In The Name Of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful

20060929

And The War Begins...

Salaam.

Mungkin post kali ini tidak panjang, kerana penulis diberi masa 5 minit sahaja untuk meng'goreng' apa-apa yang perlu, maka penulis perlu menggunakan rahmat 5 minit yang diberi ini sebaik mungkin.

Namun, akan penulis cuba untuk update post ini mungkin selepas beberapa jam, ataupun paling lambat ahad ini, insyaAllah.

Perang Saraf

Apa itu perang saraf ? Perang saraf itu adalah peperangan tanpa pertumpahan darah, tetapi, musuh tetap diserang.

Mengapa perang saraf ? Hari ini, ditulis di dalam akhbar Harakahdaily.net, tentang Abd Zarin Mohd Yasin, ataupun Zaharin telah dipecat daripada PEKEMBAR sendiri.

Siapa beliau? Pemilik blogsite Sang Kelembai.

Mengapa beliau disingkirkan daripada parti? Baca blog ini.

Ok,time's up. Gtg. Salam mahasiswa, dan salam perjuangan...

20060927

asSalamualaikum.

Lately, I've been hearing so many luahan hati dan perasaan from my friends, about their uneasiness of their friends'.

Aku pun tak tau nak kate ape. Seriously, I take this as an urgent matter. Mungkin some boleh anggap benda-benda macam ni biasa, norma kehidupan. But in reality, it's a total difference.
Aku rasa kalau aku tak bukak balik konsep sahabat yang aku belajar dulu-dulu, mungkin benda ni akan jadik parah.

Ok, so, get set, GO!

Memberi Teguran Di Depan Orang Lain

Benda ini kadang-kadang terjadi. Bila marah sangat, pendam banyak-banyak, inilah hasilnya.
Ada yang rasa teguran depan orang lain tu bagus, sebab yang ditegur tu mungkin terasa, sampai dia berubah menjadi better.

Hakikatnya, inilah salah satu virus ukhwah yang membahayakan.

Imam Asy-Syafie pernah berpuisi di dalam Diwan Asy-Syafii:

nasihatilah diriku di kala aku sendiri
jangan kaunasihati aku di tengah
keramaian
kerana nasihat di muka umum
adalah bagian dari penghinaan yang
tak suka
aku mendengarnya
jika engkau enggan dan tetap melanggar
kata-kataku
maka jangan menyesal jika aku enggan menurutimu


Apabila ditegur di depan khalayak ramai, ada yang akan terasa dan tersinggung. Masalahnya akan bermula apabila penerima teguran terasa tersinggung. Yang ditakuti ialah perasaan tersinggung itu bercampur dengan malu kerana seolah-olah dia diaib di hadapan khalayak ramai.

Kalau nak boleh, tapi jangan bagi satu klu pun siapakah sahabat yang dimaksudkan itu. Maksud kata di sini, teguran itu adalah seperti tazkirah, tetapi disampaikan secara keras, namun tidak mengarah ke mana-mana individu.

Seperti mana Saidina Umar menegur seorang kaki judi ketika khutbah Jumaat melalui khutbahnya di mana beliau memberitahu akan larangan berjudi dan sebagainya, tanpa mengarah sedikitpun kepada kaki judi tersebut, tetapi kaki judi itu masih terasa. Namun, disebabkan dia tidak dimalukan, di mana nama dan ciri-cirinya tidak disebut langsung, dia berubah dan tidak berjudi lagi.

Seperti mana Rasulullah s.a.w pernah mendengar berita tentang beberapa orang yang bertekad meninggalkan beberapa perkara yang dibolehkan dan dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, maka Rasulullah s.a.w bersabda :

"Apa gerangan yang membuat beberpa orang bertekad untuk meninggalkan perbuatan yang aku lakukan. Sesungguhnya aku - demi Allah - adalah orang yang paling mengetahui mengenai (hukum) Allah dan paling takut kepada-Nya di antara kamu semua" [Sumber hadith : Virus-virus ukhwah karangan Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah: m/s 72]

p/s : sebenarnya cerita ini dah ditulis semalam, tapi update kat blog lagi satu~

20060925

Diari Diri - 5

Puasa

Alhamdulillah. Berjaya berpuasa di dalam hari pertama Ramadhan tahun ini, dan berjaya berbuka puasa di bulan Ramadhan.

Paling best, bukak puasa kat masjid. Sebab makan besar. Macam main roda impian sambil jerit "Wang besar, wang besar". Nie masyaAllah, makan 1 talam 5 orang, sorang seketul ayam, ngan kurma lagi, ngan sayurnya (kobis rasanya tadi, ntah, aku bukan kaki sayur, uwek.. [Bukan membenci ciptaan Tuhan, tapi aku tak makan sume jenis sayur, ada sayur yang aku tak makan mcm ulam raja]), ngan air sirap segelas.

Fuh.. nikmat terasa bukak puasa beramai-ramai.

Tapi, satu yang buat kucukup terasa. Tahun ni, pihak masjid dengan kerjasama Rakan Masjid buat sesi tazkirah 10 minit sebelum bukak puasa. Nama best dah. Kire smart la kan, sambil-sambil tunggu masuk waktu, dapat ilmu. Bukan senang syeikh.

Tapi, agak slack apabila tengok ramai orang yang masih lagi mundar-mandir, mencari tempat duduk. Ok fine, boleh dimaafkan, sebab tadi memang ramai gile umat manusia yang hendak bukak puasa sekali.

Tetapi, bagi mereka yang berborak-borak, ketika mana tazkirah sedang diberikan, alangkah ruginya mereka kerana berbincang tentang hal dunia, sedangkan tazkirah, ataupun makna katanya peringatan, yang mengingatkan manusia akan Allah s.w.t, diabaikan. Last-last, aku pun tak dapat dengar-dengar sangat tazkirah.

Tensen gak kawe klu ade ore gini. Takleh tahan. Tapi dokpe ah, sesungguhnya puasa itu mengajar umat Islam agar bersabar, at least beberapa minit sebelum habis tazkirah tu sume da stat senyap menunggu azan, ok la tuh. Dapat la input sikit.

"Ramai yang ingat mereka berpuasa namun begitu mereka tidak sebenarnya"