In The Name Of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful

20060831

Lagi Merdeka

Lagi tentang isu merdeka. Memang tepat sekali fikiran penulis apabila memikirkan anak muda sekarang yang memikirkan apabila tibanya hari kemerdekaan, bermakna mereka 'merdeka' , terlalu merdeka untuk berbuat apa-apa. Petikan di bawah cukup dasyhat, untuk menerangkan tentang keadaan malam semalam ketika detik menghampiri 31 Ogos 2006, berdekatan dengan Masjid As-Syakirin, Menara Berkembar PETRONAS.

Konsert hiburan diadakan semata-mata untuk memberi santapan 'rohani' anak muda kota supaya lupakan sejenak kisah kerja atau keluarga kerana yang penting 'kebebasan' sempena Malam Kemerdekaan.

Di tengah-tengah asyik Mawi mendendangkan lagu, di hujung padang konsert terdapat pasangan yang bercumbu ada yang sambil memangku dan ada yang berbaring.

Semuanya dirasakan 'halal', maksiat atau 'botol air neraka' tidak lagi nampak dosanya kerana merdeka membenarkan segalanya mengikut tafsiran buta mereka.

Lebih menyedihkan ada juga yang berani berpelukan di tepi-tepi tangga masjid sedangkan dalam masa yang sama satu program kerohanian sedang dijalankan oleh sekumpulan manusia yang memohon keberkatan Allah meneruskan nikmat merdeka.
Merdekanya mereka, yang haram juga boleh jadi halal. Namun, anak-anak muda ini tidak berhenti di situ sahaja.

Di celah kelekaan itu muncul sekumpulan anak muda yang dipimpin oleh Naib Ketua Pemuda PAS, Mazlan Aliman untuk mengedar risalah kesedaran tentang gejala murtad dan masalah sosial serta penghayatan merdeka menurut Islam.

Menurutnya, sejumlah 50,000 risalah berjaya diedarkan, dan Pemuda PAS tidak bersendirian dalam mengedarkan risalah dakwah itu.

...

Namun, anak-anak muda Kuala Lumpur masih segar menghirup 'kebebasan maksima' di tengah-tengah suram lampu-lampu taman di sekitar KLCC, Taman Tasik Titiwangsa dan dibeberapa lokasi lain di Kuala Lumpur.

Yang tertiarap bersama hembusan 'air syaitan' mula bercakap merapu dan berjalan terhoyong hayang, sementara yang bercumbu terus asyik dibelai 'kisah cinta malam merdeka'.

Ada yang berpelukan hingga lupa 'sijil nikah' tidak pernah dipohon, sementara ada yang sekadar main mata, duduk berdua sambil berseloka kisah 'uda dan dara' kota yang lupa ibu bapa serta asal-usulnya.

Hampir tiga jam aktivis-aktivis Pemuda PAS berada di Taman Tasik Titiwangsa.Segala macam rupa bentuk manusia ditemui.Seketika rombongan pemuda bertemu dengan sekumpulan anak muda yang dalam lingkungan 10 hingga 16 tahun asyik mengayuh basikal membawa bendera Malaysia.

Operasi cegah maksiat diteruskan hingga jam 3.35 pagi dan akhirnya di pagi yang penuh 'kebebasan' bagi warga kota itu rombongan Pemuda PAS bertemu dengan beberapa pasangan 'tegar' yang bercumbu tetapi tidak mahu diganggu.
Begitulah senario anak-anak muda, yang satu hari nanti bakal menjadi pemimpin masyarakat. Begitulah betapa hebatnya pihak barat yang telah menjajah minda anak muda sehingga mereka merasakan mereka bebas, padahal pada hakikatnya perilaku mereka merupakan satu tanda kejayaan brainwash project oleh pihak Barat yang ingin merosakkan adat ketimuran dan nilai-nilai keIslaman dalam diri anak muda.

Masa penulis masih lagi kecil, muda, perkara ini tidaklah seteruk ini. Mungkin ya, memang pada natjiahnya ada perkara sebegini, tetapi bukannya anak muda yang berusia 10-16 tahun. 10 tahun, tidakkah muda dan masih tidak matang untuk anak muda sebegitu berpeleseran tengah-tengah malam buta. Tidak tahulah jikalau si ayah dan si ibu tidak kisah dengan anak mereka, ataupun worst situation, di mana kesombongan anak itu terlampau tinggi sehingga tidak dapat diperbetulkan lagi dengna kayu, dengan rotan, si ayah tidak mampu mengubah anaknya dengan tangan, si ibu tidak mampu mengubah anaknya dengan lidah, menjadikan rosak anak itu, hanyut dengan hiburan melampau.

Pihak jabatan agama? Ke mana pergi golongan ini? Semasa Mufti Perak giat perkatakan tentang isu murtad, JAKIM bangkit dan berbincang tentang kesahihan fakta jumlah orang murtad di Malaysia. Tanggal 31 Ogos, mana mereka pergi?

Menurutnya, sejumlah 50,000 risalah berjaya diedarkan, dan Pemuda PAS tidak bersendirian dalam mengedarkan risalah dakwah itu.

Sebaliknya Pemuda PAS ditemani sekumpulan anak muda dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta beberapa NGO islam lain yang turut mengedar risalah dakwah yang hampir serupa, katanya.

"Saya pelik, dalam pada kita (Pemuda PAS) membuat operasi ini, kelibat penguatkuasa agama Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) lansung tidak dilihat.Apa mereka buat tatkala anak muda mabuk asmara bercumbu tanpa melihat batas agama," katanya sambil mempertikai peranan Jawi menyelesaikan masalah sosial di Kuala Lumpur.
Mungkin yang perlu diubah sekarang ini bukannya anak muda, tetapi pihak berkuasa?

Merdeka


Merdeka! Merdeka !! Merdeka !!! Laungan anak muda masa kini. Kemudian, mereka berpesta, mereka berdansa, lupa diri, mabuk, dan waLlahua'lam Allah s.w.t sahajalah yang tahu. Mungkin bukan semua anak muda, tapi segelintir, dan disebabkan segelintir inilah rosak anak muda seluruhnya.

Namun begitu, tajuk kemerdekaan menjadi satu topik, yang agak berat, dewasa ini. Disebabkan oleh 'contempt of charges against court' dan sebagainya, nampak sangatlah tidak ada pun konsep kemerdekaan dalam negara kita.

Contoh, negara kita, konon-kononnya membenarkan seseorang berkata apa-apa sahaja. Tapi, di dalam konsitusi yang sama, Konsitusi Malaysia, sudahpun bertulis tentang Parlimen boleh menggunakan undang-undang bagi menghalang atau menghukum mana-mana individu yang berkata sehingga kata-katanya boleh memberi impak buruk pada Parlimen. Eik? Ingat bebas, tidak bebas juga rupanya.

Begitulah hukum yang dibina berlandaskan akal, ditulis dan digubal oleh seorang penjajah Barat bernama Lord Reid. Disebabkan penjajah ini, maka segala hukum dan perundangan Islam terbatal dengan automatiknya di tanah air kita, seperti yang termaktub di dalam Artikel (4).

Ada satu sabda Rasulullah s.a.w yang penulis tidak ingat akan perawinya, yang berbunyi "Untaian-Untaian Islam itu akan putus, akan putus, apabila putus satu untaian maka umat Islam akan berpaut pada untaian yang lain, untaian pertama yang akan putus ialah hukum, dan untaian terakhir yang akan putus ialah solat".

Kesannya begitu ternampak di muka bumi Malaysia yang tercinta ini. Berapa ramai orang yang mengaku diri mereka Islam, tidak pernah meninggalkan solat? Berapa ramai masyarakat Islam Malaysia, yang pernah meninggalkan solat secara sengaja? Lontaran pemikiran yang penulis rasakan cukup memakan diri kita semua. Jangankan solat berjemaah, solat secara individu pun masih ada yang tinggalkan, seolah-olah cukup dengan mengatakan "Aku seorang Islam", padahal solat 5 waktu itu merupakan antara rukun Islam. Andaikata rukun Islam tidak ditegakkan, mana mungkin individu itu dikira seorang Islam ataupun Muslim.

Merdekanya kita hari ini sehinggakan ustaz-ustaz boleh ditegur, bahkan ditegur secara kasar, secara terbuka, dan hatta sampai ke suatu tahap ustaz itu boleh diperkecil-kecilkan lagi. Tidak perlu untuk penulis pergi jauh, cukup sekadar memberi ulasan kecil tentang Jom Heboh, ataupun Sure Heboh, dan yang sewaktu dengannya. Ke mana perginya fatwa Ustaz Harussani beserta dalil-dalilnya? Ke meja Perdana Menteri, ataupun ke tong sampah? Begitulah analogi yang ingin penulis bawa di sini, sehinggakan fatwa seorang ustaz boleh diperlekehkan.


Merdekanya kita hari ini apabila seorang pemimpin, yang dahulunya pucuk pimpinan tertinggi, kini seolah-olah ditembak, seakan-akan dipancung, apabila beliau muncul kembali di arena yang pernah beliau ceburi suatu ketika dahulu, hanya kerana ingin memberi sepatah dua kata, serta menginginkan beberapa jawapan daripada orang-orang tertentu tentang hal-hal tertentu. Itulah hakikatnya apabila Tun Dr. Mahathir dicemuh, dikutuk kerana ingin bertanding untuk ke perwakilan UMNO akan datang. Dato' Seri Hishamuddin Hussein Onn, antara orang yang paling kuat menangisi pemergian Tun Dr. Mahathir suatu ketika dahulu, kini merupakan antara bacul pertama yang mengkritik kedatangan Tun Dr. Mahathir. Retorik sungguh.

Merdekanya kita hari ini, apabila suatu acara yang suci, yang baik, cuba untuk dibatalkan, cuba untuk ditiadakan, hanya gara-gara pengacara majlis tersebut merupakan kumpulan yang dibenci oleh pihak berkuasa. Hebat sungguh mereka ini apabila BPPNS cuba disekat untuk mengadakan Karnival Kemerdekaan di Negeri Sembilan. Hanya kerana mereka membawa nama sebuah parti yang tidak disukai pihak berkuasa, banyak taktik-taktik keji dikeluarkan. Antaranya penarikan balik permit pada saat-saat terakhir. Hmm, tak faham betul dengan mereka ini, bayang-bayang sendiri pun takut juga?

Merdekanya kita hari ini, sehinggakan nak murtad pun sudah boleh, hanya pergi ke badan-badan Kristianisasi yang menentang Islam secara terbuka, dan anda akan dibantu oleh mereka. Merdeka sampaikan tiada batasan yang boleh membataskan kita, asalkan kita suka. Kalau kita tidak suka, barulah kita tolak. Ingatlah, sesungguhnya, merdeka mana pun kita, kita tetap milik Allah s.w.t , sepertimana Allah s.w.t berfirman :

"Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah kepadaku"[Adz-Dzariyaat:56]

Ayat yang cukup mudah diinterpretasi oleh kita, tentang sehingga mana batasan kemerdekaan itu. Adakah kemerdekaan itu beerti kita bebas melakukan apa-apa, tanpa suatu bentuk batasan sekalipun? Bolehkah sebatang pensel tidak mengeluarkan apa-apa hasil pun apabila digunakan untuk menulis di atas kertas, sedangkan isi ataupun karbon pensil itu masih ada? Cukuplah dengan analogi-analogi ini, wahai manusia, insaflah...

Juga 31 Ogos

Namun begitu, di saat kita memperingati 31 Ogos sebagai tarikh kemerdekaan yang membuatkan kita insaf, ada satu lagi perkara penting yang berlaku pada 31 Ogos, atau lebih tepat, 31 Ogos 1876. Itulah tarikhnya apabila Sultan Abdul Hamid II menaiki takhta, tampuk pemerintahan Empayar ataupun Khilafah Uthmaniyyah.

Siapa Sultan Abdul Hamid II ini? Beliau, sepertimana Sultan-Sultan yang lain, begitu terkenal sebagai penyair dengan bait-bait syairnya yang hebat. Beliau jugalah yang merupakan Sultan terakhir dalam dinasti Empayar Uthmaniyyah, sebelum berlakunya Revolusi Turki Muda, yang menjadi punca kepada runtuhnya Khilafah Uthmaniyyah seterusnya membuatkan umat Islam serata dunia terkejut dan berada dalam keadaan yang cukup gelap buat beberapa ketika, sehinggalah munculnya gerakan-gerakan yang ingin membawa manusia kembali kepada Islam, seperti Ikhwanul Muslimin, Hizbut Tahrir dan sebagainya.

Namun begitu, ada satu ungkapan ayat yang menarik perhatian bagi sesiapa yang mendengarnya. Pada suatu ketika, datang seorang Yahudi bernama Theodor Hertzl menghadap Sultan, membuat tawaran demi tawaran untuk mendapatkan umi Palestin. Namun, jawapan Sultan Abdul Hamid II amat ringkas dan gagah, " Aku tidak akan memberi seinci pun daripada Palestin kepada kamu, kerana Palestin ini bukan milikku untuk diberikan kepada kamu, tetapi milik seluruh umat Islam". Begitulah seharusnya ketegasan terhadap umat Kuffar seperti maan Allah s.w.t berfirman :

"... mereka berkasih-kasih dengan orang mukimin, dan mereka bertegas terhadap orang kafir..."[Al-Maaidah:54]


20060829

Gajah, Sensitif?


