In The Name Of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful

20061013

Haqq

Hari ini, patik mendapat satu e-mel yang diforward :

_______________________________________________________________

Tuan/puan warga kerja yang dihormati,



Marhaban Ramadhan, semoga kita semua mendapat manfaat dan keberkatan daripada bulan yang mulia ini.



Sebagaimana yang tuan/puan sedia maklum bahawa selain dari perayaan Aidil Fitri yang akan disambut oleh umat Islam pada bulan ini, penganut agama hindu juga merayakan 3 perayaan mereka seperti yang disebut dalam subjek di atas.



Sukacita saya ingin maklumkan bahawa kakitangan Takaful Malaysia perlu berhati-hati dengan ungkapan ucap selamat sempena perayaan tertentu yang selain daripada perayaan yang terdapat dalam Islam. Ucap selamat tersebut mestilah diteliti impilikasinya terutama yang melibatkan hukum dan akidah.



Antaranya ialah ucap selamat Happy Durga Pooja atau Durga Pooja Greetings. Ia bermakna selamat menyambut hari kebesaran Dewi Durga. Sambutan ini adalah festival yang paling penting bagi orang-orang Hindu. Ia menandakan ketaatan dan kepatuhan kepada Dewi Durga yang dianggap sebagai Mother of the Universe. Ia disambut oleh oleh penganut agama Hindu pada hari-hari berikut:



29 Sept 2006 - Durga Pooja - Saptami

30 Sept 2006 - Durga Pooja - Mahastami

01 Okt 2006 - Durga Pooja - Navami

02 Okt 2006 - Dussehra - Vijaya Dasami



Untuk makluman tuan/puan, Durga Pooja mengikut kepercayaan penganut agama hindu adalah tuhan dewi yang mempunyai tangan yang banyak dan bersilang yang biasanya kelihatan di kuil-kuil hindu.



Antaranya lagi ialah ucap selamat Happy Deepavali atau lebih dikenali di Benua Kecil India dengan nama Happy Diwali. Deepavali atau Diwali menandakan kemenangan kebaikan mengatasi kejahatan. Ia berkaitan dengan agama hindu juga di mana mitosnya bagi penganut agama hindu di Malaysia ialah tuhan agama hindu yang bernama Krishna telah membunuh Narakasura. Lalu penganut agama hindu merayakan kemenangan ini dengan menyalakan lampu serta berpesta. Manakala mitos di Benua Kecil India pula ialah kemenangan Ramayana membunuh Ravana.



Mengikut kepercayaan hindu, sempena perayaan deepavali mereka akan menerangi rumah mereka dengan cahaya kerana dewi Lakshmi iaitu dewi kekayaan akan berkunjung ke rumah yang diterangi cahaya dan akan memberkati keluarga terbabit. Oleh itu perayaan Lakshmi Pooja akan diadakan 2 hari sebelum deepavali untuk mendapatkan rezeki dan berkat yang berganda.



Setelah meneliti ketiga-tiga perayaan tadi maka jelaslah ianya ada kaitan secara langsung dengan kepercayaan agama hindu. Seluruh kakitangan Malaysia adalah dilarang untuk mengucapkan ucap selamat kepada ketiga perayaan di atas dan lain-lain lagi yang sepertinya kerana ianya boleh menyebabkan berlakunya syirik. Budaya korporat Takaful Malaysia yang bersendikan Syariat tidak mengizinkan ianya berlaku sekalipun untuk pelanggan yang beragama hindu atau agama lain yang mana ucap selamat tadi membabitkan tuhan mereka. Ucapan Happy Durga Pooja, Happy Lakshmi Pooja dan Happy Deepavali seolah-olah mengucap selamat buat tuhan hindu yang bernama Durga, Laksmi dan Krishna. Dan ianya jelas bertentangan dengan akidah Islam.



Allah berfirman dalam surah ali-'Imran ayat 18 yang bermaksud: "Allah telah bersaksi bahawa tiada tuhan selain Dia". Dalam surah Muhammad ayat 1 Allah berfirman yang bermaksud: "Maka ketahuilah bahawa tiada tuhan selain Allah".



Bagi mereka yang telah terlanjur mengucap selamat kepada penganut hindu seperti ketiga-tiga greetings di atas maka hendaklah segera bertaubat dan tidak mengulanginya lagi pada masa-masa akan datang.



Semoga usaha kita untuk mengamalkan Syariat sebagai budaya korporat Takaful Malaysia diberkati Allah dan mencapai kejayaan yang kita harapkan.

Sekian untuk makluman. Terima kasih.


MOHD FAUZI MUSTAFFA

Shariah Dept

CEO's Office



Syarikat Takaful Malaysia Berhad (TAKAFUL MALAYSIA)

Level 10, Main Block

Dataran Kewangan Darul Takaful

No.4, Jalan Sultan Sulaiman

50000 Kuala Lumpur

_______________________________________________________________

Kemudian, patik membuka pula TheStar.com.my, dan terbaca pula berita ini :

_______________________________________________________________

kim: Sack Takaful man

PETALING JAYA: The Institute of Islamic Understanding Malaysia (Ikim) has called for the sacking of Takaful Malaysia's Syariah Department head for issuing an e-mail banning staff from wishing Hindus Happy Deepavali.

Its director-general, Dr Syed Ali Tawfik Al Attas, said Mohd Fauzi Mustaffa should be sacked because he was not fit to hold the position.

Fauzi should also repent for his arrogance in thinking that he has the knowledge on the matter,” said Dr Syed Ali in a statement to The Star's Bahasa Malaysia news portal mStar Online yesterday.

He also agreed with Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Dr Abdullah Md Zin who said on Wednesday that the ban imposed by Mohd Fauzi was his personal view and based on a narrow understanding of Islam.

In the e-mail that was sent to the staff of the Islamic insurance company, Mohd Fauzi said wishing “Happy Durga Pooja”, “Happy Lakshmi Pooja” and “Happy Deepavali” was deemed as expressing greetings to the Hindu Gods Durga, Lakshmi and Krishna, which he viewed as going against the Islamic faith.

In the e-mail dated Oct 3, Mohd Fauzi said Takaful Malaysia staff were prohibited from conveying their greetings for the three celebrations and other similar festivities because they could be deemed as blasphemous.

He also said those who had uttered such greetings to Hindus should repent immediately and not repeat them.

_____________________________________________________________


Beginilah yang jadinya apabila seorang yang jujur lagi ikhlas di dalam memperjuangkan agamanya yang semakin lama semakin ditindas.

Antara musuh seorang dai'e : Pemerintah yang zalim. Apa itu zalim? Tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Seorang manager Takaful Malaysia, bahagian syariah, mana mungkin tidak tahu akan selok-belok agamanya, kerana untuk memegang jawatan seperti itu, beliau haruslah memiliki credentials yang mencukupi, seperti ada Degree dalam Syariah dan sebagainya.

Namun, bagi seorang yang bekerja Menteri di Jabatan Perdana Menteri, beliau tidak perlu credentials sedemikian. Kalau The Boss letak dia di jawatan itu, itu adalah hak The Boss. Boleh jadi di masa hadapan, orang yang tidak tahu tentang agama Islam, secara langsung, memegang jawatan itu. Dan hari itulah antara hari yang dikira penghujung zaman. Maka, apa hak seorang yang lebih cetek ilmunya untuk memberi ulasan ataupun pendapat terhadap orang yang lebih dalam ilmunya, ataupun dibolehkan beliau memperkatakan yang sedemikian hanya kerana beliau berjawatan lebih tinggi daripada orang yang lebih berilmu itu? Begitukah? Kalau begitu tidak hairanlah kata-kata Mufti pun boleh diabaikan begitu sahaja!

Dr Syed Tawfik Al Attas mengatakan Encik Fauzi ini angkuh, kononnya, dengan pengetahuan yang beliau miliki, padahal mungkin pengetahuan itu sebenarnya cetek. Wahai Dr Syed Tawfik Al Attas, cuba anda berikan dalil-dalil beserta hujah-hujah yang kuat dan kukuh untuk membalas segala apa yang diperkatakan oleh Encik Fauzi.

Pluralisme, bukankah ini suatu cabaran umat Islam masa kini? Dan bukankah perkara-perkara sebegini terletak di dalam pluralisme. Islam tidak menghalang agama ini dianuti, malah kedatangan Islam ke bumi Madinah, tidaklah sehingga terhapus segala ajaran-ajaran yang lain. Namun begitu, tidaklah pula sehingga kita boleh memperkatakan Selamat Ini dan Itu, andaikata kata-kata tersebut boleh membawa kepada murtad!

Jangan lupa antara faktor-faktor seorang itu murtad adalah kerana kata-kata. Maka, tidakkah bahaya mengucapkan ucapan sedemikian sekiranya percakapan itu sampai ke tahap memperakukan Tuhan mereka, yang jelas salah di sisi Islam. Islam memberi laluan kepada agama lain untuk dianuti, tetapi tidaklah sampai memperakukan Tuhan mereka. Itu pluralisme namanya Tuan Dr.

"Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. "[Ali-Imraan:19]