In The Name Of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful

20060825

Terbaru Dalam Isu Murtad

asSalamualaikum.
Semalam penulis berasa lega di apabila membaca transkrip berita di laman web TV3. Antara berita yang penting diutarakan di sana ialah isu Lina Joy, di mana Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdullah memberitahu bahawa keputusan kes masih lagi belum dibuat, dan segala sms yang diterima oleh rakyat Malaysia sebelum ini adalah sms palsu yang bertujuan untuk menjatuhkan semangat keIslamana di negara Malaysia tanah airku yang tercinta ini.
Begitu juga penulis lega rasanya apabila membaca petikan dari Harakahdaily.net sebentar tadi
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Hrkh) - Pelbagai pihak berasa lega dan amat mengalu-alu jaminan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdullah bahawa Mahkamah Sivil tidak boleh mencampuri urusan Mahkamah Syariah.
Alhamdulillah, itulah 'statement' yang ingin kita, rakyat Melayu yang 70% mengaku bahawa Islam 1st, Malay 2nd, dengar daripada wakil 'kita' sendiri di dalam sektor perundangan.
Walaupun pada hakikatnya sistem perundangan Malaysia tidaklah boleh dikira Islamik, kerana adanya undang-undang sekular di dalamnya, namun alhamdulillah, apabila urusan Mahkamah Syariah tidak boleh dicampuri Mahkamah Sivil , jelas sekali menunjukkan undang-undang Islam itu masih lagi relevan dan boleh digunapakai di dalam sektor perundangan Malaysia, sesuai dengan perintah Allah s.w.t :
"Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka"[Al-Maa'idah:49]
Beliau juga berkata bidang kuasa Mahkamah Syariah perlu ditingkatkan contohnya dalam kes murtad mahkamah hanya berkuasa menghukum seseorang itu kepada hukuman maksimum iaitu enam bulan penjara atau denda RM2,000 atau sebat enam kali.

Katanya sepatutnya kes jenayah syariah seperti murtad melibatkan hukuman yang lebih besar malah boleh dihukum sampai ke peringkat hukuman bunuh.
Statement Tun Ahmad Fairuz sememangnya tepat, dari aspek seorang Muslim dan seorang Mukmin di mana Rasulullah s.a.w bersabda :
"Barangsiapa yang menukarkan agamanya, maka hendaklah kamu membunuhnya"[Riwayat An-Nasaai']
Apa yang diharap ialah agar selepas ini, kuasa Mahkamah Syariah dapat ditingkatkan, dan diperbaharui, kerana di dalam kita mengorak langkah menjejaki alaf 2020, hanya undang-undang Islam yang dapat mengikatkan aqidah kita pada yang satu, kerana tanpa adanya undang-undang Islam, mungkin suatu hari nanti benda yang lebih teruk dan dasyhat akan berlaku daripada apa yang kita lihat sekarang ini, seperti isu Lina Joy dan sebagainya.

No comments: