In The Name Of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful

20070420

_____________________

Bas, lori kini boleh guna gas asli

BATU CAVES 19 April – Pengusaha bas dan lori boleh menjimatkan kos bahan bakar lebih 50 peratus dengan mengubah suai enjin diesel kenderaan masing-masing kepada enjin gas asli.

Pengubahsuaian menggunakan teknologi dari Korea Selatan itu diusahakan oleh bengkel milik syarikat bumiputera, RMWay Engineering Sdn. Bhd.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata, bengkel tersebut merupakan yang pertama di negara ini menjalankan aktiviti pengubahsuaian enjin diesel kepada enjin gas asli.

Jelasnya, syarikat berkenaan berjaya mengubah suai enjin sebuah bas berkuasa 7,000 cc dan lori berkapasiti 2,500 cc.

“Kedua-dua kenderaan ini telah diuji oleh sekumpulan jurutera bertauliah dan mereka amat berpuas hati dengan kekemasan kerja yang dilakukan RMWay Engineering dan mengiktirafnya setanding dengan apa yang terdapat di Korea Selatan.

“Saya telah dimaklumkan bahawa RMWay Engineering telah banyak belajar daripada teknologi ulung ini dan kini bersedia untuk menjalankan operasi pengubahsuaian secara komersial,” katanya dalam ucapan perasmian bengkel milik RMWay Engineering di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Samsu Baharun Abdul Rahman.

Mohamed Khaled memberitahu, sebanyak 20 bengkel yang menjalankan aktiviti serupa akan dibuka di sekitar Lembah Klang tidak lama lagi.

___________________

Me : I'm told that Natural Gas is cheaper than Petrol. Well, am I expecting lower bus fares ? Honestly, the fares have risen so much due to the constantly-increasing oil price.

No comments: