In The Name Of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful

20061213

Janji Palsu Ka ?

Assalamualaikum. Sudah agak lama tidak menulis di dalam bahasa Melayu.

Hari ini sambil-sambil 'surf' internet sekitar media-media alternatif Malaysia, penulis terjumpa akan satu link yang amatlah menarik sekiranya dikongsi.

Di dalam link tersebut terdapat satu gambar, gambar yang secara terang-terang tentang janji Pak Lah ketika pilihanraya 2004.


Sekarang, mari kita kupas satu per satu isu-isu yang dijanjikan oleh Pak Lah.

'More oppurtunities', ataupun lebih peluang bagi sektor pendidikan, keusahawanan dan pekerjaan. Terjadikah perkara ini? Dari sektor pendidikan, peluang mungkin dapat ditingkatkan, tetapi nyata sekali kualiti universiti-universiti tempatan tidak memberangsangkan.

Lihat sahajalah akan Universiti Malaya yang terkeluar daripada senarai 'Top 200 Universities' baru-baru ini. Bagaimana sebuah universiti tempatan yang boleh dikira high-class kerana 'it's long standing in the arena of education' tiba-tiba tidak dapat memasuki 'ranking' tersebut, semuanya setelah berlaku peralihan kuasa, lebih-lebih lagi apabila kampus-kampus dipengaruhi agenda aspirasi yang sengal.

Sektor pekerjaan ? Anda yakin pekerjaan semakin banyak ? Saya tidak. Mungkin, pada dasarnya dengan kenaikan Bursa Malaysia yang agak memberangsangkan, kenaikan peluang pekerjaan itu mungkin sekali berlaku. Namun sayangnya, tidak. Memang pada dasarnya Bursa Malaysia meningkat, namun peningkatan itu hanya menguntungkan bagi syarikat-syarikat yang besar, 'the big corporates'. Anda tanyalah mana-mana golongan marhaen professional, penjual-penjual kereta sama ada mereka untung ataupun tidak? Kebanyakan mereka pasti akan mengatakan tahun ini (2006) tidak begitu baik bagi penjualan mereka.

Sebab ? Apabila GLC disatukan, apabila GLC dijual, memang secara 'overall'nya keuntungan itu ada, tetapi itu hanyalah bagi pemegang saham, bagi kerajaan sendiri. Bukannya pekerja, kerana apabila berlaku merger, penjualan syarikat, sudah tentu akan berlaku VSS ataupun apa-apa cara untuk mengurangkan jumlah pekerja, untuk mengurangkan kos 'merger' ataupun jual beli.

'Personal Safety' (Keselamatan individu) pula bagaimana ? Dengan semakin banyak isu pembunuhan saban hari. Kes Altantuya. Kes ayah bunuh anak kerana Ah Long. Kes rogol. Kes hilang laptop di sekitar Kuala Lumpur. Adakah ianya berkurangan ? Tidak sama sekali. Tidak sama sekali. Terbaru kes tembak di kepala (baca Utusan Melayu bertarikh 13 Disember 2006). Apakah ini seiring dengan janji-janji Pak Lah? Tidak sama langsung.

'Enforcement' yang konon-kononnya ditingkatkan, memang ditingkatkan. Namun ianya ditingkatkan ketika mana golongan marhaen memerlukannya, seperti kes Surau Kampung Berembang. Seperti Bloody Sunday suatu ketika dahulu. Di dalam hal-hal seperti itulah 'enforcement was increased'.

Demokrasi yang lebih matang. Haha, gelak sahajalah. Mana tidaknya, undang-undang yang lebih rimba daripada undang-undang terdahulu. Suatu undang-undang di mana seorang manusia yang bergelar Perdana Menteri Malaysia, tidak boleh dikritik sama sekali. Hatta yang mengkritik itu bergelar Tun, dan merupakan bekas Perdana Menteri. Sampai begitu sekali. Bukan setakat itu, Sang Kelembai juga, walaupun hanya kritikan sedikit pedas, namun tup-tup, terus menjadi perbincangan Majlis Tertinggi. Itu baru seorang ahli yang boleh dikira agak veteran di dalam 'web logging'.

