In The Name Of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful

20060905

University to produce thinkers?

PENANG, Sept 4 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said Monday he wants universities to be the pulse in the creation of thinkers who can provide productive input and feedback to nation-building efforts.

In line with the universities' status as the primary source of intellectuals, Abdullah said, he hoped that academicians, including those from other social institutions, would be prepared to share their expertise and knowledge in the effort to find quality and original ideas.

Betulkah ini? Penulis agak terkejut. Good enough too be true, memang antara objektif mana-mana universiti ialah untuk menghasilkan graduan yang bukan sahaja intelek dari segi akademik, tetapi juga cemerlang di dalam bidang-bidang lain, dan antaranya ialah menjadi 'think tank' negara.

Antara contoh terbaik yang boleh diambil daripada sudut sebagai seorang muslim itu adalah hasil pilihanraya Palestin awal tahun 2006. Dilihat daripada sudut rasuah dan sebagainya, terus-terang saya katakan memang itu adalah antara alasan pihak Hamas memenangi pilihanraya tersebut. Namun begitu, satu aspek yang tidak boleh ditolak ialah kebanyakan mereka yang dipilih rakyat merupakan graduan universiti (saya tidak pasti jika kesemua wakil tersebut merupakan graduan universiti).

Jika tidak salah, antara survey yang dibuat, rata-rata mana-mana negara sekalipun, andainya diberi peluang untuk memilih calon mereka secara 'terbuka' dan 'demokrasi', mereka akan memilih calon yang mempunyai ijazah, terutamanya Masters dan PhD, kerana mereka ini mampu untuk berfikir secara global.

Satu hadith yang diriwayatkan Ibn 'Abdul Bar dalam kitab Al-'Ilmu, daripada Mu'az bin Jabal RadiyaLlahu 'anhu telah berkata; Rasulullah s.a.w telah bersabda :

"Kamu pelajarilah 'ilmu, sesungguhnya 'ilmu itu sekiranya kamu pelajari kerana Allah adalah membawa takut kepadaNya, menuntutnya adalah 'ibadat, mengulangkajinya adalah tasbih, mencarinya adalah jihad, mengajarnya kepada orang yang tidak mempunyainya adalah sedekah, menghabis-habiskannya untuk keluarganya adalah mendekatkan kerana ia adalah tanda-tanda bagi mengenal halal dan haram, penerang jalan ahli syurga, dia adalah teman ketika keseorangan, pencakap dalam 'ibadat, penunjuk ketika suka dan duka, senjata terhadap mush dan
perhiasan ketika kesunyian. Dengannya Allah mengangkat beberapa darjat kaum dan menjadikan mereka pemimpin pada kebaikan yang boleh dijejaki kesan mereka dan boleh diikuti tingkah-laku mereka dan boleh dibuat keputusan melalui pendapat mereka. "[Hadis ini diambil dari kitab Tasawwur Asasi Gerakan Islam karangan Fathi Yakan cetakan pertama Dewan Pustaka Fajar 2004, muka surat 238-239]

Utopia

Namun begitu, penulis terus-terang mengatakan ini adalah suatu kata-kata yang retorik.

1) Di dalam perkara sebegini diperkatakan, demokrasi mahasiswa disekat, aktivisti mahasiswa diharamkan, demi keselamatan orang-orang rosak yang sudah ada di atas. Golongan-golongan yang hanya tahu beretorik, berkata-kata di sambil mengipas orang-orang yang berada di atas, pula dibenarkan membuat ini dan itu, sedangkan perkara yang dibuat mereka tidak menunjukkan keprihatinan terhadap masyarakat.

Tidaklah penulis di sini menuntut apa yang dikatakan sebagai 'absolute freedom'. Memang 'absolute freedom' merupakan sesuatu yang mustahil, malah kalau disalah-ertikan, boleh membawa kepada murtad, kerana boleh timbul isu individu menganggap dirinya terlampau memerlukan 'freedom', sehingga freedom daripada arahan dan perintah Allah s.w.t. Namun itulah yang dibentuk oleh pihak berkuasa sekarang. Kebebasan pemakaian, walaupun melanggar hukum dan perintah Allah.

Freedom ataupun kebebasan yang dimaksudkan di sini ialah kebebasan untuk berkuasa memberi kritikan kepada pihak berkuasa. Dilihat kembali, sejarah menunjukkan bagaimana satu pihak berkuasa yang tidak menerima pendapat orang bawah, akhirnya digulingkan. Shah Iran sebagai contoh. Suharto sebagai contoh. Malaysia merupakan negara demokrasi berparlimen? Mengapa demokrasi dimatikan pula di kampus? Yang menyokong kerajaan diberi subsidi, sedangkan yang mengkritik pula dimaki, dihamun, dihina. Dua kes (Shah Iran, Suharto) merupakan antara dua kes di mana para siswa-siswi dengan panji kebenaran dan intelektualan yang ingin dibawa oleh mereka kepada masyarakat telah menjatuhkan pihak berkuasa di tempat mereka.

Ingat kembali ketika zaman Khulafa Ar-Rasyidin , apabila Saidina Umar Al-Khattab dinaikkan sebagai Khalifah, Saidina Umar berkata agar ditegur/diperbetulkan sekiranya beliau membuat kesalahan sebagai Amirul Mukminin. Lantas bangun seorang sahabat yang berkata, sambil menjulang tinggi pedangnya, bahawa beliau akan memperbetulkan Saidina Umar dengan pedangnya sekiranya Saidina Umar melakukan kesalahan. Saidina Umar menangis kerana adanya sahabat seperti ini.

Maka di sini perlunya diingatkan akan pentingnya demokrasi/freedom/kebebasan di kampus, sebagai salah satu peluang untuk pihak berkuasa memperbaiki diri, bukan untuk diri sendiri, akan tetapi untuk rakyat Malaysia amnya.

2) Di samping perkara ini dibahaskan, siswa dan siswi di Malaysia dicernakan pula dengan Rock The World, dihadamkan pula dengan Jom Heboh, disajikan pula dengan Akademi Fantasia, dihidangkan pula dengan Malaysian Idol. Terus-terang, budaya hedonisma yang semakin lama semakin berleluasa, makin lama makin merosakkan pemikiran masyarakat kampus seMalaysia. Daripada berbincang tentang kepincangan Parlimen, strength yang perlu dibina untuk masyarakat Malaysia amnya, mereka ini (masyarakat kampus) semakin lama semakin lalai dan tenggelam dengan perkara-perkara hedonisma seperti ini. Pergilah ke mana-mana kampus sekalipun, dan lihatlah antara perkara yang sering dibincangkan, konsert, Jdorama dan Kdorama, dan pelbagai lagi sumber-sumber perkara yang melalaikan sehingga objektif universiti-universiti untuk menghasilkan think tank negara gagal.

Perkara ini tidaklah begitu buruk sehingga perlu kritikan sebegini, namun impaknya terhadap masyarakat kampus yang begitu besar, memerlukan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu agar masyarakat kampus dapat dibentuk kembali untuk menasihat seterusnya memimpin masyarakat. Adakah golongan-golongan intelektual yang hendak dibentuk merupakan mereka yang pemikirannya hanya mampu memikirkan tentang hiburan, dan tidak lebih daripada itu?

Ke mana perginya Islam Hadhari yang ingin dibawa oleh pihak berkuasa? Ataupun ianya sebenarnya Islam Hedonisma (Na'uzubillahi min zalik, wa Na'uzubillahi min dzaalimin)

Sekian, buat percambahan pemikiran.

2 comments:

Anonymous said...

actually, sy kurang berstuju jika di focus kan universiti sbg tempat utk produce thinkers...y not sejak kecik2..sekolah tadika lg dipupuk critical thinking di kalangan kanak2? sekolah kita yg terlalu 'exam oriented' inilah yg sebenarnye menyekat kreativiti kanak2 ini. di peringkat kecil lg sepatutnya kanak2 ini diberi kebebasan utk mereka menggunakan sepenuhnya daya kreativiti mereka..kita tgk contoh kanak2 yg belajar di sekolah luar negara..w/pun mereka kurang sedikit dari segi pencapaian akademik..maksudnya, kurang semangat daya saing utk dptkan kedudukan yg terbaik dlm kelas, namun dr segi interaksi, sosial, daya pemikiran mrk sgt2 kreatif..dan mereka sgt berani menyuarakan pendapat apabila ditanya soalan. sikap keyakinan dlm diri seperti ini yg perlu kita develop pd kanak2..satu lg yg sy perhatikan kelebihan org2 mereka, org2 dewasanya begitu hormat dgn pendapat/jawapan/idea kanak2 tersebut yg menyebabkan mereka rs dihargai...

krongkrang said...

could be so.

i mean yes, kanak-kanak yang tengah membesar, their developing minds can be extended to a level where the creativity is at top notch.

but then again, their immaturity may affect their decision.

and, even if mereka ini dididik sejak kecil supaya berfikiran kritis dan kreatif, suatu penghalang besar buat diri mereka ialah hiburan-hiburan melampau yang merosakkan akal fikiran mereka.