Hai, Tak Mahu Pandang Sebelah?
Gambar ini diambil daripada Agendadaily.com. Menarik, kan? Bukan yang di sebelah kanan, tapi di sebelah kiri. Hmm, ada dua orang di sana, masing-masing memakai songkok. Apa yang peliknya, mereka berdua bermasam muka, dan memandang pada arah yang berlainan, seperti adanya bibit-bibit permusuhan di situ, konon-kononnya wujud dinding halimunan yang memisahkan mereka.
Itulah hakikat yang berlaku di dalam sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai UMNO. Di dalamnya penuh dengan api-api permusuhan, semuanya gara-gara pangkat, kuasa. Hal ini pernah dibentangkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, maka tidak wajarlah di sini untuk penulis memperjelaskan lagi tentang hal-hal ini.
Penulis terkejut apabila membaca forum KampusNegara.net, adanya satu topik baru "Dr M dapat pencalonan terbanyak" . Tidak ditulis pula sumbernya. Namun, pada hasrat penulis, perkara sebegini sudah cukup untuk membuktikan betapa Dr Mahathir, walaupun terkenal dengan sikapnya yang mungkin GK, masih lagi ada dalam hati rakyat, kerana rakyat tahu, berbanding dengan Pak Lah, Dr. M is a way better person. Pemimpin yang mampu bersuara lebih dipercayai berbanding pemimpin yang tidak habis-habis mengharapkan bantuan orang lain untuk menjawab soalan-soalan yang mampu dijawabnya sendiri.
Namun begitu, timbul pula satu kekeliruan baru. Mesyuarat perwakilan tersebut akan dipengerusikan sendiri oleh Datuk Seri Mahadzir Khalid, seorang orang kuat Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Mungkinkah pencalonan Tun Dr.M akan ditolak? Segala-galanya mungkin.


Media Massa

Lewat ini begitu ramai yang menceritakan tentang persandingan Datuk K, ataupun Datuk Khalid M. Jiwa dan Siti Nurhaliza. Kalau tidakpun, masyarakat umumnya akan berceloteh tentang Ina dan Mawi. Impaknya, ramai blogger berfikrah marah, terkejut, terkesima, terkedu, melihat aksi masyarakat sedemikian, dan mereka semua menuding jari pada satu sumber yang sama, "TiVi".
Hatta seorang sahabat saya sendiri menulis tentang Mass Media. Bukan sahabat, tetapi sahabat-sahabat saya. Rata-rata mereka kesal melihat Mainstream Media ataupun arus media perdana, secara spesifiknya RTM, ASTRO dan TV3 menayangkan benda yang dianggap picisan pada minda mereka.
Secara jujurnya, saya juga bukanlah peminat setia berita-berita 'panas' seperti ini, yang datang sekejap sahaja, kemudian pergi ibarat burung layang-layang yang sentiasa terbang ke seluruh pelusuk bumi ciptaan Allah yang Maha Agung, Maha Hebat. Namun, saya tidak menafikan tentang kelaziman manusia, akan perkara-perkara seperti ini.
Apa yang perlu dikatakan lagi, rakyat Malaysia lazimnya masih lagi terkapai-kapai dengan hiburan melampau, ataupun hedonisma, sehinggakan fatwa Mufti Perak boleh diperlekehkan. Apabila Mufti Perak memberitahu tentang jumlah golongan murtad di Malaysia yang berlambak, 40'000 orang kalau tidak silap saya, pihak JAKIM membincang dan mempersoalkan tentang jumlah, kuantiti masyarakat murtad di Malaysia, bukannya langkah-langkah pencegahan.
Rakyat Malaysia pula, "Oh, iye ke? Betulkah?" Hanya mampu bersuara begitu, tanpa adanya sensitiviti tentang masyakarat Islam Melayu yang semakin hilang identiti. Apabila hendak memperkatakan tentang hal-hal murtad, kita dicemuh dan diberitahu agar tidak membincangkan benda sensitif, walhal perkara picisan seperti Datuk K dan Siti Nurhaliza pula dibenarkan dibincang di dalam mesyuarat, warung kopi dan sebagainya. Itukah yang dimaksudkan dengan sensitif? Sensitif sehingga menghilangkan rasa sensitiviti akan agama sendiri.
Namun, apa nak dikata, kalau sudah Melayu, maka MeLayulah mereka...
p/s: Minta maaf kerana jarang memberi pandangan di blog ini, penulis tidak dapat membahagikan masa dengan betul baru-baru ini, banyak perkara yang terpaksa dilakukan, banyak kerja terpaksa disiapkan. Maaf, maaf, dan maaf.

20060825

Terbaru Dalam Isu Murtad

asSalamualaikum.
Semalam penulis berasa lega di apabila membaca transkrip berita di laman web TV3. Antara berita yang penting diutarakan di sana ialah isu Lina Joy, di mana Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdullah memberitahu bahawa keputusan kes masih lagi belum dibuat, dan segala sms yang diterima oleh rakyat Malaysia sebelum ini adalah sms palsu yang bertujuan untuk menjatuhkan semangat keIslamana di negara Malaysia tanah airku yang tercinta ini.
Begitu juga penulis lega rasanya apabila membaca petikan dari Harakahdaily.net sebentar tadi
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Hrkh) - Pelbagai pihak berasa lega dan amat mengalu-alu jaminan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdullah bahawa Mahkamah Sivil tidak boleh mencampuri urusan Mahkamah Syariah.
Alhamdulillah, itulah 'statement' yang ingin kita, rakyat Melayu yang 70% mengaku bahawa Islam 1st, Malay 2nd, dengar daripada wakil 'kita' sendiri di dalam sektor perundangan.
Walaupun pada hakikatnya sistem perundangan Malaysia tidaklah boleh dikira Islamik, kerana adanya undang-undang sekular di dalamnya, namun alhamdulillah, apabila urusan Mahkamah Syariah tidak boleh dicampuri Mahkamah Sivil , jelas sekali menunjukkan undang-undang Islam itu masih lagi relevan dan boleh digunapakai di dalam sektor perundangan Malaysia, sesuai dengan perintah Allah s.w.t :
"Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka"[Al-Maa'idah:49]
Beliau juga berkata bidang kuasa Mahkamah Syariah perlu ditingkatkan contohnya dalam kes murtad mahkamah hanya berkuasa menghukum seseorang itu kepada hukuman maksimum iaitu enam bulan penjara atau denda RM2,000 atau sebat enam kali.

Katanya sepatutnya kes jenayah syariah seperti murtad melibatkan hukuman yang lebih besar malah boleh dihukum sampai ke peringkat hukuman bunuh.
Statement Tun Ahmad Fairuz sememangnya tepat, dari aspek seorang Muslim dan seorang Mukmin di mana Rasulullah s.a.w bersabda :
"Barangsiapa yang menukarkan agamanya, maka hendaklah kamu membunuhnya"[Riwayat An-Nasaai']
Apa yang diharap ialah agar selepas ini, kuasa Mahkamah Syariah dapat ditingkatkan, dan diperbaharui, kerana di dalam kita mengorak langkah menjejaki alaf 2020, hanya undang-undang Islam yang dapat mengikatkan aqidah kita pada yang satu, kerana tanpa adanya undang-undang Islam, mungkin suatu hari nanti benda yang lebih teruk dan dasyhat akan berlaku daripada apa yang kita lihat sekarang ini, seperti isu Lina Joy dan sebagainya.

Figura Yang Tercalar

asSalamualaikum.

Panggung Sari. Boleh memuatkan ribuan penonton drama, teater, teater musikal, dan pelbagai jenis persembahan lain. Namun begitu, skop post kali ini adalah lebih kepada drama.

Drama yang ingin dibahaskan di sini bukanlah drama Puteri Gunung Ledang The Musical, ataupun Siti Zubaidah, mahupun Suzana@60. Pementasan-pementasan berupa begitu sememangnya layak dipersembahkan, dipertengokkan, diperlihatkan, dipermainkan di Panggung Sari yang begitu hebat sehingga mempunyai 4 'stage' yang boleh digerakkan, akan tetapi Panggung Sari yang ingin diperkatakan di sini ialah sebuah pentas yang lebih hebat daripada Panggung Sari itu sendiri (dalam erti kata lain, Panggung Sari yang terdapat di Istana Budaya). Pentas 'Panggung Sari' yang dimaksudkan di sini ialah Malaysia Tanah Airku. Drama yang ingin dipentaskan di sini ialah "Dr.M, figura yang tercalar".