'A Clean, Efficient Government'. Lagilah tak percaya. Sebab ? Lihat sahaja index rasuah yang baru-baru ini di'set up'. Betapa teruknya Malaysia.

Cluster analysis of the BPI results groups countries that exhibit similar behaviour in terms of their companies’ propensity to bribe abroad. As the differences in scores between adjacent countries on theranking are small, this analysis provides further material with which to interpret and understand the results.

This analysis produces four clusters (or groups) of countries. Cluster 1 comprises the countries from which companies are least likely to bribe when doing business abroad, and cluster 4 comprises those that are most likely to bribe, according to the BPI 2006.

Cluster 1: Switzerland, Sweden, Australia, Austria, Canada, UK, Germany, Netherlands, Belgium, US, Japan

Cluster 2: Singapore, Spain, United Arab Emirates, France, Portugal, Mexico

Cluster 3: Hong Kong, Israel, Italy, South Korea, Saudi Arabia, Brazil, South Africa, Malaysia

Cluster 4: Taiwan, Turkey, Russia, China, India.

It is important to note that although cluster 1 represents the best performers of the 30 countries, the results of the BPI highlight that companies from all countries in the survey show a considerable propensity to pay bribes. Countries in the top clusters should therefore not view this as an endorsement of their companies’ behaviour.

Once there are several comparable iterations of the BPI, these clusters will allow changes in the countries’ ratings to be tracked across time.

'Third cluster from 4'. Agak-agak, teruk ke tidak ? Cukuplah sekadar itu dahulu sebagai appetizer buat kali ini. WasSalam.

20061210

Peringkat-Peringkat Isteri

[Original post by lily.miss@gmail.com at mangkukhayun@yahoogroups.com]

Isteri Siddiqin


Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu
(dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan
bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta
tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan
adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong
suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin.

Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

Isteri Muqarrobin


Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang
tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak
ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap
bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga
susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

Isteri Solehin


Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala
meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa
sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau
suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah.
Itulah dia golongan orang yang soleh.

Isteri Fasik


Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah
puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami,apatah lagi dengan Tuhan.

20061207

Racist?


Pemuda UMNO buat laporan polis

KUALA LUMPUR 5 Dis. – Pergerakan Pemuda UMNO hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan DAP, Keadilan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bahawa UMNO merupakan sebuah parti perkauman.

Wakil pergerakan itu, Datuk Abdul Rahman Dahalan (gambar) berkata, dakwaan tersebut menyebabkan orang awam melihat UMNO sebagai sebuah parti anti kaum bukan Melayu dan mempunyai niat jahat terhadap penganut bukan Islam.

‘‘Situasi ini harus dihentikan serta-merta agar ia tidak menimbulkan unsur hasutan dan berbaur perkauman,’’ katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.

Menurutnya, tindakan mereka yang turut mengembar-gemburkan isu itu di Parlimen, media massa, Internet dan blog juga telah memburukkan lagi keadaan.

‘‘Saya berharap polis dapat mempertimbangkan laporan ini kerana kenyataan susulan pihak pembangkang mempunyai unsur fitnah jenayah.

‘‘Isu ini timbul kerana mereka hanya memetik beberapa ayat daripada keseluruhan ucapan dalam Perhimpunan Agung UMNO,’’ katanya.



Honestly I would say, it's really a laughing stock. When you say that UMNO is not a racist party, I do not believe it, at all.

Simply say, if the party is not racist, then why called it United Malay National Organization ? Isn't the name, is fine enough, to show that the party is a racist party, why subjecting the objectives of the party to only one race ?

Secondly, if it is not a racist party, then why was the PAU 2006 looked racist ? People like Khairy Jamaludin with his new Malay agenda kept on with his bad mouths about the non-Malays.


Third, in Malaysiakini.com dated 20th November 2006, there was an article entitled 'Pak Lah, take responsibility for Umno’s racism'. So, it is not any kind of 'fitnah' or baseless accusation at all. If it is so, then why does the Premier himself agreed with the stance that UMNO is racist?

As what I can see, with or without the police report, the end should be the same, 'coz it is a fact, not just another hype of accusation.