalu dijawab oleh Rasulullah s.a.w tentang tiada ketaatan pada seorang ketua yang melanggar hukum syara'.

Hmm... itu semua.. baru bab janji dan taat kepada pemerintah, kepada golongan berkuasa... bagaimana pula dengan sahabat-sahabat..

Ingatlah firman Allah s.w.t :

"... Dan penuhilah janji-janji kamu kerana janji akan dipertanggungjawabkan".[Al-Isra':34]

"... dan orang-orang yang apabila berjanji mereka mematuhi janji..."[Al-Baqarah:176]

"(Orang mu'min itu ialah) orang yang memelihara amanah dan janji mereka"[Al-Mu'minun:8]

dan sepotong hadith yang famous, hadith tentang ciri-ciri orang munafik :

"Apabila ia bercakap ia bohong, apabila ia berjanji ia mungkir dan apabila ia diamanahakn ia khianat".

Ingatlah wahai kengkawan sekalian akan janji-janji kita... waLlahua'lam...

20060408

.: Bingkasan Hidup Seorang Dai'e :. [Part I]

[Part I : Introduksi]

“Wa La Takrabuzzina! Nti lebih faham tentang bab ini dari ana. Nti seorang pelajar Al-Qur’an dan al-Hadith. Ana hanyalah penuntut ilmu kejuruteraan!”

Rabu, 30 April. Sebuah tarikh yang tak akan kulupakan dalam kalendar memoriku. Satu hari yang ingat kutanda di dalam takwim akalku, sehingga ke hujung hayat, hembusan nafas terakhir.

“Anda menerima 1 mesej baru”, teks yang terpapar di telefon bimbit Motorola E398ku. Malam itu, aku baru sahaja selesai sesi Smart Group bersama dengan adik-adik Smart Group. Az-Zahri namanya. Dinihari itu, aku baru sahaja habis membaca do’a Rabitah, do’a pengikat hati kaum Muslim. Aku membaca mesej tersebut.

“Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Puasa yang paling utama selain dari puasa pada bulan Ramadan ialah puasa pada bulan Muharam. Manakala sembahyang yang paling utama selain dari sembahyang fardu pula ialah sembahyang malam. (Hadis riwayat Imam Muslim).”

Eh, siapa pula yang menghantar mesej ini. Barangkali sahabat sekampus denganku. Akan tetapi, mengapa nombor yang terpapar, di telefon bimbitku ini, nombor yang tidak pernah kulihat sebelum ini? Aku cuba ‘recall’ memoriku sementara, sambil berborak dengan adik-adik Smart Group.

“Eh, abang guna komputer tak hujung minggu ini?” tanya Ariffin, mas’ul Az-Zahri kepadaku.
“Mengapa bertanya?” jawabku.
“Takdelah, ingat nak mintak tolong. Nak pinjam ‘keyboard’. Ada ‘tournament CS’ dalam masa terdekat ini. Ingat nak pinjam sebentar.”
“Boleh aje, nanti datang bilik abang.”
“Syukran abang Aiman”
“Afwan”.

Begitulah perangai adik-adik kecil. Mana tidaknya, baru melangkah ke alam kampus, dunia seorang siswa. Banyak perkara baru yang mereka akan tempuhi. Itulah gunanya seorang naqib, seorang fascilitator Smart Group, untuk membimbing anak-anak kecil ini, agar tidak terpesong dengan budaya hedonisme yang kian melarat di tengah-tengah lapangan umat akhir zaman yang dikenali sebagai remaja.

Tiba-tiba aku disergah dari belakang. “Suhairil rupanya”, bisik hatiku. Suhairil, seorang sahabat yang telah lama kukenali, sejak bangku sekolah lagi. Kemudian, kami bersama-sama mengorak langkah menjejak arus kejuruteraan di kampus yang sama. Hanya jurusan yang membezakan kami. Beliau juga seorang fascilitator Smart Group.

“Buat apa tu, baru habis Smart Group, terus tengok hand-set.”
“Dah ada orang sms, tengok aje lah.”
“Siapa sms lewat malam ni? Keluarga ?”
“Wallahua’lam. Nombor baru. Peliknya sms hadith. Salah nombor kot barangkali”.

Percakapan kami berhenti di situ. Kami pastikan lampu masjid ditutup, kemudian bergerak ke kereta Iswara Suhairil. Sedang Suhairil memandu ke rumah, aku membalas mesej tersebut.

“Syukran ya Abdullah. Siapa awak?” Mesej yang memulakan segala-galanya. Selepas hantar mesej tersebut, bateri telefon bimbitku habis. Telefon bimbitku mati. Aku pun berborak kosong sahaja dengan Suhairil, sambil menjenguk ke tepi, melihat keindahan alam yang Allah s.w.t ciptakan di bumi kampusku yang nan tersergam indah.

Panjang kami berborak. Tentang kampus, hedonisme yang nyata melalaikan, dan banyak lagi. Borak dan borak, sehinggalah kami tiba di desasiswa kami. Aku yang sudahpun kepenatan, terus ambil wudhu’, ‘charge’ telefon bimbitku lalu tidur di atas katil yang cukup empuk bagiku. Cukuplah hanya sekadar selimut RM10 yang kubeli di Ampang, cukuplah cadar yang kubawa dari rumah. Bukannya aku seorang raja yang mengimpikan tilam di atas tilam, dan selimut jenis ‘comforter’ yang nyata mahal bagiku.

Azan berkumandang, akan tetapi bukan di udara, hanya di peti suara komputerku. Aku ‘set’ komputerku supaya azan pada pukul 4.30, 5.00 dan 5.30 pagi untuk kubangun (namun hakikatnya aku sedar betapa aku selalunya susah untuk bangun sebenarnya). Kubasuh mukaku, ambil wudhu’ dan solat tahajud di bilik. Selesai sudah, kulihat telefon bimbitku menyala. “You received 1 new message”.

“Assalamualaikum. Ana Nur Akmariah. Ma ismuka ? Ma umurka ?”

Erk. Aku terkedu. Bukannya apa. First of all, aku sudah lama tidak mengambil Bahasa Arab. Bahasa Jannah yang sudah 7-8 tahun kutinggalkan, hanya semester ini aku mengambilnya kembali di kampusku. Then, terkejutnya aku kerana yang menghantar sms ini adalah seorang muslimat. Sesungguhnya memang tidak kubiasa dengan sms daripada seorang muslimat. Sebagai seorang hamba Allah s.w.t yang menyerahkan cinta hanya kepadaNya, rasulNya dan kedua ibu bapaku (buat masa ini), padaku sms ini amat menimbulkan keraguan dan fitnah pada diriku. Sebelum ini, sms yang kuterima daripada muslimat-muslimat lain hanyalah sms gerak kerja seperti liqa` dan sebagainya.

Aku membalas ayat tersebut.

“Waalaikummussalam. Ismi Noor Aiman. Maaf, ana kurang fasih berbahasa Arab.”

Dan aku meneruskan kehidupanku seperti biasa. Normaliti kehidupan seorang penuntut ilmu kejuruteraan. Pergi ke kelas. Hadir ke slot tutorial. Datang ke slot makmal. Namun, tidak kulupakan tanggungjawabku sebagai seorang Muslim, sebagai seorang Mu’min, dan sebagai seorang Da’ie. Kucuba memenuhi lopong-lopong kosong di dalam detik waktuku dengan ilmu-ilmu fardhu ain seperti bab-bab akidah, tauhid, feqah. Walaupun inilah ilmu-ilmu fardhu ain, namun sedih sekali kulihat berapa ramai umat Islam akhir zaman yang cukup ‘confuse’ dan ‘blank’ di dalam bab-bab ini!



“Assalamualaikum warahmatullah”, kalimah yang kuucapkan apabila memberi salam yang kedua sewaktu solat Zuhurku. Doa penerang hati kubaca agar diterangkan hatiku untuk menerima barakah ‘ilmu di dalam kelas, tutorial dan makmal. Doa rabitah kubaca agar hatiku dipautkan bersama rakan-rakan seperjuanganku.