Scene 1

Mengapakah Tun Salleh Abbas mengambil masa lebih daripada 10 tahun, malah mengambil kira-kira 18 tahun, untuk akhirnya kembali bersuara, sejak jawatannya disuspendkan. Tahun 1988, merupakan tahun yang digelar oleh Tun Salleh Abbas sebagai "Golden Era of the Malaysian judiciary". Tahun tersebut juga merupakan salah satu tahun kegelapan UMNO, di mana parti UMNO diharamkan. 2 tahun sebelum itu, merupakan tahun yang dikatakan menjadi punca krisis 1988. Pada September 1986, kerajaan Malaysia ketika itu telah mengharamkan Asian Wall Street Journal dan telah mengarahkan 48-hours expulsion pada 2 orang jurnalis Asian Wall Street Journal. Hal tersebut, bagaimanapun tidak diterima oleh pihak Asian Wall Street Journal. Maka mereka membawa hal ini kepada undang-undang dan menenangi kes tersebut di dalam prosiding makhamah.

Namun begitu, mereka akhirnya collapsed apabila Tun Salleh Abbas beserta 5 orang hakim yang lain di'suspend' jawatan (beserta 2 orang sahabatnya yang di'dismissed') dan mereka senyap. Bukan sahaja mereka, malah kesemua yang berada di dalam Malaysian Bar tidak mampu berkata-kata, hanya sekadar menggangguk secara paksa. Hanya kini baru mereka bersuara. Itu pun selepas berlaku 'kekecohan' yang 'kononnya' ditimbulkan oleh Tun Dr. Mahathir. Mungkinkah ini hanya senjata semata-mata untuk 'menembak' Tun Dr. Mahathir secara open ?

Scene 2

Scene 2 berubah kembali ke zaman 90an, di mana ketika itu ekonomi Malaysia boleh dikatakan mengalami 'boom' yang hebat. Arakian pada zaman itu wujudlah seorang insan bernama Tajuddin Ramli, seorang businessman. Apa yang menjadi simboliknya sehingga watak beliau dimainkan di dalam scene ini adalah kerana beliau merupakan insan yang dipaksa membeli Malaysia Airlines, biarpun terpaksa berhutang dahulu dan sebagainya. Sebagai penawar ubat luka hati yang berdarah memikirkan bahaya membeli Malaysia Airlines, beliau telah didatangi oleh insan lain bernama Dato'Seri Dr. Mahathir Mohammad yang mengingatkan beliau bahawa kerja ini adalah satu kepentingan negara, menolong menjayakan aktiviti ini beerti sayang pada negara sendiri. Dan beliau ambil keputusan untuk membeli Malaysia Airlines. Dijanjikan juga yang Malaysia Airlines ini menguntungkan. Sesiapa yang membeli sahamnya akan mendapat pulangan balik yang lumayan.

Namun begitu, akhirnya semuanya menjadi sia-sia. Dapat Soros umpama badai menghancurkan segala-galanya. Negara menghadapi krisis mata wang. Tan Sri Tajuddin Ramli kiok. Malaysia Airlines tidak dapat diselamatkan. Tan Sri Tajuddin Ramli yang meminjam duit pada Danaharta, terpaksa mereleasekan 'anak emas'nya, Malaysia Airlines untuk melangsaikan hutang. Tak cukup dengan itu, Tan Sri Tajuddin Ramli kene bayar balik pampasan peminjaman duit daripada Danaharta ketika membeli Malaysia Airlines.

Beliau angguk. Beliau menjadi pak turut. Namun begitu, tiba-tiba, setelah beberapa tahun, beliau menentang. Apabila ingin disaman oleh pihak Danaharta, beliau bertindak membuat counter-saman kepada pihak Danaharta dan beberapa pihak lain, termasuk kerajaan sendiri, dan menyalahkan Dr. M di atas segalanya. Dulu tak kecoh pun, tiba-tiba sahaja berkokok, selepas Dr. M mulai giat aktif di dalam politik Melayu kembali.

Scene 3
Timeline = Waktu sekarang. Lokasi = Mesyuarat Agung UMNO. Perbincangan yang hebat, perdebatan yang rancak. Jarang-jarang sekali hal ini berlaku, kerana satu isu baru telah muncul, isu Dr. Mahathir yang secara 'terang-terangan' memberi komen terbuka kepada pemerintahan Pak Lah. Lantas mereka mengadakan meeting, pertemuan setiap ahli Majlis Tertinggi UMNO, untuk menghadapi masalah ini. Kemudian, di kaca TV, muncul pula kenyataan Dato' Seri Nazri Aziz yang membantah akan kenyataan Tun Dr. Mahathir, dan juga mengapi-apikan perkara tersebut, menge'flame' Tun Dr. Mahathir di atas kenyataannya.
Scene 4
Masa lampau diimbas kembali, ketika satu perhimpunan agung UMNO. Tidak semena-mena, di sebalik hujah-hujah yang bertimbun di dalam perhimpunan, Dato' Seri Dr. Mahathir mengumumkan yang beliau akan meletakkan jawatan. Satu dewan terkejut, terkesima. Satu dewan menangis. Semuanya menangisi akan pemergian seorang tokoh yang hebat. A great leader is going to leave. Semuanya tidak mampu menahan air mata lagi. Berderu-deru air mata kelihatan di pipi para perwakilan. Namun, tangisan itu tidak akan dapat merubah apa-apa. Yang tetap, sudahpun tetap. Pemergian tetap pemergian. Thank you Dato' Seri Dr. Mahathir.
Scene 5
Berbalik pada zaman sekarang. Tun Dr. Mahathir sudah merasa tidak senang melihat Khairy Jamaluddin. Tun Dr Mahathir sudah tidak selesa melihat kepincangan demi kepincangan di dalam urusan kerajaan. Sesuatu perlu dilakukan. Ceramah! Ya. Ceramah! Maka al-kisahnya, Tun Dr. mengadakan ceramah, forum perdana, public lecture, di sana dan di sini. Namun, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak berganjak. Jawapannya masih sama. Tun Dr. tidak boleh tahan lagi, ceramahnya di sini disekat, ceramahnya di sana dibatalkan, beliau terpaksa membuat satu resolusi baru. Bertanding!

20060824

Dilema Melayu

asSalamualaikum.

Malaysia-Today.net semalam bergegar lagi dengan transkrip daripada Tun Dr. Mahathir tentang masyarakat Melayu yang mundur. (Baca Link : New Malay Dilemma)

Jujurnya, saya rasa tercabar. Saya yakin anda juga berasa tercabar. Siapa yang tidak tercabar, apabila hal perkauman dibangkitkan, jika hal perpuakan diutarakan. Namun begitu, saya sarankan kepada anda semua, baca dahulu post itu sebelum membuat ulasan sendiri.

The Malays are among the few people whose race is legally defined. Thus, the Malaysian Constitution states that a Malay is one who habitually speaks Malay, professes the religion of Islam and practises Malay customs.

There is nothing said about the definitive culture of the Malays. It follows that changes in culture do not make a Malay person a non-Malay.

Culture is made up largely of the value systems accepted, even if not actually practiced by a people or a race. Observations have shown that the culture of a people determines whether they are successful or they fail...

Europeans, Asians, Africans and American Indians can all be successful and can all fail. It is, therefore, not the race or ethnicity which determines success. It is the culture.

When I wrote The Malay Dilemma in the late 60s, I had assumed that all the Malays lacked the opportunities to develop and become successful.
They lacked opportunities for educating themselves, opportunities to earn enough to go into business, opportunities to train in the required vocation, opportunities to obtain the necessary funding, licences and premises.

If these opportunities could be made available to them, then they would succeed...

.... But today, the attitude has changed. Getting scholarships and places in the universities at home and abroad is considered a matter of right and is not valued any more.

Indeed, those who get these educational opportunities for some unknown reason seem to dislike the very people who created these opportunities.

Worse still, they don't seem to appreciate the opportunities that they get.

They become more interested in other things, politics in particular, to the detriment of their studies.

In business, the vast majority regarded the opportunities given them as something to be exploited for the quickest return...

They learn nothing about business and become even less capable at doing business and earning an income from their activities.

They become mere sleeping partners and at times not even that. Having sold, they no longer have anything to do with the business. They would go to the government for more licences, permits, shares, etc...


Isu biasiswa? Biasiswa yang bias? Mungkin. Mungkin tidak. Anda perlu ingat, yang 'score' di dalam PMR, SPM, bukannya sedikit, tetapi ramai. Ramai. Ramai. Begitu ramai sehinggakan susah untuk menyediakan tempat yang ingin bakal siswa/siswi tersebut melanjutkan pengajiannya di gedung ilmu serata Malaysia.

Mahasiswa berpolitik? Mungkin ada betulnya di situ. Mungkin tidak.Salahkah mahasiswa berpolitik? Adakah anda menyalahkan mahasiswa berpolitik, gara-gara kerana mahasiswa merupakan antara turnout paling ramai ketika demonstrasi menentang anda, back then when you were still the Premier. Well, mungkin anda juga lupa, anda merupakan antara frontliner terhebat ketika anda belum mendapat gelaran Dr. di zaman kampus dahulu.

Melayu mundur dari segi ekonomi? Well, yang ini berkemungkinan besar. Memang kebanyakan syarikat di serata Malaysia (terutamanya syarikat-syarikat yang besar) kebanyakannya dimiliki oleh kaum lain, selain daripada Melayu. Kita ada Syed Mokhtar Bukhary, kita ada Azman Aziz, namun itu mereka hanyalah figura-figura yang mewakili kita sahaja. Bagaimana pula dengan sektor pertengahan. Bukan kita yang menguasainya, akan tetapi kaum lain.

.... Why has this thing happened? The answer lies in the culture of the Malays. They are laid-back and prone to take the easy way out. And the easy way out is to sell off whatever they get and ask for more. This is their culture.

Working hard, taking risks and being patient is not a part of their culture. It should be remembered that in the past the Malays were not prepared to take up the jobs created by the colonial powers in their effort to exploit the country.

Because the Malays were not prepared to work in rubber estates and the mines, the Indians and Chinese were brought in. At one time, the migrants outnumbered the Malays.

Had they continued to outnumber the Malays, independent Malaya would be like independent Singapore.

But the Malays have apparently learnt nothing from the near loss of their country in the past.

Today, they are still unwilling to work and foreign workers are again flooding the country. And because they are not equipping themselves with the necessary education and skills, they have continued to depend on others.

Their political dominance will protect them for a time. But that dominance is fading very fast as they quarrel among themselves and break up into small ineffective groups. Their numerical superiority means less today than at the time of Independence...


Mungkin ada betulnya di sana. Melayu mudah lupa. Dihiasi dengan tanah-tanah rizab, dibayangi dengan bantuan kerajaan, dikaburi dengan banyak lagi perkara lain yang menjadi satu kelebihan buat kaum Bumiputera yang bernama Melayu, kaum ini makin lama makin lupa akan asal-usul, lebih-lebih lagi apabila dipengaruhi dengan budaya-budaya dari Barat yang menjadi-jadi. Dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh pihak British pada satu ketika dahulu memberi impak yang cukup besar, sehinggakan ke hari ini, di mana kita nampak remaja-remaja yang berstatuskan Melayu kebanyakannya kerja di sebagai kerani, sebagai 'office-boy' dan diselia, diketuai oleh kaum lain.

Tidak salah sekiranya bekerja sedemikian, tapi yang menjadi masalah adalah apabila tiadanya sikap ingin berjaya dan menjadi orang tertinggi ditanam, disemai di dalam hati orang-orang seperti ini, sedangkan kaum lain berusaha sedaya-upaya mereka, belajar di institusi pengajian tinggi, walaupun terpaksa bergadai harta yang banyak, semata-mata agar mereka dapat berjaya di bidang masing-masing dengan memegang jawatan-jawatan yang tinggi. Kaum bernama Melayu tidak begini. Mungkin ada, tapi tidak ramai. Yang lainnya sekadar sama ada hangat-hangat tahi ayam, ataupun malas dan sekadar berkata "Cukuplah ini, kerja ini sudah cukup bagiku". Mana perginya azam yang dibina di sekolah, tadika, taska, taski. Dahulu ketika kecil kesemuanya mengatakan ingin menjadi ini, itu, ingin merasa hebat, superior, namun hakikatnya apabila mereka semakin dewasa, dipengaruhi dengan sikap berlengah-lengah, malas, budaya hedonisma yang menjadi-jadi, azam mereka itu kian luntur dan akhirnya hilang begitu sahaja.

Mungkin cukup sekadar itu, sebagai lontaran idea, penghasilan hujah, agar satu anjakan paradigma dapat dibina, dapat dicapai oleh suatu kaum bernama Melayu yang dahulunya begitu hebat sehinggakan dirasai kuasanya baik di Timur mahupun di Barat, dan kini hanyalah seperti ayam yang berkokok, kononnya hebat, tapi kalau dilastik terus senyap.




20060804

Up Again

asSalamualaikum...

buat sekian lama blog ini menyepi...

bukannya penulis menghilangkan diri, atau lesap di dalam bayangan umat manusia akhir zaman, tapi penulis telah memberi komitmen pada blog yang lain sebelum ini buat sementara waktu... insyaAllah kali ini blog ini akan mula diisi oleh berita-berita terkini, baru, tazkirah-tazkirah yang sesuai untuk semua pembaca, dan apa-apa artikel yang dirasakan perlu dibawa.

WaLlahua'lam