In The Name Of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful

20070525

PM: Kita mampu berjaya

Daripada AZNAN BAKAR

TOKYO 24 Mei – Malaysia mampu muncul sebagai sebuah negara Islam yang berjaya sama ada dari segi ekonomi mahupun hubungan antarabangsa kerana berpegang kepada prinsip agama itu yang sebenar, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata, walaupun rakyatnya berbilang kaum dan agama, namun apa yang dilaksanakan adalah selari dengan Islam yang mementingkan keadilan dan kesederhanaan selain tumpuan kepada pembangunan modal insan.

“Hubungan dengan komuniti antarabangsa yang lebih besar juga berasaskan nilai dan prinsip Islam termasuk keamanan. Saya percaya nilai dan prinsip ini selari dengan amalan antarabangsa,” katanya ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Nikkei mengenai Masa Depan Asia, di sini hari ini.

Katanya, nilai dan prinsip Islam tersebut termasuk keamanan, kesederhanaan, permuafakatan, keadilan, menghormati undang-undang dan membantu yang lemah dan yang miskin.

Katanya, di sebalik apa yang dilakukan itu, Malaysia berharap dapat menjadi contoh yang baik dan dapat memberi sumbangan membina kepada dunia Islam dan kepada masyarakat antarabangsa.

Sebagai pemimpin sebuah negara dan sebagai pengerusi semasa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Abdullah berkata, hasratnya adalah untuk mengembalikan asas agenda umat Islam iaitu untuk memajukan ummah.

Sebab itu katanya, OIC perlu lebih memberi penekanan kepada pembangunan dan ekonomi daripada agenda politiknya.

Katanya, umat Islam perlu mengelak isu-isu perpecahan yang menyebabkan sebahagian besar daripada mereka tidak dapat menikmati keamanan dan kemakmuran.

Menurut Perdana Menteri, untuk itu Malaysia berusaha mengetengahkan Islam sebagai agama yang progresif termasuk dengan memainkan peranan utama dalam memperkenalkan inovasi dalam bidang kewangan Islam.

Katanya, ia dilakukan melalui penawaran instrumen kewangan berdasarkan undang-undang syariah yang membolehkan pelabur, termasuk bukan Islam, membuat pilihan produk yang konsisten dengan amalan terbaik dan beretika.

Beliau berkata, begitu juga dalam membangunkan produk dan perkhidmatan halal, Malaysia sedang menetapkan piawai yang memenuhi kehendak Islam serta yang diinginkan oleh orang bukan Islam untuk tujuan kesihatan dan lain-lain.

“Ini adalah satu lagi bukti mengenai keserasian ajaran Islam dengan kehidupan moden,” katanya.

– Utusan


Me : How could we be called an Islamic nation? Looking back to comments by the Ministers before, we are not an Islamic nation, the only thing is that we are a country with majority Muslim. That is what the MCA stands for during the huh-hah of Islamic nation thing.

If we were an Islamic nation, how come there's still ISA ? The very big thing which is very likely to oppose the way of Islam. Everyone knows how much that there is no justice in ISA. You are arrested for no relevant reason, other than 'for threatening the country' and so on. You are not brought to any kind of trial before you were sentenced for the 2 years under the bars of ISA. Or very much likely said by Saari Sungib, as 'tahanan politik'.

If we were an Islamic nation, how come we still allow gamblings? The only thing Malaysia doesn't allow is illegal gambling. Under the context of Islam, is there any such thing as illegal gambling? No, there isn't. Everyone knows that gambling is haraam, forbidden in Islam. But in Malaysia, it is haraam only if it is not registered, which means for each and every penny the gambling companies received, they must allocate a certain amount known as tax to the government. Does not that means the government too is involved in gambling?

If we were an Islamic nation, how come we still have the Guinness plant in our own land, for God's sake. We kept on talking about halal foods, how we were going to be halal hub and so on, yet we are one of the producers for haraam things. Does not that sounds funny?


They ask you (O Muhammad SAW) concerning alcoholic drink and gambling.[] Say: "In them is a great sin, and (some) benefit for men, but the sin of them is greater than their benefit." And they ask you what they ought to spend. Say: "That which is beyond your needs." Thus Allâh makes clear to you His Laws in order that you may give thought." [Al-Baqarah:219]


The only thing which sounds true is that part of us (on the governing side) looks like Islamic nation, while in other parts, it is not. Which in the end, it means only one thing, we are not an Islamic country, because for an Islamic country, each and every ruling of Islam must be taken into account, not just to agree in some parts of Islamic rule, while at the same time denounce the others.

O you who believe! Enter perfectly in Islâm (by obeying all the rules and regulations of the Islâmic religion) and follow not the footsteps of Shaitân (Satan). Verily! He is to you a plain enemy.[Al-Baqarah:208]


No comments: