Assalamualaikum.
Malamku ini, walaupun di sebalik kedamaian Syawal, di sebalik hujan yang baru sahaja reda, namun terpanggil diriku ini untuk berkongsi sebuah perkara yang begitu jarang sekali kita lihat. Kebetulan hari ini membuka begitu banyak webpage berita (iyelah, semalam a.k.a rabu semua mainstream news media bercuti). Lantaran itu, terbacalah page ini, dan terkejutlah hamba akan adanya, seperti mana terkejutnya seorang ibu yang melihat anaknya hampir lemas di dalam bath tub.
Arahan sertai pesta muzik tak sesuai
SAYA berpendapat pelajar Universiti Teknologi Petronas tidak sesuai diarah supaya menyertai konsert yang dinamakan ‘Music Fest 3’ di Ipoh pada 17 September lalu. Apabila saya mendapat tahu, saya amat terkejut kerana sebuah institusi pengajian tinggi yang hebat seperti universiti berkenaan sepatutnya membudayakan ilmu ke dalam jiwa pelajarnya.Saya berpendapat acara itu tidak menyumbang kepada pembentukan jati diri mahasiswa yang baik. Terus-terang saya katakan, sebagai seorang ayah yang prihatin masa depan anaknya, harapan saya apabila menghantar anak ke universiti supaya dia dibudayakan dengan budaya ilmu, bukan dibudayakan dengan aktiviti hiburan yang boleh menghala kepada gejala sosial.
Kali pertama saya menjejaki Universiti Teknologi Petronas, saya melihat kakitangan yang ada cukup mesra, baik, sopan-santun dan memuaskan hati saya agar anak saya terpelihara dengan baik apabila melanjutkan pelajarannya di universiti berkenaan.
Kegiatan yang dianjurkan itu membimbangkan hati saya, apakah benar bahawa anak saya akan dibudayakan dengan ilmu?
BAPA PRIHATIN,
MAHMOOD,
Medan Istana, Ipoh.(Sumber : http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Surat/20061025221750/Article/)
Pertama kali membacanya, terkejut juga. Namun begitu, itulah hakikatnya berada di dalam sebuah universiti yang mengamal open-university concept. Pelajar seakan-akan bebas memperagakan apa-apa sahaja, asalkan tidak melanggar undang-undang mereka yang serba tidak ketat itu. Mana tidaknya, dalam akta, perempuan tak boleh pakai skirt pendek2, yg lebih pendek dr lutut kot. Tapi, depa pakai, tak kene saman pon. Haprak aa.
Ok, sori, off-topic. It's about budaya ilmu, and budaya hedonisma. Yes, UTPians are substansially killing themselves with such musics. Yes, music is perhaps one of the key in life, or in better words, as part of enjoying ourselves.
But, then again, too much enjoyment kills, as too much morphine taken by a soldier finally made the soldier died. It is a simple analogy.
Finally, there are some parents who are aware of such behaviours of their children. To anyone yang terase, sorry to say, but in this point, I am with this Bapa Prihatin. That's all. Thank you. Wassalam.
[Diz post was taken from my friendster blog, dated 26 Oct 2006]