20061012
Diari diri 5
Kira-kira pukul 3 petang tepat.
Kejadian ini berlaku di Multi Purpose Hall.
Aku ke sana untuk mengambil slip exam.Baru saja nak masuk, ada Pak Gad tahan budak ramai-ramai kat depan pintu.
"5,6 masuk dulu. Kamu berapa, 9, 10? Ok 10 masuk dulu."
Budak-budak tersebut masuk berpusu-pusu. Sekejap je pastuh,
"Ok, yang lain tunggu"
Aku terpinga-pinga. Aku tanya orang sebelah aku.
"9,10 tu ape? nombor matriks ke?"
Dia mengangguk, dan aku pun lantas ke pintu masuk tersebut
"Pak cik, jap, saya 6. Boleh masuk?"
"6? Kejap. Ok, 6 pergi kaunter tuh. Kosong lagi kaunter tuh"
Di dalam hatiku, "Oh, dah sampai 10000 rupenye no matriks. Kiranya tualah aku nie ek. Aih..." sambil mengambil slip examku
Sekitar berbilang-bilang jemaah
OK, let's not waste any time anymore.
But first, I would like to change the writing from English Language to Bahasa Melayu.
Baiklah, mari kita sama-sama merungkaikan sedikit tentang taadud jemaah.
Secara ikhlas dan jujurnya, taadud berjemaah bukanlah sesuatu topik yang bisa dibincangkan, kerana, jika tersilap bincang, boleh membawa kepada satu konklusi yang amat menakutkan, pemecahan di antara gerakan-gerakan amal islami di mana jua berada.
"Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."[Al-Anfal:46]
"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya."[Ali-Imran:103]
Dua ayat tersebut menjadi nas-nas yang kuat bagi mana-mana imam yang sampai tahap untuk membuat ijtihad, tentang kepentingan adanya persepakatan di antara jemaah-jemaah.
Namun begitu, banyaknya bilangan jemaah-jemaah masih lagi sama. Mengapa begitu?
Perpecahan pada lazimnya adalah normaliti kehidupan manusia. Namun begitu, datangnya Islam adalah sebagai suatu resolusi, ataupun kesimpulan, pengakhiran kepada perpecahan-perpecahan yang berlaku.
Kita melihat kembali ayat kedua yang dibentangkan, ayat 103, surah Ali-Imraan. Ayat ini merupakan sebahagian daripada ayat 100-107 yang diturunkan oleh Allah s.w.t kerana suatu hal yang telah berlaku suatu ketika dahulu.
Asbab an-nuzul ayat-ayat tersebut adalah ketika mana kaum Aus dan Khazraj hampir-hampir bergaduh, setelah kedua-dua kelompok ini mengaku akan keimanan mereka terhadap Allah s.w.t. dan Islam itu sendiri.
Al-kisah, Syas Ibn Qais, seorang tokoh musyrikin pada masa Jahiliah yang sangat memusuhi dan membenci kaum Muslimin, pernah berjalan melalui suatu majlis yang terdiri daripada beberapa sahabat Rasulullah s.a.w yang terdiri daripada kaum Aus dan Khazraj.
Melihat perkara itu, dan mengetahui bahawa kedua-dua kaum itu suatu ketika dahulu merupakan musuh natural, beliau berkata "Para tokoh Bani Qilah telah bersatu di negeri ini. Demi Allah! Kami tidak akan membiarkan mereka bersatu di negeri ini."
Maka, beliau memerintahkan seorang pemuda Yahudi pergi ke majlis tersebut dan mengingatkan kembali akan permusuhan di antara dua kaum tersebut.
Orang Yahudi tersebut kemudian menghebohkan di dalam majlis tersebut tentang peristiwa Bu'ats, suatu pertempuran yang terjadi di antara kaum Aus dan Khazraj , yang dimenangi oleh suku Aus, sehingga timbul satu pergaduhan di antara puak Aus , Aus bin Qaizhi dan seorang lagi dari puak Khazraj, Jabar bin Shakar.
Mendengar perkara ini, Rasulullah s.a.w bersama beberapa orang Muhajirin datang lalu baginda s.a.w bersabda :
"Wahai kaum Muslimin! Takutlah kepada Allah! Takutlah kepada Allah! Apakah seruan-seruan jahiliah (muncul lagi) sedangkan aku masih ada di antara kamu? Apakah setelah Allah menunjukkan kamu kepada Islam, memuliakan kamu, menghapuskan cara Jahiliah daripada kehidupan kamu, menyelamatkan kamu daripada kekufuran dan menjinakkan hati kamu, kamu kembali lagi kepada kekafiran?"
Setelah itu barulah mereka sedar akan kesilapan mereka dan bagi membalas perbuatan Syas bin Qais ini, Allah s.w.t turunkan ayat-ayat tersebut, surah Ali-Imraan:100-107 (mengikut sesetengah riwayat ayat-ayat tersebut daripada 98-107).
Namun begitu, perpecahan, seperti yang diperkatakan, adalah suatu norma hidup dari segi:
1)Tabiat Islam [Al-Insaan:2]
2)Tabiat Bahasa [Al-Azhab:36]
3)Tabiat Manusia[Ar-Rum:22]
4)Tabiat Alam dan Kehidupan[Faathir:27-28]
Oh No! It's almost subuh already!
Mungkin setakat ini dahulu ungkapan-ungkapan tentang berbilang-bilang jemaah. Cukup sekadar satu kisah lama, sirah Rasulullah s.a.w dan sahabat sebagai permulaan kepada pentingnya akan kesatuan di bawah lembaran sayap Islam.
Sebelum itu, beberapa ringkasan tentang satu hal yang penting jua dibicarakan, perbezaan-perbezaan yang tercela, yang insyaAllah cuba penulis rungkaikan dalam post-post akan datang.
1) Bermotifkan bangkangan
2) Mengakibatkan perpecahan dan permusuhan umat
[Sumber : Fiqh Al-Ikhtilaf antara gerakan Islam, antara Perbezaan yang dibolehkan dan perpecahan yang dilarang, karangan Dr. Yusuf Al-Qardhawi.]
20061010
Asbabul Nuzul
lama sudah tidak menulis.
Sibuk dengan gerak kerja yang banyak, akademik, dan lain-lain hal.
Memang susah apabila kita mempunyai perkara-perkara yang berlaga antara satu sama lain, lebih-lebih lagi apabila keterlagaannya adalah dari sudut masa, kepentingan. Yang penting perlulah dilakukan dahulu, barulah yang kurang penting.
Begitulah juga dengan blog ini. Bukanlah bermaksud tidak penting untuk penulis update nukilan di sini, tetapi kepentingannya amatlah jauh berbeza berbanding dengan assignment, projek, banyak lagi.
Ok, enough with the reasonings.
Hari ini, tanggal 17 Ramadhan. Apa kepentingannya?
Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.
Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.
Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan.
Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu: "…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…" (TTQ 8 : 41) Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.
Tetapi sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut). " Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…" (TTQ 8 : 41).
Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam 21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw berhijrah ke Madinah.
Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam "Lailatul Qadar" sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di "Baitul Izzah" di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.
Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw adalah ayat 1-5 surah Al-'Alaq.
Dan peristiwa ini terjadi ketika nabi saw sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.