Islam tidak galak kekacauan
Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB dan AZRAN FITRI
PASIR MAS 16 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Islam tidak pernah menyuruh umatnya melakukan rusuhan dengan merosakkan harta benda awam sehingga menimbulkan kekacauan dalam negara.
Perdana Menteri berkata, sebenarnya rakyat di negara ini mencintai keamanan dan menolak sama sekali sebarang tindakan ganas dan liar semata-mata untuk memuaskan hati golongan tertentu.
“Negara kita merupakan sebuah negara aman dan tindakan merusuh di tempat awam adalah satu tindakan yang tidak bersesuaian dengan keadaan negara ini.
“Kita tidak suka jika ada (pihak) yang bertindak liar dan berbuat rusuhan sehingga menimbulkan kekacauan serta kesusahan, kita tidak mahu itu.
“Allah juga tidak sukakan mereka yang melakukan rusuhan dan kerosakan di muka bumi ini,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Ibu Tunggal dan Golongan Daif Parlimen Pasir Mas dan Parlimen Rantau Panjang di Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong di sini hari ini.
Pada 8 September lalu, kira-kira 750 penyokong parti pembangkang merusuh di Batu Buruk, Terengganu kerana tidak berpuas hati selepas anggota polis menyuraikan perhimpunan haram di kawasan tersebut.
Kejadian pada kira-kira pukul 9 malam itu menjadi tidak terkawal selepas penyokong terbabit bertindak agresif menyebabkan empat anggota polis dan tiga penyokong parti pembangkang mengalami kecederaan dan dirawat di hospital berhampiran.
Abdullah berkata, rakyat di negara ini sewajarnya bersyukur dengan keamanan yang dikecapi berbanding dengan negara-negara lain yang masih bergelut untuk membangun daripada semua aspek.
“Inilah masa bagi kita untuk meningkatkan amal ibadat dan mensyukuri nikmat keamanan yang dikecapi sehingga sekarang.
“Sekiranya di negara lain, rakyat terus menderita sedangkan kita aman tiada kesusahan, malah terdapat umat Islam di negara luar tidak dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna.
“Di negara ini umat Islam boleh menunaikan ibadah puasa dan segala tuntutan agama dengan selesa tanpa sebarang perasaan takut serta sangsi,” katanya.
1 comment:
Hi Kawan,
About the overcrowding pig farm issue in Malacca, if compare with the Batu Buruk issue, both are different scenario.
However, both share the same similarity - government just wanna showed that they are actually working not sleeping. ( Indirectly victimized the others )
JMHO
Pink
Post a Comment