Selesai sudah doa kubaca, sekali lagi, “You received 1 new message”. Aku membukanya. Di telefon bimbitku tertera “Maaf, ana selalu berbahasa Arab. Ana tanya umur nta berapa?” Terkejut hatiku membaca pesanan tersebut. Aku bertanya akan penghantar itu dari mana dia mendapat nomborku, kerana tidak pernah kusalin dan simpan nombor sedemikian di dalam telefon bimbitku.

“Apa pasal la budak ni tanya umur aku ? Kalau sahabat seperjuangan, mesti kenal aku siapa. Kalau bukan sahabat seperjuangan, takkan lah guna ana anta. Ini bukan Universiti Islam Antarabangsa ke apa, nie engineering-based university. Hisyyh. Runsing ah.” Begitu banyak sekali persoalan yang timbul di kotak memoriku ini.

Kuabaikan pesanan tersebut. Tidak mahuku layan. Bukannya aku tidak tahu, benda-benda seperti inilah punca isu couple, masalah hati dan sebagainya. Mula-mula tanya nama, kemudian tanya umur, lepas tu, ini, itu, ini, itu. In the end, haa, rosak terus.

Aku teruskan kehidupanku seperti biasa. Kelas, kelas dan kelas. Sehinggalah waktu ‘asar, di mana kami bersolat jemaah kemudian membaca ma’thurat suhgra di kala senja tinggal hanya sejam-dua sahaja lagi. Habis membaca ma’thurat, kami beransur ke rumah masing-masing. Di dalam perjalanan, aku mendapati ada ‘miscall’ di telefon bimbitku. Jenguk-jenguk, la, nombor ini lagi…

Alamak. Pulak. Biar benar. Takkan begitu sekali peribadi seorang muslimah. Baru tidak jawab pesanan, terus ‘miscall’. “Biar betik,” bisik hatiku.”Kalau tak jawab, entah apa pulak jadi lepas ini”, aku pun menjawab la persoalannya.

“Umur ana 20. Nak tanya, mana nti dapat nombor ana?”

Jawapan yang kuselitkan bersama-samanya sebuah persoalan baru…

20060407

.: Yang kekal Abadi :.

Tiada yang akan kekal abadi melainkan Allah s.w.t. "Tiap-tiap yang bernyawa itu akan merasai maut". Sehebat mana pun sesuatu sistem itu, hakikatnya tetap tidak berguna apabila ianya tiada lagi.

Semalam aku ke perpustakaan untuk mencari buku. Apakan dayaku, rupanya OPAC system yang digunakan rosak. Untuk pengetahuan umum, perpustakaan di kampusku menggunakan sistem OPAC untuk membahagi buku-buku di dalam 'database' yang boleh dikira hebat. Ribuan buku boleh di'filter' melalui sistem tersebut dan lokasi buku tersebut boleh diketahui dengan senang.

Akan tetapi, semalam aku diuji kesusahan tanpa sistem tersebut. Aku ke kaunter dan bertanya :

"Tumpang tanya, di mana letaknya buku tentang 68000 Microprocessor. OPAC down la bang"
"Eh, down ke? Sebentar, saya check sekejap. Emm, betullah, OPAC down."
"Kalau begitu macam mana?"
"Emm, cuba cari di floor 2 atau 2M"

Aku mencari. Mencari dan mencari. Baru kufikir payahnya tanpa teknologi. Cari punya cari, tak jumpa. Aku cari lagi. Sampai dapat, tapi tak tercapai dayaku. Selamat, kawanku ada di sana. Aku bertanyakan tentang buku itu. Dia mengatakan buku itu di floor 3. Aaa, hendak kujerit sahaja. Penat aku mencari di floor yang salah. 1 jam kubazirkan untuk mencari buku di tempat yang salah.

Lantas, aku terus ke floor 3. Carik punya carik, jumpa pun akhirnya. Belek-belek, ler.... rupanya buku tu sudah dipinjam. Yang ada hanyalah buku bertajuk Microprocessor, tapi bukan buku yang kucari. Begitulah hakikatnya apabila terlalu bergantung pada sistem. Hampess...

20060405

.: Tulang Rusuk :.

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
"Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesungguhnya wanita itu seperti tulang rusuk. Jika kamu cuba untuk meluruskannya, ia akan patah. Tetapi kalau kamu biarkan sahaja, maka kamu akan dapat menikmatinya dengan tetap dalam keadaan bengkok"

Mukadimmah : Daripada hadith di atas, sesetengah ulama' menjelaskan bahawa diciptakan Hawa daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam a.s.

Hal ini berlaku sekitar 9 malam, baru abes solat isya'. Kami baru tiba di desasiswa dan baru sahaja turun motor (fyi, aku bersama M menaiki motor kawasaki Ninja berplat no. PDU ****)

(Percakapan kami lebih kurang begini)
M : Nta dh ade tulang rusuk ?
Aku : Haa.. (Time nie blur lagi, ye la, belakangku sakit-sakit sket lame x swimming kot)
M : Ala.. tulang rusuk...
Aku : Oo.. Takde lagi...Tak jumpe lagi...
M : Mane leh takde.. dah ada dah tu.. tunggu mase je...

Aku tergamam. Adess. Dalamnya maksud. Adess...

Pengorbanan

asSalamualaikum...

Petang tadi pergi klinik. Ulser mulut (rasanya lah). Jumpa doktor. Doktor bagi ubat. Baca pasal Thaksin Sinawatra mengundurkan diri dari menjadi Perdana Menteri, walaupun memenangi lebih 50% daripada jumlah undi. Hakikatnya beliau sedia berundur, berkorban demi negara tercinta. Kalau beliau kekal di kabinet, beliau tahu yang beliau tidak akan duduk senang-lenang. Apa tidaknya, tak cukup ramai lagi pihak pembangkang yang memulaukan pilihan raya Thailand terbaru ini. Maka beliau berundur, selepas menjual saham Shin Corp kepada Temasik.

Malaysia apa cerita pula ? Berapa lama la agak-agaknya penyangak-penyangak duit nak berhenti daripada melakukan kezaliman. No names needed. They know who they are. Well, you gotta go when you gotta go. Itulah satu kata-kata yang ingin saya petik dari seorang yang berada di Barat.

Namun ingat. Pengorbanan tidak semestinya mengalah. Berundur tidak semestinya hilang. Kadang-kadang, pengorbanan itu membawa kemenangan yang pasti. Jarang-jarang, berundur meluaskan lagi pengaruh, menajamkan lagi taring. Tak tahu siapa ? Baca-bacalah akhbar selalu, dan fikirlah....

p/s : penulis pun terpaksa berkorban hari ini, kerana nak main badminton lepas pegi klinik, akan tetapi bilik si pemilik raket badminton terkunci, kami yang kesangapan bermain badminton pun tidak bermain badminton hari ini. Terkorbanla sesi riadah hari ini, penulis penulis, bila la eko ni nak riadah da....

20060402

.: Yang itu boleh, Yang itu tidak :.

Jam 6 petang. Mataku sayup-sayup. Keletihan agaknya. Namun, jari-jemari ini masih ligat. Masih kuat. Masih aktif. Tulis, tulis dan menulis. Bisik hatiku "Udah-udah la tu, beriadah la pulak". Memang rasa nak beriadah. Ingin sangat nak beriadah. Namun, aku terpaku di depan komputerku apabila kaki dan tanganku seakan-akan bergaduh. Yang tangan, tulis tak habis-habis. Kaki pula, bergerak-gerak, tidak statik, tidak kekal pada tempat yang sama. Aku terpaku. Terkesima. Argh...

Tak mengapa. Sebentar sahaja tulisanku insyaAllah. Wahai tangan, jangan lama-lama. Wahai kaki, bersabarlah menunggu giliran, ek? Hari ini aku perhatikan masa berlalu agak pantas. Agak pantas bagiku. Tidak tahu kenapa. Tiada jawapan yang tetap, yang tepat, yang kukuh untuk aku menjawab persoalan hatiku ini. Ingat lagi aku pada kuliah Ustaz Shahrir Long "Jihad ini ada 3 bentuk, salah satunya adalah melalui tulisan..." Kiranya begitulah ayatnya, tidak lagi kuingat seperti mana dahulu. Ingatanku bukannya ingatan fotografik. Ingatan jangka panjang tu, bolehlah sikit-sikit. Maka, aku cuba menulis, sedaya-upaya aku. Aku mengambil sedikit dari ini, sedikit dari itu. Potongan ayat Al-Qur'an dan lembaran hadith Rasulullah s.a.w kadang-kadang aku sematkan bersama-sama nukilanku yang tidak seberapa.

Kakiku ini memang tidak faham akan erti kesabaran. Bergerak ke sini ke sana. Ke hulu ke hilir. Isk. Memang , tidak dinafikan, Abu Hurairah RadiyaLlahu'anhu berkata, sabda Rasulullah s.a.w :

"Mu'min yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mu'min yang lemah dan dalam tiap-tiap kebaikan rebutlah apa yang mendatangkan manfa'at kepada engkau, mintalah pertolongan kepada Allah jangan lemah"[Riwayat Muslim]

Aku bukannya seorang sportsman. Bukannya seorang kaki sukan. Aku kaki bangku jugak. Kalau basketball, kalau tennis, kalau badminton, kalau skuasy, bolehlah. Itu pun tidak seberapa hebat yang kau sangkakan. Namun, aku cuba menepati salah satu daripada ciri seorang muslim "Qawi al-Jismi", Tubuh badan yang kuat. Aku bukannya berbadan sasa. Namun, tidaklah aku seorang yang kerdil.

Argh. Apakah yang harus aku lakukan. Eh, melihat jam sudah pukul 6.15. Memang tak bersukan kot hari ini, bisik hatiku lagi. Tidak mengapalah, andai diberi peluang olehNya Yang Maha Esa, aku turun padang esok. Maka, bermulalah satu sesi nukilanku lagi.

Allah s.w.t berfirman :

"“Di antara manusia ada yang membeli omongan yang dapat melalaikan untuk menyesatkan (orang) dari jalan Allah tanpa disedari, dan dijadikannya sebaqai permainan. Mereka itu kelak akan mendapat siksaan yang hina."[Luqman:6]

Ayat tersebut menceritakan tentang apa yang dikenali sebagai lahwul hadis, ataupun omongan yang melalaikan. Semalam aku menyaksikan event Festal'06, Festival Seni dan Kebudayaan. Boleh la tahan. Ada gamelan. Ada puisi. Ada silat. Segala-galanya berbentuk kebudayaan, namun di sebaliknya ada maksud yang tersirat. Bolehku nampak nilai-nilai keIslaman yang cuba dibawa. Yang cuba ditayangkan pada lapangan umat akhir zaman di kampusku ini. Namun, hatiku amat tertarik dengan persembahan terakhir. Alat musik moden.

Aku bukannya seorang ulama'. Bukannya seorang pakar hadith. Bukannya seorang tahfiz Al-Qur'an. Aku hanyalah seorang penuntut kejuruteraan elektrik dan elektronik di kampusku ini. Kampusku pun bukanlah kampus-kampus seperti Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia,Universiti Sains Malaysia. Hanya sebuah universiti yang mempunyai cita-cita yang besar, azam yang tinggi, untuk mencapai sebuah status yang hebat, lebih hebat daripada universiti-universiti sedia ada di muka bumi Malaysia tanah airku ini, bumi kedua bagiku selepas Khilafah Islamiyyah yang aku idamkan.

Aku tahu. Memang ramai ulama' yang membicarakan tentang bab hiburan di dalam Islam. Tang ni Ok, tang tu x sesuai. Tang tu Haram syeikh. Tang tu makruh. Tang tu harus. Tidak kunafikan. Namun, kejutan yang agak besar kuterima apabila melihat gelagat dan telatah pemain-pemain alat musik tersebut. Aksi dan perilaku mereka begitu mengejutkan aku. Pada kaca mata duniaku, kulihat mereka seolah-olah mabuk, mabuk dilayan getaran-getaran bunyi yang menghasilkan musik yang indah pada halwa telinga mereka (aku juga pernah mendengar lagu-lagu seperti itu dahulu). Seperti tukang minum arak yang berdansa. Begitu asyik di dalam dilema dansa mereka. Begitulah pemain-pemain musik ini yang dapat kulihat, kutenung, kuperhati, dan kutafsir pada buah akal fikiranku.

Bukankah telah datang perintah Allah s.w.t tentang perkara ini dahulu, tentang omongan-omongan yang melalaikan manusia, melupakan manusia akan Tuhan yang Satu, Tuhan yang Wajib Disembah, Tuhan yang Wajib diingati seperti mana Allah berfirman :

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu"[Adz-Dzaariyaat:56]

Ingatlah wahai umat akhir zaman. Ibadah ialah salah satu tugas kita yang perlu kita laksanakan. Ibadat ini senang sahaja. Ta'rifan ibadat : Sesuatu perilaku yang diniatkan kerana Allah s.w.t dengan syarat ia tidak melanggar hukum syara'. Hatta berkahwin kerana mengelakkan zina sudah dikira satu ibadat. Begitu bertuahnya manusia, umat Nabi Adam ini. Senang-senang sahaja sudah dikira membuat ibadat.

Namun, manusia lalai. Insan alpa. Alpa dengan keasyikkan dunia. Omongan yang melalaikan. Ibnu Hazm berkata tentang Surah Luqman, ayat 6: "Ayat tersebut menyebutkan suatu sifat yang barangsiapa mengerjakannya boleh menjadi kafir tanpa diperselisihkan lagi, iaitu apabila dia menjadikan agama Allah sebagai permainan. Oleh kerana itu jika dia membeli sebuah al-Quran untuk dijadikan ayat guna menyesatkan orang ramai dan dijadikannya sebagai permainan, maka jelas dia adalah kafir. Inilah yang dicela Allah s.w.t. Samasekali Allah tidak mencela orang-orang yang membeli lahwal hadis itu sendiri yang boleh dipakai untuk hiburan dan menggembirakan hati, bukan untuk menyesatkan orang dari jalan Allah."



Selanjutnya Ibnu Hazm menolak anggapan orang yang mengatakan; bahawa nyanyian itu sama sekali tidak dapat dibenarkan, dan termasuk suatu kesesatan, seperti firman Allah.

“Tidak ada lain sesudah hak kecuali kesesatan.” (Yunus: 32)



Maka kata Ibnu Hazm: Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Sesungguhnya semua perbuatan itu harus disertai dengan niat dan tiap-tiap orang akan dinilai menurut niatnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dan berkata pula Ibnu Hazm: "Semua hadis yang menerangkan tentang haramnya nyanyian adalah batil dan palsu."



Ingatilah kata al-Qadhi Abubakar bin al-Arabi: "Tidak ada satupun hadis yang sah yang berhubungan dengan diharamkannya nyanyian." Tiadalah akan apa-apa hadis yang menyatakan tentang larangan nyanyian, hatta semuanya itu cacat belaka.

Akhir kata, Syeikh Yusuf Qardhawi menulis di dalam Halal Dan Haram Dalam Islam :

"1. Nyanyian itu harus diperuntukkan buat sesuatu yang tidak bertentangan dengan etika dan ajaran Islam. Oleh kerana itu kalau nyanyian-nyanyian tersebut penuh dengan pujian-pujian terhadap arak dan menganjurkan orang supaya minum arak, misalnya, maka menyanyikan lagu tersebut hukumnya haram, dan si pendengarnya pun haram juga. Begitulah nyanyian-nyanyian lain yang dapat dipersamakan dengan itu.



2. Mungkin subyek nyanyian itu sendiri tidak menghilangkan pengarahan Islam, tetapi cara menyanyikan yang dilakukan oleh si penyanyi itu beralih dari lingkungan halal kepada I;ngkungan haram, misalnya lenggang gaya dengan suatu kesengajaan yang dapat membangkitkan nafsu dan menimbulkan fitnah dan perbuatan cabul.



3. Sebagaimana agama akan selalu memberantas sikap berlebih-lebihan dan kesombongan dalam segala hal sampai pun dalam beribadah, maka begitu juga halnya berlebih-lebihan dalam hiburan dan menghabiskan waktu untuk berhibur, padahal waktu itu sendiri adalah berarti hidup!



Tidak dapat diragukan lagi, bahawa berlebih-lebihan dalam masalah yang mubah dapat menghabiskan waktu untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban. Maka tepatlah kata ahli hikmah: "Tidak pernah saya melihat suatu perbuatan yang berlebih-lebihan, melainkan di balik itu ada suatu kewajiban yang terbuang."



4. Tinggal ada beberapa hal yang seharusnya setiap pendengarnya itu sendiri yang memberitahu kepada dirinya sendiri, iaitu apabila nyanyian atau satu macam nyanyian itu dapat membangkitkan nafsu dan menimbulkan fitnah serta nafsu kebinatangannya itu dapat mengalahkan segi rohaniahnya, maka dia harus menjauhi nyanyian tersebut dan dia harus menutup pintu yang dari situlah angin fitnah akan menghembus, demi melindungi hatinya, agamanya dan budi luhurnya. Sehingga dengan demikian dia dapat tenang dan gembira.



5. Di antara yang sudah disepakati, bahawa nyanyian yang disertai dengan perbuatan-perbuatan haram lainnya seperti: di persidangan arak, dicampur dengan perbuatan cabul dan maksiat, maka di sinilah yang oleh Rasulullah s.a.w. pelakunya, dan pendengarnya diancam dengan siksaan yang sangat, iaitu sebagaimana sabda beliau:



"Sungguh akan ada beberapa orang dari ummatku yang minum arak, mereka namakan dengan nama lain, kepala mereka itu boleh dilalaikan dengan bunyi-bunyian dan nyanyian-nyanyian, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu kedalam bumi dan akan menjadikan mereka itu seperti kera dan babi." (Riwayat Ibnu Majah)



Bukan merupakan kelaziman kalau mereka itu dirombak bentuk dan potongannya, tetapi apa yang dimaksud dirombak jiwanya dan rohnya. Bentuknya bentuk manusia tetapi jiwanya, jiwa kera dan rohnya roh babi."

Eh, aduss, sudah pukul 6.37. Nak mandi lagi, nak makan lagi. Hai,melepaslah riadah. Melepas melepas.

.: Waa.. adilnya :.

asSalamualaikum.

Penulis tertarik dengan artikel yang sempat penulis ambil dari Utusan Malaysia...

Malaysia mampu jadi pusat timbang tara serantau

KUALA LUMPUR 31 Mac - Malaysia mampu menempa nama sebagai pusat timbang tara bagi rantau ini berdasarkan pelbagai kelebihan yang dimilikinya, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, kelebihan itu merujuk kepada kekukuhan sistem perundangan negara, kualiti tenaga kerja yang ditawarkan dan tahap kos hidup yang kompetitif.

``Negara mempunyai faktor-faktor positif bagi menggalakkan perkembangan sebagai pusat timbang tara di rantau ini seperti sistem perundangan dan kehakiman yang bebas, bilangan peguam dan profesional berkelulusan tinggi serta kos yang kompetitif.

``Di samping itu, beberapa perundangan yang telah diluluskan kerajaan selama ini menyokong usaha kita menggalakkan lebih banyak perkara yang memerlukan proses timbang tara dilakukan di sini,'' katanya.

Wow! Bebasnya Malaysia apabila di dalam Perlembagaan Persekutuan pada bahagian 2, perkara.11, fasal (4) berkata "Undang-undang negeri boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganut ugama Islam". Itukah sikap negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi ??

Wow! Adilnya Malaysia yang mempunyai sistem kehakiman yang bebas apabila Nik Adli Nik Aziz DIPENJARA TANPA BICARA di Kamunting ? Wow!