Tadi baru dok dengaq YB Khairy Jamaluddin melontarkan idea-idea tentang usul penjimatan subsidi. Ada la sikit celoteh tentang dengan penjimatan subsidi minyak, maka duit itu boleh digunakan untuk hal-hal lain, antaranya subsidi bagi makanan yang kian melonjak tinggi harganya.
Tuan YB, tahukah anda
Tuan YB, tahukah anda
Bila Minyak Naik, Harga Makanan pun Naik
Hal ini disebabkan makanan ini akan dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain, bermula dari tempat seperti ladang/jeti sehinggalah ke supermarket ataupun kedai-kedai runcit. Untuk memindahkan barang makanan ini, kenderaan berskala besar, kebiasaannya lori, digunakan sebagai alat pengangkutan. Maka, apabila kenaikan harga diesel sebanyak RM1.58 sen seliter, takkanlah harga barangan makanan ini tidak naik. Macam harga roti canai la, tepung naik untuk sepeket, tapi roti canai pun naik gak dlm 10-20 sen untuk sekeping roti.
Bagi seorang yang bergelar engineer, orang itu lazimnya akan mempelajari satu subjek yang dipanggil HSE ataupun Health, Safety and Environment. Di dalam course ataupun subjek tersebut, orang itu akan diajar teknik-teknik untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Antara teknik-teknik terawal, ataupun langkah pencegahan terawal yang boleh dilakukan ialah dengan Solve at the source and along the process. Menggunakan langkah ini untuk diaplikasikan di dalam permasalahan harga makanan minyak, bukankah lebih baik jika sekiranya subsidi minyak yang diberikan, kerana ianya akan memberi impak (penurunan) pada harga makanan juga? Bak kata pepatah orang putih "To kill two birds with a stone". Ini barulah pemikiran minda kelas pertama.
No comments:
Post a Comment