In The Name Of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful

20061015

Diari diri 6

Bersediakah aku?

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu (mempunyai belanja serta keinginan) hendak berkahwin, hendaklah ia kahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan matanya (terhadap orang yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannya dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa, bahawa puasa itu menjadi benteng". ( Riwayat Muslim )

Akhirnya, aku melepasi salah satu daripada haluan hidupku. Bukanlah kahwin, tapi kursus pra-perkahwinan.

Pada asalnya, aku agak keberatan hendak pergi, iyelah, masih lagi keanak-anakan, seolah-olah belum sampai waktu lagi untuk ke kursus. Namun, seorang sahabatku mengajakku untuk menemaninya kerana beliau keseorangan.

Itupun aku belum memberi kata dua lagi. Cuma, ditakdirkan, semalam, ketika aku balik daripada solat Subuh di masjid, on the way nak masuk rumahku, tiba-tiba nampak sahabatku ini yang sudahpun ingin ke kursus tersebut. Kasihan melihat beliau keseorangan, lebih-lebih keadaan beliau yang demam, aku pun turut serta.

Aku pun akurkan diriku ke kursus pra-perkahwinan tersebut. 2 hari ianya berlangsung, dan secara tulus hati, pening juga kepalaku cuba menerima semua input-input, iyelah, budak tak matang lah katakan.

Namun, di akhir kursus tersebut, di dalam kereta, aku berfikir, bukankah aku sudahpun 20 tahun? Even aku sendiri kini berada di pertengahan hayatku di UTP (kalau dipanjangkan umur InsyaAllah), dan satu persoalan timbul di benak hatiku, "Am I ready?"

1 comment:

Anonymous said...

krongkrang, ready bukannye maksud physical badan ready sahaja. Think la betol2. U went to the kursus becoz kawan u yg ajak. In fact, it wasn't even ur nawaitu pun nak pergi kursus tu in the first place (or what is yours?).U pulak pity him becoz dia keseorangan. Kemudian at the end of the kursus, u terpinga2 dengan soalan whether u ready or not just becoz u are already 20 years old. Kalau u pergi kursus tu dgn niat nak teman kawan dan setakat timba ilmu supaya one day nanti u can get yourself ready takpela sikit. Actually, the thing that should be telling your mind after the kursus is "I must make sure to finish my study at utp COMPLETELY AND WITH FLYING COLORS. After that, I must get ready for the second wave, that is to secure a rewarding career with your hard-earned degree. Then finally, the third wave....kahwin" It's all that simple lah. Why the need to fastrack about are you ready to kawin?