In The Name Of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful

20061203

Rufaqa' as in deviant group?

Assalamualaikum.

Lama benor tak post kat sini. Almaklumlah, bz ngan final paper sejak last post.

Majoriti akhbar harian hari ini dan semalam giat menyiarkan tulisan dan berita tentang Rufaqa' dan Al-Arqam.

Apa yang penulis tahu, Al-Arqam ini dikatakan sesat, ataupun lebih tepat lagi, fasiq, lari dari ajaran Sunnah Wal Jamaah. Kalau nak tahu lebih lanjut, go to this site, sebab dalam post ini, penulis hanya hendak menguraikan apa yang terbuku di minda penulis.

Penulis sebenarnya agak hairan dengan sikap kerajaan. Asbabnya ? Rufaqa' telahpun lama ditubuhkan, dan mempunyai beberapa kepentingan ekonomi. Antaranya bandar County Homes itu sendiri, beberapa projek destinasi pelancongan, dan juga, bagi peminat-peminat nasyid tanah air, Mawaddah.

Contoh, bandar County Homes, merujuk pada gambar di bawah, menyatakan bahawa Rufaqa' Corporation telahpun giat aktif di dalam bidang ekonomi sejak akhir 90an, selepas Ashaari bin Muhammad dimasukkan ke dalam ISA.



Kalau dikira-kira balik, kerajaan mengambil masa lebih 5 tahun untuk detect pergerakan Rufaqa' sebagai Al-Arqam, a.k.a ajaran sesat. Mengapa begitu lama? Untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim pada satu ketika tidaklah memakai masa sebegitu lama, walaupun cerita demi cerita perlu direka untuk menutup lubang. Tapi, sebuah pertubuhan yang giat aktif, sah, punyalah susah untuk dikesan sama ada mereka mengamalkan ajaran sesat atau tidak.

Apa yang bermain di fikiran penulis, mungkinkah semua ini hanyalah lagi satu lakonan sandiwara politik Malaysia semata-mata? Ataupun lebih tepat lagi, sandiwara orang tertentu di dalam kerajaan?

Jika dilihat kembali, andai kata Rufaqa' dijatuhkan sah sebagai agama sesat, maka tentu semua perniagaan mereka akan disita oleh kerajaan. Kalaulah begitu, siapalah yang untung agaknya ek? Sudahlah dengan Proton yang mungkin sekali akan dijual 51% sahamnya, kemudian dengan penggabungan 3 syarikat di bawah naungan PNB, yang di bawah jagaan Khazanah Nasional, yang di bawah bulu ketiak orang lulusan Oxford di tingkat 4 Putrajaya. Semuapun mereka nak bolot.

Kalau macam ni gayanya, bilalah agaknya Malaysia nak hidup ? Bursa Malaysia dah lepas dah 1000, tapi pakar runding ekonomi, dan juga golongan professional di Malaysia masih lagi mengatakan tiada nampak akan keuntungan itu pada pihak mereka, kerana semua keuntungan itu dibolot oleh sesetengah-sesetengah orang sahaja.

Zaman Che Det dulu, ada la jugak lahir watak-watak ekonomi (lagi-lagi Bumiputra) yang baru macam Tan Sri Tajuddin Ramli, Tan Sri Halim Saad. Kini, di mana mereka semua selepas kejatuhan ekonomi? La, mano pi pengganti-pengganti depa di alaf 2000 ni, sejak pemerintahan Pak Lah ? Ke yang ada tu asik-asik muka sama.....

No comments: