In The Name Of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful

20070130

Uqbah ibn Nafi’

[Sumber : Dakwah.info ]

(Panglima Islam yang membuka benua Afrika)

oleh:eizzudeen

africaSemilir bayu lautan menyapa pipi seorang panglima. Pandangannya merenung jauh ke arah lautan meniti seberang yang tidak kelihatan. Tangannya mengenggam erat bilah pedang. Namun kilauannya yang telah meredah jauh, menumpaskan kebatilan-kebatilan tidak mampu untuk melemparkan walau secebis rasa gembira di hatinya. Hatinya resah dan sayu. Matanya menadah ke langit. “Ya Allah, jika tidak kerana lautan yang menghalang aku, nescaya akanku persiapkan pasukan armadaku untuk menyebarkan kalimat agung taiyibahMu, akanku mara demi menegakkan syiar Islam nun di kerajaan barat. Akanku satukan semua empayar-empayar di bawah panji yang mulia ini jua akan ku perangi bejat-bejat yang ingkar untuk menerima mesej suci untuk mengesakan Engkau Ya Allah.”

Uqbah Ibn Nafi’ merenung kembali ke arah tenteranya. Lantas bangkit dari layanan perasaannya, kembali beliau mengatur langkah ke arah tenteranya. Hatinya berdetik, “Jika lautan yang luas tidak mampu kami redahi, masih ada bumi yang belum menerima keindahan ajaran yang mulia ini. Ayuh! Kita teruskan juga perjuangan kita.”

Bermula dari persisiran pantai Tanjah di Lautan Atlantik itu, Uqbah Ibn Nafi’ dan pasukan tenteranya mengorak langkah untukt terus menuju ke selatan. Berbekalkan amanat Khalifah Muawiyah, mereka telah menguasai seluruh Afrika Utara bermula dari kota Qairawan di Tunisia, terus ke Fazzan dan akhirnya ke kota Elzab dan Tahret.

Sifat-sifat yang berkembang segar dalam jiwa Uqbah Ibn Nafi’ dapat dilihat jelas di mana beliau tidak pernah terdetik walau sejenak rasa letih maupun rasa puas melihat kejayaan pasukan tenteranya menguasai kota-kota di utara Afirka, malah beliau rasa lebih sedih kerana tidak mampu untuk menyeberangi lautan untuk menegakkan kalimah Allah. Berbekalkan teguh dengan ayat-ayat Quran seperti Surah Fatihah dalam Ayat 2;

“Segala puji bagi Allah, Ilah sekalian alam”, beliau tidak redha di hatinya memikirkan bahawa masih ada kelompok manusia yang tidak mengagungkan Allah. Jiwanya membara untuk memastikan hayatnya akan melepaskan ikatan insan-insan di dunia ini ke arah Ilah selain Allah. Adakah rasa semangat jihad ini subur dalam jiwa kita? Jiwa para da’ie seharusnya kembang segar dengan rasa untuk memartabatkan islam di seluruh persada dunia. Melihat jahiliyah apatah lagi maksiat yang ada akan melahirkan rasa tidak puas hati dan rasa geram bagi kita untuk menghapuskan segala bentuk kemungkaran yang menular. Sedih sekali situasi sekarang rata-ratanya pemuda-pemudi di luar sana kurang sensitivitiya. Tidak langsung berputik rasa untuk menyebarkan islam malah ada yang tidak langsung rasa bangga dengan Islam…

Namun, semangat yang membara perlu dibentuk dengan sebaiknya. Tidak guna jika semangat yang asalnya marak tapi akhirnya padam dengan hanya percikan air-air. Mihnah-mihnah yang mencorakkan jalan-jalan ini seringkali menyebabkan kita tersimpang dan lebih sedih lagi menyebabkan kita tersasar jauh dari arah matlamat kita. Oleh sebab itu, amat penting untuk kita untuk melalui proses-proses tarbiyah yang akan membantu kita mengatur langkah sebaiknya.

Uqbah Ibn Nafi’ tidak setakat terkenal sebagai seorang komander perang atau jeneral yang mampu mengorak pasukan tenteranya untuk menghuru-harakan barisan musuh, namun beliau juga terkenal sebagai seorang amir yang adil yang mampu untuk memerintah sebuah kerajaan. Kota Qairawan diasaskan dan dijadikan pusat pemerintahan Islam di Afrika Utara.

Tujuan Uqbah menjadikan Qairawan sebagai pusat Islam di Afrika Utara ialah antaranya untuk mengembangkan ajaran Islam di region itu. Tidak guna jika banyak penaklukan dilakukan tetapi tidak ada tindakan susulan untuk menunjukkan keindahan Islam kepada penduduk tempatan. Tarbiyah hendaklah dilaksanakan dan dititikberatkan agar penduduk yang baru memeluk Islam benar-benar faham dan dapat merasakan keindahan Islam yang sebenar. Di samping itu, penubuhan kota itu juga akan memudahkan tentera Islam yang dating dari Damsyik untuk mengajar Islam kepada penduduk sekitar dan penduduk tempatan.

Pengajaran yang menarik di sini ialah Uqbah Ibn Nafi’ megimplementasikan sepenuhnya sunnah Rasulullah SAW dalam menyebarkan ajaran dakwahnya. Rasulullah SAW bersungguh-sungguh dalam menyebarkan ajaran Islam di mana baginda tidak hanya fokus kepada orang-orang tertentu, tapi baginda dengan sama ratanya melayan dan tidak jemu untuk mengaja manusia kembali kepada fitrahnya untuk mengesakan penciptanya. Hatta kepada orang kafir, baginda melayan dengan baik perasaan mereka walau baginda dicemuh. Kisah baginda dengan seorang Yahudi yang buta, di mana baginda akan setiap hari menyuap makanan kepada Yahudi itu. Yahudi itu mencemuh dan menghina baginda tanpa dia sedar bahawa yang menyuap makanan kepadanya adalah Rasulullah SAW. Hinggalah kepada kewafatan baginda, di mana Abu Bakar pula yang mengambil alih tugas itu. Namun, Yahudi itu dapat merasakan kelainan di mana orang yang menyuapnya sekarang tidak selembut orang yang menyuapnya dahulu. Apabila ditanya Abu Bakar menitiskan air mata dan membongkar rahsia sejak dahulu bahawa orang itu tidak lain tidak bukan adalah Rasulullah sendiri. Lantas Yahudi itu menangis dan menyatakan keislamannya. Sama seperti Uqbah, beliau menunjukkan “uswatun hasanah” sehingga menyebabkan berduyun-duyun penduduk asal dan penduduk sekitar yang terdiri daripada bangsa Barbars ramai-ramai yang memeluk Islam.

Pengajaran yang menarik di sini ialah kita tidak memilih untuk siapa kita mahu berdakwah tetapi yang penting ialah kita berusaha sepanjang masa untuk menarik orang kembali kepada Islam. Kita tidak memilih atau menapis orang sebaliknya kita sentiasa memikirkan cara dan berusaha untuk berdakwah. Contoh Rasulullah tadi menunjukkan kita mampu untuk berbuat sedemikian. Seperti mana janji Allah dalam Surah Muhammad, ayat 7:

“Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”

Di kota Qairawan juga terdapat kisah-kisah menarik yang dinyatakan mengenai beliau. Diriwayatkan bahawa beliau pernah berdoa bahawa “Ya Allah jauhkanlah kami semua daripada binatang buas dan bahaya”. Ketika itu, Qairawan terkenal sebagai tempat yang penuh dengan binatang buas dan beracun seperti harimau dan ular. Selepas dia berdoa, penduduk tempatan melihat banyak binatang-binatang itu yang berhijrah ke tempat lain. Ini menyebabkan mereka tertarik lalu antara faktor-faktor yang menyebabkan mereka ramai-ramai memeluk Islam. Selain itu, beliau juga berdoa kepada Allah supaya memakmurkan kota Qairawan dan menjadikannaya sebagai salah satu pusat Islam. Sehingga hari, ini, kota Qairawan memang terkenal sebagai salah satu kota yang banyak menyimpan warisan khazanah Islam selain menjadi pusat penyebaran Islam yang terkemuka di Afrika utara.

Uqbah Ibn Nafi’ dibunuh ketika dalam perjalanan pulang ke Qairawan selepas beliau dan pasukan musuhnya kembali daripada pertemuran di Algeria timur pada tahun 683 M. Kisah kepahlawanan beliau sepatutnya dicontohi di mana beliau sering berusaha untuk menegakkan kalimah Allah. Selain itu, usaha dakwah yang ditunjukkan sepatutnya menjadi contoh di mana beliau sentiasa berusaha untuk mengajak manusia kembali kepada Islam tidak kira apa jua status dan martabat mereka. Beliau juga sering meletakkan masalah umat sebagai prioriti di mana beliau tidak pulang ke Damsyik sebaliknya mengasaskan kota Qairawan untuk menjadi pusat menyebarkan Islam juga sebagai pusat tarbiyah kepada penduduk sekitar.

20061213

Janji Palsu Ka ?

Assalamualaikum. Sudah agak lama tidak menulis di dalam bahasa Melayu.

Hari ini sambil-sambil 'surf' internet sekitar media-media alternatif Malaysia, penulis terjumpa akan satu link yang amatlah menarik sekiranya dikongsi.

Di dalam link tersebut terdapat satu gambar, gambar yang secara terang-terang tentang janji Pak Lah ketika pilihanraya 2004.


Sekarang, mari kita kupas satu per satu isu-isu yang dijanjikan oleh Pak Lah.

'More oppurtunities', ataupun lebih peluang bagi sektor pendidikan, keusahawanan dan pekerjaan. Terjadikah perkara ini? Dari sektor pendidikan, peluang mungkin dapat ditingkatkan, tetapi nyata sekali kualiti universiti-universiti tempatan tidak memberangsangkan.

Lihat sahajalah akan Universiti Malaya yang terkeluar daripada senarai 'Top 200 Universities' baru-baru ini. Bagaimana sebuah universiti tempatan yang boleh dikira high-class kerana 'it's long standing in the arena of education' tiba-tiba tidak dapat memasuki 'ranking' tersebut, semuanya setelah berlaku peralihan kuasa, lebih-lebih lagi apabila kampus-kampus dipengaruhi agenda aspirasi yang sengal.

Sektor pekerjaan ? Anda yakin pekerjaan semakin banyak ? Saya tidak. Mungkin, pada dasarnya dengan kenaikan Bursa Malaysia yang agak memberangsangkan, kenaikan peluang pekerjaan itu mungkin sekali berlaku. Namun sayangnya, tidak. Memang pada dasarnya Bursa Malaysia meningkat, namun peningkatan itu hanya menguntungkan bagi syarikat-syarikat yang besar, 'the big corporates'. Anda tanyalah mana-mana golongan marhaen professional, penjual-penjual kereta sama ada mereka untung ataupun tidak? Kebanyakan mereka pasti akan mengatakan tahun ini (2006) tidak begitu baik bagi penjualan mereka.

Sebab ? Apabila GLC disatukan, apabila GLC dijual, memang secara 'overall'nya keuntungan itu ada, tetapi itu hanyalah bagi pemegang saham, bagi kerajaan sendiri. Bukannya pekerja, kerana apabila berlaku merger, penjualan syarikat, sudah tentu akan berlaku VSS ataupun apa-apa cara untuk mengurangkan jumlah pekerja, untuk mengurangkan kos 'merger' ataupun jual beli.

'Personal Safety' (Keselamatan individu) pula bagaimana ? Dengan semakin banyak isu pembunuhan saban hari. Kes Altantuya. Kes ayah bunuh anak kerana Ah Long. Kes rogol. Kes hilang laptop di sekitar Kuala Lumpur. Adakah ianya berkurangan ? Tidak sama sekali. Tidak sama sekali. Terbaru kes tembak di kepala (baca Utusan Melayu bertarikh 13 Disember 2006). Apakah ini seiring dengan janji-janji Pak Lah? Tidak sama langsung.

'Enforcement' yang konon-kononnya ditingkatkan, memang ditingkatkan. Namun ianya ditingkatkan ketika mana golongan marhaen memerlukannya, seperti kes Surau Kampung Berembang. Seperti Bloody Sunday suatu ketika dahulu. Di dalam hal-hal seperti itulah 'enforcement was increased'.

Demokrasi yang lebih matang. Haha, gelak sahajalah. Mana tidaknya, undang-undang yang lebih rimba daripada undang-undang terdahulu. Suatu undang-undang di mana seorang manusia yang bergelar Perdana Menteri Malaysia, tidak boleh dikritik sama sekali. Hatta yang mengkritik itu bergelar Tun, dan merupakan bekas Perdana Menteri. Sampai begitu sekali. Bukan setakat itu, Sang Kelembai juga, walaupun hanya kritikan sedikit pedas, namun tup-tup, terus menjadi perbincangan Majlis Tertinggi. Itu baru seorang ahli yang boleh dikira agak veteran di dalam 'web logging'.

'A Clean, Efficient Government'. Lagilah tak percaya. Sebab ? Lihat sahaja index rasuah yang baru-baru ini di'set up'. Betapa teruknya Malaysia.

Cluster analysis of the BPI results groups countries that exhibit similar behaviour in terms of their companies’ propensity to bribe abroad. As the differences in scores between adjacent countries on theranking are small, this analysis provides further material with which to interpret and understand the results.

This analysis produces four clusters (or groups) of countries. Cluster 1 comprises the countries from which companies are least likely to bribe when doing business abroad, and cluster 4 comprises those that are most likely to bribe, according to the BPI 2006.

Cluster 1: Switzerland, Sweden, Australia, Austria, Canada, UK, Germany, Netherlands, Belgium, US, Japan

Cluster 2: Singapore, Spain, United Arab Emirates, France, Portugal, Mexico

Cluster 3: Hong Kong, Israel, Italy, South Korea, Saudi Arabia, Brazil, South Africa, Malaysia

Cluster 4: Taiwan, Turkey, Russia, China, India.

It is important to note that although cluster 1 represents the best performers of the 30 countries, the results of the BPI highlight that companies from all countries in the survey show a considerable propensity to pay bribes. Countries in the top clusters should therefore not view this as an endorsement of their companies’ behaviour.

Once there are several comparable iterations of the BPI, these clusters will allow changes in the countries’ ratings to be tracked across time.

'Third cluster from 4'. Agak-agak, teruk ke tidak ? Cukuplah sekadar itu dahulu sebagai appetizer buat kali ini. WasSalam.

20061210

Peringkat-Peringkat Isteri

[Original post by lily.miss@gmail.com at mangkukhayun@yahoogroups.com]

Isteri Siddiqin


Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu
(dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan
bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta
tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan
adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong
suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin.

Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

Isteri Muqarrobin


Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang
tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak
ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap
bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga
susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

Isteri Solehin


Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala
meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa
sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau
suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah.
Itulah dia golongan orang yang soleh.

Isteri Fasik


Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah
puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami,apatah lagi dengan Tuhan.