In The Name Of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful

20070614


Seludup manusia: Malaysia sangkal dakwaan Washington

KUALA LUMPUR 13 Jun – Kerajaan hari ini mengkritik langkah Washington yang menyenaraikan Malaysia sebagai antara negara yang terlibat dalam penyeludupan manusia dan menyangkal dakwaan bahawa kerajaan tidak melakukan tindakan sewajarnya untuk mengatasi masalah tersebut.

Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar yang menyangkal dakwaan tersebut menyatakan ia merupakan maklumat yang salah.

“Keseluruhan situasi dalam laporan tersebut membuat pra penilaian tanpa memahami keadaan sebenar di dalam negara.

“Mereka mempunyai hak untuk bercakap mengenai Malaysia tetapi dalam apa sahaja perkara yang tidak memberikan cerita yang betul, kami mempunyai hak untuk menyangkal dan laporan tersebut adalah berdasarkan kepada beberapa tanggapan yang tidak benar dan tidak sah,” katanya.

Negara ini telah disenaraihitamkan oleh Washington bersama beberapa buah negara lain seperti Myanmar, Cuba, Iran, Korea Utara dan Sudan kerana didakwa tidak melakukan tindakan sewajarnya bagi menangani masalah itu.

Malaysia yang merupakan antara rakan perdagangan penting Amerika Syarikat (AS) bersama enam negara lain termasuk sekutu Arab AS iaitu Bahrain, Kuwait dan Oman disenarai hitam oleh Jabatan Negara AS dalam laporan tahunan “Trafficking in Persons Report”.

Kuala Lumpur dipetik sebagai “gagal menunjukkan tindakan yang memuaskan” dalam beberapa perkara seperti hukuman terhadap pesalah, penyediaan perlindungan yang mencukupi dan perkhidmatan sosial yang sewajarnya kepada mangsa, serta melindungi pekerja asing daripada perhambaan secara paksa, kata laporan itu.

Menurut laporan tersebut, mangsa penyeludupan seks di Malaysia kebanyakannya adalah wanita dan gadis yang berasal dari Indonesia, Thailand, Filipina, Kemboja, Myanmar dan China.

Syed Hamid mengakui bahawa undang-undang Malaysia pada masa ini tidak mempunyai perbezaan antara penyeludupan manusia dan pendatang tanpa izin ke negara ini.

Bagaimanapun katanya, Parlimen akan meluluskan undang- undang anti penyeludupan yang akan mengenakan hukuman penjara selama 20 tahun terhadap pesalah selain daripada turut dikenakan denda.

“Dengan undang-undang baru, saya percaya kita menuju kepada arah yang betul,” kata Syed Hamid.

Sementara itu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) turut mengkritik perkara tersebut sebagai tidak adil kepada negara ini tetapi turut melahirkan kebimbangan terhadap isu tersebut.

“Saya setuju lebih banyak perkara mesti dilakukan tetapi meletakkan Malaysia dalam senarai tersebut adalah perkara yang tidak adil dilakukan oleh AS,” kata Pesuruhjaya Suhakam, N. Siva Subramaniam.

– AFP (Source : Utusan Malaysia)

_____________________________

Me : When I heard the news at Malaysia Hari Ini early in the morning, I was shocked too. I mean, what is their right to publicly do such things, which could easily tarnish the relationship between US and Malaysia, especially as we are trying to sell our Proton shares to Volkswagen AG. This would hurt our economy is a sense, since US is (if the source I received is still relevant) 2nd to Singapore as Malaysia's economy factor.

But nevertheless I would like to keep silent first, knowing that it would be better if I let the officials speak first. Besides, office-time is a big thing to do. I'm no manager who sits in the office, but a system tester who test PC systems. That's hard, right? So, I just kept silent and browse through previous articles in Malaysia Today, Malaysia Kini, The Star, Utusan, NST, BHarian, name it. And something caught my eyes.

If the report is true, then that would surely be a direct proof of human trafficking in Sabah, as per said by Raja Petra Kamarudin. PRK, with Deep Throat as his source, said about the Sabah officials bringing in Indonesians to vote for them, giving them a huge win all over the state, if not all over Malaysia. I forgot the link, but you can always search for it at Malaysia-Today.

Also, this could also proof that RPK's writing on illegal workers brought in by the officials is also true. Read here.

No comments: