In The Name Of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful

20060514

.: Seketika di KL :.

asSalamualaikum...
lama sudah tidak aku berpelesiran di sana-sini di Kuala Lumpur. Emm, bukannya berpelesiran tanpa tujuan tau, tapi, objektifnya tetap ada di situ. Balik ke kampus untuk menghadapi ujian getir yang dilalui setiap semester. FINAL!..

Arakian 3 hari lepas aku balik ke rumah meminta doa ayah dan ibu, di samping menziarah nenek aku yang kesakitan di rumah belitau. Maka aku pulang, tanpa pengetahuan ibu dan ayah pada awalnya, dan aku hanya memberitahu mereka kira-kira 2 jam sebelum aku bertolak menuju ke destinasi, rumahku syurgaku, keluargaku... (hehe.. nakal jugak aku nie rupanya)

Dipendekkan cerita, setelah 2 hari di rumah, bertaaruf semula dengan rakan-rakan di universiti lain yang tengah bercuti, aku menuju ke KL bersama beg galasku, balik ke kampus tercinta~. Selesai sahaja aku turun dari LRT Pasar Seni, aku berjalan kaki ke Puduraya. On the way, aku melewati satu papan tanda di Petaling Street yang berbunyi "VCD/ CD Cetak Rompak tidak dibenarkan dijual", or something like dat la. Padaku Alhamdulillah, pandai juga kerajaan retorik ini menggunakan kuasa mereka untuk Islam, at least diorang tahu halal haram.

Tiba-tiba, hatiku terusik sangat untuk pergi ke Petaling Street. Tidak tahu mengapa. Barangkali lama sudah tidak ke Petaling Street, almost setahun rasanya. Tiket ke kampus belum kubeli lagi, tapi keinginan untuk melihat keadaan umat manusia di Petaling Street membuak-buak rasanya. Lantas, aku turuti kemahuan hatiku. Aku melangkahkan kakiku memasuki ke Petaling Street.

Alangkah terkejutnya aku apabila disergah oleh seorang mamat Hindu "Tauke, CD tauke?" Aku hanya membalas soalannya dengan senyuman (aku memang kuat senyum, hahaha, promo sket) dan menunjukkan isyarat tidak menggunakan tanganku. Selang 3-4 langkah, aku dipanggil pula oleh seorang mamat Chinese "Tauke, CD tauke? Blue ade? tamao ka tauke? ini gay ade? baik punya..." AstaghfiruLlahal'azim... sampai begitu sekali... aku ingatkan tiada lagi CD cetak rompak, rupa-rupaya CD lucah pun masih terjual begitu sahaja. Tidak tahulah hendak kata apa, padahal aku sedang memakai pakaian yang biasa aku pakai ke kuliah, baju lacoste with collar and full-buttoned, pakai kasut baldu. Entah la.. aku membiarkan mereka. Berapa kali aku dikacau oleh mamat-mamat ini.

Ok, pendek cerita lagi, akhirnya tiba di penghujung jalan. Boleh la, ade sedikit perubahan di Petaling Street. Petaling Street yang dahulunya penuh dengan kedai-kedai, kini hanya mempunyai kedai di tepi jalan, tiada lagi kedai-kedai di tengah-tengah jalan seperti seadanya dahulu, simply say padaku tidak sesesak dahulu. Bagus juga. At least, insyaAllah berkuranganlah statistik kes rompak lari (haha, bukan langgar lari je ade, rompak lari poin ade, memang la, mane ade orang rompak pastu duduk tercongok kat sana je, tak ke kantoi nanti merompak), insyaAllah...

Setibanya di penghujung jalan, aku berpatah balik. Tapi, aku membuat satu perubahan. Sahaja aku mengambil kopiah Raihan hijauku dan memegangnya, sambil berharap mamat-mamat tadi tidak menggangguku. Aku berjalan and tried to pass-by them. Mamat 1. Ok. Mamat 2. Ok. Mamat 3. Ok. Tiba-tiba, baru sahaja nak lepas mamat keempat (yg 1st 'offer' aku CD lucah) panggil aku kembali, cuba untuk menjual lagi. Aku tunjukkan kopiahku dan berkata "I'm a Muslim". Tahukah anda jawapannya. "SIOW AA LUU", sambil menarik lenganku. Erk, aku terkesima. Begitukah jawapan yang aku expectkan. Tidak. Nahi. La. Nahi kabbi nahi.

Untuk sesaat aku terkejut juga dengan aksi itu. Namun, bantuan Allah, aku dilepaskan. Dan aku terus beredar. Terus beredar sambil merenung jauh dan berfikir "Beginikah umat akhir zaman? Aku mengatakan aku seorang muslim dan diperlakukan begitu." Namun itulah hakikatnya, hakikat kehidupan di sebuah negara Islam retorik yang bernama Malaysia. Islam Retorik, bukannya Islam Hadhari.

Ingat lagi akan daku :

"Hendaklah sebahagian daripada kamu mengajak kepada kebaikan, menyuruh kepada ma'ruf, dan menidakkan mungkar, itulah golongan yang berjaya"[Ali-Imran:104]

"Barangsiapa yang terlihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangan(kuasa), jika tidak, hendaklah ia mengubahnya dengan lisan, jika tidak, hendaklah ia mengubahnya dengan hati, dan itulah selemah-lemah iman"[Al-Hadith]

Agak-agaknya, hanya tinggal kuasa sahaja. Tiada cara lain yang dapat dilakukan. Dengan hati insyaAllah, tapi bagaimana dengan kuasa? Melalui undi yang kita pangkah. Dan itulah maksudnya undi yang dapat menjamin kita ke syurga! Dengan niat yang ikhlas, lisan yang bersih, 'amal yang tidak menyalahi syarak, InsyaAllah....

Alrite, time's up. Basku pukul 3.30. Sebentar lagi bas akan tiba. Ilalliqa` sahabat-sahabat, musuh-musuh, dan pembaca-pembaca lainnya. Jumpa lagi di lain masa, lain waktu, mungkin sekali selepas aku habis FINAL EXAM ku ini.. hehehe.. asSalamualaikum

No comments: