In The Name Of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful

20061012

Sekitar berbilang-bilang jemaah

5.15. Only minutes to go before dawn arrives, and for me, it's time for Suboh prayers!

OK, let's not waste any time anymore.

But first, I would like to change the writing from English Language to Bahasa Melayu.

Baiklah, mari kita sama-sama merungkaikan sedikit tentang taadud jemaah.

Secara ikhlas dan jujurnya, taadud berjemaah bukanlah sesuatu topik yang bisa dibincangkan, kerana, jika tersilap bincang, boleh membawa kepada satu konklusi yang amat menakutkan, pemecahan di antara gerakan-gerakan amal islami di mana jua berada.

"Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."[Al-Anfal:46]


"
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya."[Ali-Imran:103]

Dua ayat tersebut menjadi nas-nas yang kuat bagi mana-mana imam yang sampai tahap untuk membuat ijtihad, tentang kepentingan adanya persepakatan di antara jemaah-jemaah.

Namun begitu, banyaknya bilangan jemaah-jemaah masih lagi sama. Mengapa begitu?

Perpecahan pada lazimnya adalah normaliti kehidupan manusia. Namun begitu, datangnya Islam adalah sebagai suatu resolusi, ataupun kesimpulan, pengakhiran kepada perpecahan-perpecahan yang berlaku.

Kita melihat kembali ayat kedua yang dibentangkan, ayat 103, surah Ali-Imraan. Ayat ini merupakan sebahagian daripada ayat 100-107 yang diturunkan oleh Allah s.w.t kerana suatu hal yang telah berlaku suatu ketika dahulu.

Asbab an-nuzul ayat-ayat tersebut adalah ketika mana kaum Aus dan Khazraj hampir-hampir bergaduh, setelah kedua-dua kelompok ini mengaku akan keimanan mereka terhadap Allah s.w.t. dan Islam itu sendiri.

Al-kisah, Syas Ibn Qais, seorang tokoh musyrikin pada masa Jahiliah yang sangat memusuhi dan membenci kaum Muslimin, pernah berjalan melalui suatu majlis yang terdiri daripada beberapa sahabat Rasulullah s.a.w yang terdiri daripada kaum Aus dan Khazraj.

Melihat perkara itu, dan mengetahui bahawa kedua-dua kaum itu suatu ketika dahulu merupakan musuh natural, beliau berkata "Para tokoh Bani Qilah telah bersatu di negeri ini. Demi Allah! Kami tidak akan membiarkan mereka bersatu di negeri ini."

Maka, beliau memerintahkan seorang pemuda Yahudi pergi ke majlis tersebut dan mengingatkan kembali akan permusuhan di antara dua kaum tersebut.

Orang Yahudi tersebut kemudian menghebohkan di dalam majlis tersebut tentang peristiwa Bu'ats, suatu pertempuran yang terjadi di antara kaum Aus dan Khazraj , yang dimenangi oleh suku Aus, sehingga timbul satu pergaduhan di antara puak Aus , Aus bin Qaizhi dan seorang lagi dari puak Khazraj, Jabar bin Shakar.

Mendengar perkara ini, Rasulullah s.a.w bersama beberapa orang Muhajirin datang lalu baginda s.a.w bersabda :

"Wahai kaum Muslimin! Takutlah kepada Allah! Takutlah kepada Allah! Apakah seruan-seruan jahiliah (muncul lagi) sedangkan aku masih ada di antara kamu? Apakah setelah Allah menunjukkan kamu kepada Islam, memuliakan kamu, menghapuskan cara Jahiliah daripada kehidupan kamu, menyelamatkan kamu daripada kekufuran dan menjinakkan hati kamu, kamu kembali lagi kepada kekafiran?"

Setelah itu barulah mereka sedar akan kesilapan mereka dan bagi membalas perbuatan Syas bin Qais ini, Allah s.w.t turunkan ayat-ayat tersebut, surah Ali-Imraan:100-107 (mengikut sesetengah riwayat ayat-ayat tersebut daripada 98-107).

Namun begitu, perpecahan, seperti yang diperkatakan, adalah suatu norma hidup dari segi:
1)Tabiat Islam [Al-Insaan:2]
2)Tabiat Bahasa [Al-Azhab:36]
3)Tabiat Manusia[Ar-Rum:22]
4)Tabiat Alam dan Kehidupan[Faathir:27-28]

Oh No! It's almost subuh already!

Mungkin setakat ini dahulu ungkapan-ungkapan tentang berbilang-bilang jemaah. Cukup sekadar satu kisah lama, sirah Rasulullah s.a.w dan sahabat sebagai permulaan kepada pentingnya akan kesatuan di bawah lembaran sayap Islam.

Sebelum itu, beberapa ringkasan tentang satu hal yang penting jua dibicarakan, perbezaan-perbezaan yang tercela, yang insyaAllah cuba penulis rungkaikan dalam post-post akan datang.

1) Bermotifkan bangkangan
2) Mengakibatkan perpecahan dan permusuhan umat

[Sumber : Fiqh Al-Ikhtilaf antara gerakan Islam, antara Perbezaan yang dibolehkan dan perpecahan yang dilarang, karangan Dr. Yusuf Al-Qardhawi.]

No comments: