In The Name Of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful

20060309

.: Karikatur hina Nabi: RTM akan dipanggil beri penjelasan :.

Pengurusan Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan dipanggil bagi membuat penjelasan berhubung penayangan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Ketika menegaskan demikian Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkara itu perlu disiasat secara mendalam memandangkan ia telah sampai ke pengetahuan kerajaan.

"Kita akan siasat. Kita baru dapat tahu. Kita akan panggil RTM untuk mengetahui apa yang berlaku, kenapa ia ditayangkan. Kita akan mencari puncanya," kata beliau dalam persidangan media selepas merasmikan Konvesyen Pemimpin Muda 2006 di Shah Alam hari ini.

Bernama melaporkan, New Straits Times hari ini mendedahkan RTM menerusi siaran Berita Mandarin di saluran TV2 pada 3 Februari lalu, menayangkan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW.

NST yang memperolehi salinan program berita itu menyerahkannya kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri semalam

Malaysiakini juga turut menyiarkan berita mengenai perkara yang sama malam tadi.

Sememtara itu Najib berkata, siasatan mendalam perlu dijalankan sebelum kerajaan menentukan tindakan yang boleh dikenakan.

Katanya beliau turut berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai perkara itu pagi tadi.




(Sumber :Idealis-Mahasiswa)


Kata sang carbonytte :

NST siar kartun yang menghina Rasulullah s.a.w (walaupun secara 'indirectly'), dipanggil untuk beri penjelasan, kemudian dimaafkan. Selepas dimaafkan, NST tulis pasal RTM pulak. Nanti, RTM bagi penjelasan, dimaafkan, kemudian buat liputan pasal orang lain. And that goes on....

Sarawak Tribune tidak diberi peluang memberi penjelasan. Begitu juga halnya dengan Guang Ming Daily. Akan tetapi, bila masuk sahaja agensi-agensi kerajaan ataupun mempunyai hubungan dengan kerajaan (GLC), mesti diberi peluang memberi penjelasan. Agaknya patut atau tidak adanya sikap berat sebelah sedemikian. Sedangkan kita duduk di bawah satu bumbung yang sama, bumbung yang retoriknya memperjuangkan demokrasi walaupun dah jelas dan nyata berlaku begitu banyak korupsi,bumbung yang dengan selambanya mengatakan mereka membawa konsep Islam, Islam Hadhari, tapi Islam apa jika ada berat sebelah ? Seorang hakim tidak boleh berat sebelah. Hatta Saidina Ali apabila baju perangnya dicuri oleh seorang Yahudi, kesnya ditolak bulat-bulat oleh hakim yang menghakimi mereka kerana tidak cukup syarat untuk membuat tuduhan, tidak ada saksi. Bayangkan saudara-saudari sekalian, seorang KHALIFAH ISLAM, tingginya jawatan beliau namun hakim tersebut TIDAK MEMANDANG PADA JAWATAN, sebaliknya pada prosedur penghakiman.

.: Umat Islam Sebta mendesak kerajaan memohon maaf di atas lagu yang menghina Islam :.

Sebuah lagu yang menghina umat Islam, yang telah memenangi anugerah tertnggi dalam festival tempatan yang diadakan di Sebta, Sepanyol, telah menyebabkan majoriti umat Islam marah dan mendesak agar pentadbiran kerajaan memohon maaf kerana membenarkan festival tersebut diteruskan. Mereka juga mendesak agar kerajaan menarikbalik anugerah yang diberikan kepada kumpulan tersebut.



"Parti Demokratik di Sebta [yang sebilangan besar anggotanya terdiri dari umat Islam Sepanyol yang berasa dari Maghribi) kini sedang berusaha untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur festival kerana menunjukkan sikap perkauman dalam lirik lagu yang memenangi anugerah tertinggi," kata pemimpin parti, Mohamad Ali pada hari Rabu, 8 Mac.

Ali memetik artikel 510 dan 525 undang-undang panel Sepanyol yang berkata sesiapa yang melakukan sesuatu yang bleh menyebabkan berlaku deskriminasi kaum akan dipenjara.

Lirik lagu tersebut telah menghina umat Islam dengan menamakan mereka sebagai 'binatang' dan 'celaka.'

Lagu tersebut juga telah mempersenda-sendakan azan.

Pemuda Islam yang marah telah menunjukkan kemarahan mereka dengan cara mengutuk festival lagu tersebut dan juga mengutuk penyanyi dan penulis lagu tersebut.

Festival Berlin yang dijadual akan diadakan pada 16 Mac akan menlak penyertaan sebuah kumpulan rock negara itu yang menyanyi lagu yang mencemuh Tuhan.

Tidak bertanggungjawab

Maria Antonia, setiausaha agong parti Sosialis pembangkang berkata Sebta akan melalui masa yang sukar kerana sebelum ini ia menjadi contoh keharmonian di antara peradaban dan agama.

Antonia berkata penganjur festival tersebut sebagai tidak bertanggungjawab.

Parti Sosialis pemerintah telah mengesa pentadbir kerajaan di Sebta agar mengutuk perkauman dan kebencian selepas mereka menyokong lagu yang keji itu.

Ketua majlis perbandaran bandar tersebut, Kwan Bebas, berdiri teguh dibelakang penganjur festival dan menolak untuk menarik balik anugerah yang telah diberikan .

"Kumpulan penyanyi tersebut akan menyimpan anugerah mereka kerana ia telah dianugerahkan oleh jawatankuasa yang profesional dan bebas" dakwa beliau.

TV Rangkaian 3 Sepanyol berkata lagu tersebut sebagai stigma kepada kerajaan.

Kontroversi lagu tersebut berlaku kurang dari sebulan selepas Perdana Menteri Sepanyol José Luis Rodriguez Zapatero melawat bandar di mana beliau telah menemui wakil dari pelbagai agama.

Sebuah bandar perdagangan di bawah Arab, Sebta telah dirampas oleh Belanda dalam tahun 1415 dan kemudiannya dijajah oleh Sepanyol dalam tahun 1580.

Ia terletak di utara Maghribi di pantai Mediterranean berhampiran dengan terusan Gibraltar. Keluasan kawasannya adalah sekitar 20 kilometer persegi.

:: Krong Krang versi English ::

Assalamualaikum.. makluman buat semua...

Editor blog ini juga mempunyai blog versi English (Memoria of A Muslim) dan kedua-duanya mempunyai cerita yang berlainan. Editor hanya mengharapkan agar pembaca terhibur dengan kedua-dua blog ini.

WaLlahua`lam...